Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

NISSAN SILVIA S15 SPEC-R

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
29/03/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Semua orang sedar bahawa Nissan menghasilkan dua jentera sports yang sangat hebat iaitu Nissan GTR dan Nissan 370Z. Kedua-dua model itu menjadi kegilaan mereka yang gemarkan kuasa dan gaya. Namun, sejak model Silvia dihentikan produksinya, Nissan telah hilang sebuah model sports entry level yang boleh dikatakan mampu milik.

Silvia bukanlah satu nama baru. Saya sedar orang Malaysia hanya kenal nama ini bermula dengan model S13 sahaja. Sebenarnya, nama Silvia mula digunakan pada tahun 1964 untuk model keluaran pertamanya.

Tahukah anda bahawa sebelum nama Silvia terkenal dengan sukan drift, ia terlebih dahulu terkenal dengan sukan rali? Haa… Kalau anda nak tau, versi Silvia S110 dan S12 pernah digunakan untuk perlumbaan rali dunia. Model yang paling popular ialah 240RS yang menggunakan enjin FJ24 turbo.

Kereta sports kompak ini merupakan sebuah jentera “sekolah lama” yang mementingkan keseronokan pemanduan dengan bantuan teknologi paling minima. Tidak ada sistem elektronik yang terlalu canggih digunakan. Cuma sebuah enjin bersesaran 2,000cc turbo yang diletak secara menegak, kemudian disambung kepada kotak gear manual dan gandar belakang bersama LSD. Cukup ringkas.

Daripada sebuah kereta asas seperti ini, terpulang kepada pemiliknya nak mengubahsuainya menjadi apa. Nak jadi kereta trek? Boleh. Kereta drag? Boleh. Kereta bawak awek? Pun boleh. Tapi rasanya ubahsuai paling popular buat masa ni dah tentulah nak jadi kereta drift. Macam Silvia merah ni, tetapi disesuaikan jugak untuk kegunaan jalan raya.

Modifikasi pertama dilakukan adalah dengan menaik taraf enjin SR20DET yang memang sudah ada di dalam ruang enjin. Enjin ini dalam keadaan sedia ada pun sudah boleh capai 250PS. Tetapi enjin ini mempunyai potensi modifikasi yang cukup besar.

Pemilik Silvia ini meleraikan enjin keretanya dan menggantikan aci sesondol asal kepada set BC Step 3 dengan bukaan 264°. Spring injap juga ditukar dengan spring injap BC bersama-sama rocker arm daripada Tomei. Cam gear enjin juga dipertingkat kepada aksesori buatan HKS.

Blok enjin tidak lupa dipertingkatkan dengan aci engkol utama yang diringankan dan diimbang. Manakala semua skru dan bolt diganti dengan aksesori buatan ARP. Bearing utama enjin juga diganti dengan bearing spec perlumbaan daripada Nismo bersama-sama timing chain sekali. Kepala silinder dan blok enjin dicantumkan semula dengan sekeping gasket keluli 1.2mm HKS berada di tengah-tengahnya.

Tidak sah modifikasi enjin ini kalau sistem turbonya tidak dinaik taraf sekali. Berada di tempat turbin asal enjin ialah turbin Garret GT2876R yang diletak di atas manifold ekzos Tomei, lengkap berbalut dengan penebat haba gaya mumia Mesir, selain sebuah wastegate 50mm Tial.

Menyejukkan turbo sebesar buah kelapa Afrika ini menjadi tugas intercooler A’PEXi yang disambung dengan paip intercooler buatan custom. Blow-off valve jenis plumb back (maknanya, blow-off tak bising) dari GFB dipasangkan juga pada paip ini.

Bahan api disuap kepada enjin oleh sebuah pam bahan api Walbro 255lph. Ia melalui sebuah penyelaras bahan api Sard dan empat buah alat pancitan bahan api Power Enterprise 850cc. Untuk menyejukkan enjin, radiator yang dibuat untuk negara sejuk digantikan dengan radiator aluminium dari MT. Sebelum ditambah lagi dengan sebuah penyejuk pelincir enjin.

Gas ekzos yang keluar daripada enjin dilepaskan ke udara melalui sistem ekzos buatan custom dengan peredam bunyi A’PEXi di hujungnya. Sistem elektronik enjin diaturcara menerusi sebuah A’PEXi Power FC yang membolehkan enjin ditala sepenuhnya oleh pengguna. Tahap boost dikawal oleh pengawal boost elektronik A’PEXi AVC-R dan kotak air flow sensor dinaik taraf dengan alat yang sama daripada Nissan Fairlady Z.

Enjin ini telah diuji di atas mesin dyno. Hasil modifikasi yang dilakukan berjaya meningkatkan kuasa kuda enjin kepada 480hp atas roda jika menggunakan petrol biasa dan 520hp jika gunakan bahan api perlumbaan.

Memindahkan kuasa enjin ke jalan raya dilakukan melalui klac perlumbaan OS Giken plat berkembar dan sistem LSD jenis helical standard pada gandar belakang. Memandangkan Silvia ini model Spec-R, kotak gear yang didatangkan dengan kereta ini ada enam kelajuan standard dari kilang.

Kuasa tinggi kalau pengendalian ke laut tak guna juga kan? Jadi pemilik kereta ini telah berhabis ribuan ringgit untuk dapatkan pengendalian yang terbaik. Penyerap hentak asal diganti dengan penyerap hentak boleh laras dari HKS. Sementara rod camber dan caster asal diganti dengan jenis boleh laras daripada jenama Tein. Sebatang strut bar daripada Cusco ditambah pada bahagian hadapan untuk memantapkan lagi pengendalian kereta.

Brek kereta ini memang boleh dikategorikan sebagai mantap peringkat tertinggi dengan penggunaan brek aftermarket dari Brembo yang menggantikan brek asal daripada Nissan. Brek Brembo tersebut menggunakan pelapik brek Endless bagi memberhentikan kereta dengan pantas dan selamat (turun Genting tak hangit punya…)

Memenuhi ruang arca roda Silvia ini ialah satu set rim Works Emotion XD9 berdiameter 17 inci dengan lebar 8.5 di depan dan 9.5 inci di belakang. Rim lebar dengan offset kecil ini dibalut dengan getah dari Jepun iaitu Advan A048 225/40 di depan dan getah Jerman iaitu Federal 235/45 di belakang (Jepun dan Jerman ada getah ke?)

Walaupun S15 ni memang dah cukup cantik masa keluar dari kilang, tak salah nak pakai bodykit lain. Janji tak nampak macam kereta berhias. Silvia merah ini menggunakan bampar depan C-West dengan skirting sisi dan bumper belakang Vertex. Gugusan lampu belakang juga telah diganti dengan lampu jenis LED yang menyala lebih terang berbanding mentol biasa.

Ruang dalaman kereta ini masih nampak standard, cuma lubang-lubang pendingin hawa telah disi dengan meter-meter Auto Meter. Manakala stereng asal diganti dengan stereng Momo. Turbo timer A’PEXi pula dilekat pada papan pemuka yang berfungsi untuk menjaga turbo daripada rosak.

Diam tak diam, kereta ini sebenarnya sudah 10 tahun tidak dibina. Pasaran untuk kereta sports macam ni terbuka luas. Setakat ini, hanya Toyota yang mengisi ruang pasaran segmen berkenaan. Rasanya, alang-alang Carlos Ghosn nak hidupkan balik nama Datsun, elok jugak difikirkan untuk menyambung legasi Silvia dengan jenama Datsun. Wey! Datsun ada sejarah racing tau, ingat kereta driving school sahaja yang guna kereta Datsun?

SPESIFIKASI

      • Pembuat / Model: Nissan Silvia S15 Spec-R
      • Modifikasi enjin: SR20DET, turbo Garret GT2876R, wastegate 50mm Tial, injap blow-off GFB, aci sesondol BC Step 3, HKS cam gear, spring injap BC, rocker arm Tomei, retainer BC, gasket 1.2mm HKS, bolt ARP, bearing Nismo, timing chain Nismo, aci engkol diringan dan diimbang, penapis udara Power Enterprise, intercooler A’PEXi, radiator aluminium MT, kit penyejuk pelincir, pam bahanapi Walbro 255lph, alat suntikan bahanapi 850cc Power Enterprise, air flow sensor Z31
      • ECU: A’PEXi Power FC, pengawal boost A’PEXi AVC-R
      • Kotak gear: Standard enam kelajuan dengan klac Ogura Racing
      • Sistem gantungan: HKS boleh laras, camber dan caster boleh laras Tein, strut bar Cusco
      • Rim/Tayar: Works Emotion XD9 17” / Advan A048 225/40 (depan), Federal 235/45 (belakang)
      • Brek: Brembo dengan pelapik brek Endless
      • Luaran: Bampar depan C-West, skirting sisi dan bumper belakang Vertex
      • Dalaman: Meter-meter Auto Meter, turbo timer A’PEXi, stereng Momo

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MINI KLASIK ENJIN JEPUN

Next Post

MITSUBISHI PAJERO SWB

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved