Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MITSUBISHI PAJERO SWB

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
02/04/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Kalau teringat tentang kereta rali keluaran Mitsubishi, mesti kita semua akan terbayangkan model Evolution sahaja atau Mitsubishi Galant VR4 yang pernah dipandu oleh Tengku Mahalel dalam Rali Malaysia satu masa dahulu.

Kita sebenarnya terlupa bahawa ada satu lagi jentera rali paling hebat yang pernah dikeluarkan oleh Mitsubishi. Ia bukan kereta, sebaliknya sebuah SUV pacuan empat roda (4X4).

Pajero. Ya! Pajero. Kenderaan yang selalu boleh dilihat di Felda, lebuh raya dan kem-kem tentera itu sebenarnya pernah dijadikan jentera rali untuk perlumbaan paling mencabar di dunia iaitu Paris-Dakkar Rally.

Inilah jentera rali paling berjaya dalam perlumbaan tersebut. Ia mampu menjuarainya buat kali pertama pada tahun 1985 dan memenangi perlumbaan sama sebanyak 15 kali sejak itu!

Namun begitu, harus tahu bahawa Pajero yang menyertai perlumbaan rali tersebut bukanlah Pajero wagon yang digunakan oleh pasukan peronda lebuh raya. Tetapi versi lebih pendek dengan tiga pintu.

Model itu memang agak sukar ditemui. Kalau ada pun, mungkin di kawasan FELCRA atau FELDA. Itu pun kira-kira 20 tahun alu. Ramai juga yang tidak tahu bahawa model tiga pintu itu sebenarnya ialah model asal Pajero sejak dikeluarkan pada tahun 1982.

Model wagon lima pintu hanya dikeluarkan pada tahun 1983 selepas maklum balas pasaran untuk SUV tiga pintu tidak begitu memberangsangkan. Pada ketika itu, orang membeli SUV untuk membawa keluarga atau kargo, jadi model ‘sport’ SUV tiga pintu tidak berapa laku.

Pajero ini dikenali sebagai Pajero SWB, singkatan untuk Short Wheelbase. Ketika mula-mula dijual dahulu, Pajero ini merupakan satu revolusi baru dalam industri kenderaan pacuan empat roda di Jepun.

Ini kerana ia menjadi model antara yang terawal menggunakan enjin diesel turbo. Selain sistem gantungan double wishbone untuk roda hadapan, stereng kuasa dan tempat duduk dengan sistem spring yang membuatkan kenderaan pacuan empat roda ini setanding dengan keselesaan sebuah kereta saloon.

Jadi, memang sangat beruntung pemilik Pajero SWB ini yang berjaya mendapat kereta rare sebegini. Rata-rata pembeli Pajero model itu membelinya daripada tender kerajaan. Tetapi pemiliknya membeli kereta ini daripada pasaran terbuka. Kira memang bernasib baik kerana model sepertinya tidak banyak yang hendak dijual. Kalau ada pun, harganya boleh tahan mahalnya, lebih kurang RM30,000 seunit.

Oleh kerana sepanjang hayat kereta seperti ini telah digunakan dengan cukup lasak, kerja-kerja restorasi badan dan kerangka adalah sesuatu yang perlu dilakukan. Mungkin ramai yang tidak tahu, bukan seperti kereta, badan (body) SUV dengan cesi jenis ladder frame seperti ini sebenarnya boleh disalin sekali gus.

Itulah kelebihan main SUV. Badan berspesifikasi Japan Domestic Market (JDM), lengkap dengan bahagian dalamannya boleh dibeli sekali gus daripada kedai potong. Badan itu kemudian dipasang pada kerangka menggunakan beberapa skru dan boleh diangkat sepenuhnya daripada kerangka berkenaan.

Hendak mencari badan baru sebenarnya bukan satu masalah besar. Sebabnya, model SWB agak mudah didapati di negara asalnya, Jepun. Paling menarik, kebanyakan Pajero di sana langsung tidak pernah jumpa lumpur. Jadi, badannya jarang berkarat dan bahagian dalamannya masih berada dalam keadaan yang sangat baik.

Badan baharu itu hanya perlu dicat dengan cat baharu. Sekelip mata, Pajero yang usang kini sudah jadi baru semula. Bahagian dalamannya pun sudah cantik dan paling saya suka ialah pemain kaset dengan kotak penyimpan kaset yang masih berfungsi. Anda tidak akan jumpa aksesori itu dalam mana-mana Pajero lain.

Stereng tiga jejari yang digunakan ialah stereng model facelift Pajero tahun 1991. Ia nampak lagi moden berbanding stereng rim nipis yang digunakan pada model 1985.

Bagaimana pula dengan enjin? Baiklah. Pajero ini didatangkan dengan enjin diesel turbo paling berkuasa dalam keluarga Pajero iaitu 4D56. Konfigurasi enjin tersebut ialah SOHC dengan empat silinder sebaris, dipasang dengan sebuah turbin yang disejukkan oleh intercooler jenis top mount.

Kalau anda hendak tahu, enjin disel turbo yang dipasang pada Pajero ada banyak jenis. Model ini menggunakan enjin paling besar dengan sesaran 2,500cc. Namun begitu, kuasa yang dijana oleh enjin tersebut tidaklah sebesar mana, cuma 104hp sahaja. Tetapi daya kilas (tork) yang mampu dihasilkan adalah 240Nm.

Digandingkan dengan kotak gear empat kelajuan buatan Aisin bersama ciri transfer gear, Pajero SWB ini rasanya tidak akan jumpa lumpur lagi. Sebaliknya lebih banyak digunakan untuk melanggar lopak dan lubang (dan kadang-kadang banjir) atas jalan raya kita.

Rim Deerfield bersaiz 16 inci dengan offset -6 dan tayar Dunlop AT (all terrain) bersaiz 245/70/16 menjanjikan gaya. Jika perlu, boleh membawa Pajero ini meredah lumpur.

Tidak ada modifikasi melampau lain yang dibuat. Suspensinya pun masih standard. Tetapi standard spesifikasi JDM kerana menggunakan kebanyakan barang dari Jepun. Keistimewaan Pajero ini terletak pada badannya yang memang susah untuk dijumpai, selain kondisinya yang cukup terpelihara walaupun telah berusia hampir 30 tahun. Teringin pulak hendak layan Pajero. Ada siapa-siapa nak beli Skyline R31 saya?

SPESIFIKASI

      • Enjin: 4D56 2,500cc diesel turbo
      • Kotak gear: Standard empat kelajuan automatik dengan transfer gear 4WD
      • Sistem Gantungan: Standard Pajero JDM
      • Rim / Tayar: Deerfield 16 x 8.5” offset -6 / Dunlop AT 245/70/16
      • Luaran: Pajero SWB versi JDM, cat hitam metalik
      • Dalaman: Pajero SWB versi JDM

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

NISSAN SILVIA S15 SPEC-R

Next Post

YEZZA DIREZZA!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved