Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

YEZZA DIREZZA!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
05/04/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Kalau mengikut rekod peribadi pertama kali saya main kereta, mungkin tarikhnya sekitar tahun 1997. Saya punya Satria 1.3 karburetor dulu punyalah power sampaikan naik tiga orang sahaja kena mengular lalu bampar jalan, walaupun saiz bonggol cuma sebesar buluh lemang.

Rendahnya jangan kiralah. Kalau boleh nak rendah macam Lotus. Masa tu mana ada spring lowered harga RM200 hingga RM300. Semua harga beribu-ribu lemon. Duduk pula kawasan kampung, pandu Satria pekak pun kira playboy habis dah.

Masa tu juga mana ada pinjaman sembilan tahun dengan faedah 2.8 peratus. Zaman dulu punya pinjaman cuma lima tahun je der. Faedah pun semua lima peratus ke atas. Pengsan.

Masa tu kereta terpakai punya faedah enam sampai tujuh peratus. Kalau fikir-fikir balik hari ni, elok kekal macam tu saja. Takdelah kereta bersepah atas jalan dan tak adalah satu keluarga beli sampai dua tiga buah kereta. Bikin sesak dan penuhkan kawasan perumahan dengan parkir merata-rata.

Zaman sekarang beli kereta sudah tak susah. Hendak beli Civic baru pun, bayaran bulanannya mungkin sama saja dengan Civicv EK zaman dulu kalau dikira jumlah bayaran balik campur faedahnya. Tapi tetap bukan semua orang mampu. Sebabnya, walaupun sudah berbelas tahun berlalu, kereta dan barang-barang makin mahal. Tetapi pendapatan kita sebenarnya masih tidak banyak berubah.

Jika hendak menambah pendapatan dan tak mau rasa rugi sangat apabila ubahsuai kereta jadilah seperti Encik Leed dari Johor Bahru ni. Dia memiliki sebuah Honda Civic FD dan sangat rajin jadi runner barang-barang Type-R dan Honda.

Sebenarnya memang tak ramai yang menceburi bidang ini. Maksud saya, jadi runner barang-barang FD. Sebab majoriti yang ada hari ini lebih fokus kepada barang-barang K-Car, JDM Mitsubishi, Evo, Jazz dan lebih spesifik seperti Myvi. Jadi, kalau diikut pada skala ekonominya, boleh tahan juga meniaga stail dio orang ni.

Dunia FD memang berkisar tentang Type-R sahaja. Itu yang saya tahu sebab kebanyakan FD jadi-jadian yang pernah dijumpai majoritinya memang jenis layak kena sepak. Sengal betul apa dosa kereta tu pergi ubah suai tak ada taste langsung.

Kalau dah rasa terer sangat, FD pekak tu buat pergi kerja sudahlah. Beli EF sebuah buat perang masuk trek kalau berani. Ini tidak, dekat highway sampaikan Alza pun nak diberi lampu tinggi (high beam) di lorong tengah.

Untuk menjadi mulia seperti model Direzza ini, banyak benda yang perlu diusik. Bukan setakat tukar side step ada lampu buatan Taiwan dengan rim 18 buatan China.

Ia memerlukan ketelitian dalam melihat bahagian-bahagian kereta yang ditukar supaya rupanya dekat dengan Type-R. Lagenda FD2 yang memang kalau jumpa boleh cium kereta ni.

Apabila hendak menjadi begitu mirip kepada Type-R, sudah tentulah kena kumpulkan aksesorinya terlebih dahulu. Memang ada orang yang cukup gila beli Civic FD lokal, kemudian salin semuanya kepada Type R.

Kalau kira balik, baik beli Type-R terus sebab half-cut sahaja dah berapa duit? Memang tak berbaloi langsung. Tapi rutinnya kalau dah suka modifikasi, kalau beli FD2R nak ubah suai apa lagi. Betul tak?

Kereta ini memulakan hayatnya sebagai model 2.0 liter yang sangatlah mahal dijual di Malaysia. Kalau di Jepun, harga RM130,000 sudah boleh dapat bapak segala Type-R.

Leed mula menyalin barang-barang Type-R sejak beberapa tahun yang lalu. Semuanya bermula dengan bahagian luar yang melibatkan penggantian FD2R yang terdiri daripada bampar depan, side skirt, spoiler, bampar belakang dan lampu belakang. Selain lips depan replika J’S Racing dan replika gril Mugen.

Sambil-sambil salin bahagian luar, saya tengok bahagian dalamannya sudah 99 peratus Type-R. Semuanya ada di situ. Daripada tempat duduk, karpet, kemasan pintu, papan pemuka, pemijak panel pintu, hendal, brek tangan dan boot gear asli yang membalut kawasan boot gear asal.

Nampak macam manual saja, pada hal K20 ini masih bertransmisi automatik. Aksesori terakhir ialah sistem audio yang terdiri daripada head unit JVC, Stellar subwoofer 12 inci, power amp Mohican dan Pegasus Midbass. Ada lagi yang saya tertinggal, Blitz E-Throttle Controller.

Benda yang membezakan FD2 jadi-jadian Ah Beng dengan R jadi-jadian serius ialah brek. Sebab itu kalau pakai tag C55 AMG, cuba tengok breknya cukup besar atau tidak. Jadi, dalam usaha untuk mengelirukan orang awam, Leed memasang brek Type-R Brembo 4 pot dengan rotor 320mm, cukup besar apabila dipadankan dengan rim 17 inci.

Rim depannya ialah Work Emotion CR Kai 17X9 dengan offset ET38. Sementara belakangnya pula rim Advan RS 17X9 dengan offset ET35. Walaupun badan kereta dibalut dengan tema Direzza, tayar kereta ini lain pula tajuknya. Leed menggunakan tayar Goodyear Revspec bersaiz 145/40/17. Boleh tahan lebarnya.

Tengok dari belakang, kereta ini nampak lebih garang daripada sebuah Type-R original!

SPESIFIKASI

      • Model: Honda Civic 2.0 / 2008
      • Enjin: K20A automatik lima kelajuan, Head Cover K20Z
      • Suspensi: Adjustable TEIN
      • Rim depan: Work Emotion CR Kai 17X9 ET38
      • Rim belakang: Advan RS 17X9 ET35
      • Brek: FD2R Brembo 4 pot depan dengan 320mm caliper.
      • Dalaman: FD2R – tempat duduk, karpet, kemasan pintu, papan pemuka, pemijak panel pintu, hendal, brek tangan dan Blitz E-Throttle Controller
      • Audio: JVC Head unit, Stellar sub 12 inci, Mohican Power amp, Pegasus Midbass
      • Luaran: FD2R – bampar depan, side skirt, spoiler, bampar belakang, lampu belakang. Lips depan replika J’S Racing, gril replika Mugen

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MITSUBISHI PAJERO SWB

Next Post

MYVI PASSO DARJAT TERTINGGI!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved