Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MYVI PASSO DARJAT TERTINGGI!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
08/04/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Di Malaysia, kalau dalam satu hari kalau tidak jumpa Perodua Myvi memang tak sah. Malah di negeri yang kebanyakan kenderaannya ialah trak pikap seperti Sabah, ada juga Myvi ‘terselit’ di tengah-tengah bandar. Di kampung jangan ceritalah. Memang kebanyakannya Myvi sahaja yang biasa kita jumpa.

Ada banyak faktor penyumbang kenapa Myvi begitu popular. Antanya, kebanyakan pelajar kolej atau univeristi apabila tamat sahaja pengajian dan dapat kerja, terus beli Myvi. Ditambah pula sekarang ada skim beli kereta untuk graduan, bertambah mudah untuk mereka membelinya.

Myvi yang satu ini bukan calang-calang. Maksud saya, untuk berada pada tahap kereta yang diubah suai sehingga begini rupa, duit mengalir sudah macam air terjun, bukan tahap air paip lagi.

Walaupun alat ganti Myvi semakin hari semakin murah terutamanya bodypart, masih ada sesetengah aksesori harganya tetap tidak turun-turun. Namun, ada kalangan orang yang main kereta itu memang banyak duit. Jadi, kalau setakat hendak beli barang berharga beribu-ribu ringgit, apa ada hal?

Kereta ini milik seorang kawan yang enggan namanya dikenali. Dia membeli Myvi kerana hobinya adalah mengubah suai kereta. Macam biasa, kereta ini asalnya ialah sebuah Myvi standard.

Tetapi anda faham-faham sahajalah. Kalau duduk dalam kelompok peminat tegar model Japan Domestic Market (JDM), takkan hendak guna bodykit Bumifiber? Memang kena gelaklah.

Myvi ini keluaran tahun 2007. Apa yang tinggal sekarang cuma casisnya yang berdaftar dengan geran Perodua. Barang-barang lain semua sudah ditukar dengan komponen Passo yang datang daripada bermacam-macam versi.

Baiklah. Kita mulakan dengan bahagian enjin. Enjin asal kereta dikeluarkan dan digantikan dengan enjin K3VET. Enjin K3VET itu datangnya daripada Myvi seorang rakannya yang memang berada dalam keadaan sangat baik.

Kepala selinder telah diganti dengan kepala silinder Alza 1.5 turbo jenis bearing dan throttle body 1.5 Vios. Aksesori enjinnya boleh tahan banyaknya. Misalnya, blow-off HKS SSQV, bubble tank, oil catch tank Cusco, hos-hos Samco dan akhir sekali E-Manage.

E-Manage memang sangat berguna untuk setting enjin, tidak kira sama ada enjin berkuasa atau kurang berkuasa. Ia juga digunakan untuk menjimatkan minyak atau disesuaikan dengan kualiti petrol RON95.

Kotak gear ialah daripada model Daihatsu YRV tiptronik. Ekzos digantikan dengan HKS Hi Power Super Silent. Sudahlah berkuasa, senyap pula tu. Disebabkan oleh kuasa tadi, pemiliknya tidaklah malu hendak menggunakan brek hadapan jenis Brembo Skyline GTR 4Pot.

Kalau main Myvi, orang takkan tanya ada berapa kuasa kuda, berapa boost dan berapa laju boleh pecut. Sebaliknya, main Myvi mesti ada gaya. Justeru, dari segi aksesori dan kosmetik, mamat ni memilih bodypart Passo Racy TRD Sport M yang merupakan darjat tertinggi Passo pada tahun sebelum 2007.

Walaupun sudah ada versi facelift, tetapi masih ramai yang setuju bahawa bodykit itu nampak lebih sporty dengan spotlight bulat di bahagian bawahnya. Peralatan lain yang turut dipasang pada kit depan kereta ialah parking pole dan lips karbon Sport M. Panel sebatang yang melintang di belakang nombor plat itu rupa-rupanya jenama Modellista. Memang terbaik.

Melihat bahagian sisi kereta, anda boleh lihat cermin sisi model facelift sebab ada lampu isyarat membelok, skirting model Racy, visor Passo OEM, penutup tempat isi minyak dan banyak lagi. Percaya atau tidak, semua cermin dan hendal krom adalah daripada Passo.

Bahagian belakang menggunakan Spoiler TRD jenis karbon replika, bampar belakang Racy dan apron aftermarket untuk disesuaikan dengan bampar Racy tadi. Sekali pandang nampak macam bampar OEM dari kilang dan seperti konsep Move RS.

Rim? Ya. Apa yang membezakan Myvi biasa dengan Myvi peminat tegar JDM pastinya rim yang bagus. Tidak ada apa yang lebih bagus melainkan TE37, empat lubang dengan lebar 7.5 inci, offset depan belakang dan PCD100.

Harganya tak usah tanyalah. Paling penting boleh dapat atau tidak. Rim itu dipadankan dengan tayar Bridgestone Adrenalin bersaiz 205/40/17. Apabila sudah guna rim 17 inci, maksudnya sangatlah Mitsubishi Pajero kalau tidak direndahkan. Kereta itu menggunakan suspensi jenis boleh laras jenama TEIN.

Bahagian dalaman sudah tentu macam-macam benda boleh pasang. Benda wajib ialah papan pemuka TRD lengkap dan meter RPM dari model sebelum facelift. Kemasan pintu jenama Racy, kolum shift jenis tombol krom, tempat duduk red dot Racy, perehat tangan Passo, karpet Racy dan stereng Momo yang payah nak jumpa itu. Meter tambahan ialah jenis Defi original punya.

Kalau sudah sampai tahap seperti ini, ia boleh dikatakan sebagai sebuah Myvi Passo yang lengkap. Cakap banyak tak guna, kalau kena terserempak dengan orang kaya silap-silap boleh dapat harga luar biasa.

SPESIFIKASI

      • Model: Perodua Myvi tahun 2007
      • Enjin: K3VET YRV turbo, kepala selinder Alza 1.5, turbo bearing, throttle body 1.5 Vios, blow-off HKS SSQV, bubble tank, oil catch tank Cusco, hos-hos Samco dan Greddy E-Manage. Ekzos HKS Hi Power Super Silent.
      • Kotak gear: YRV tiptronik
      • Suspensi: TEIN boleh laras
      • Brek: Brembo Skyline GTR 4Pot.
      • Rim: TE37 17 PCD 4x100mm
      • Tayar: Bridgestone Adrenalin 205/40/17
      • Dalaman: Papan pemuka TRD, meter RPM dari model sebelum facelift. Kemasan pintu Racy, kolum shift krom, tempat duduk red dot Racy, perehat lengan Passo, karpet Racy dan stereng Momo
      • Luaran: Bodypart Passo Racy TRD Sport M, parking pole, lips karbon Sport M, panel Modellista, cermin sisi facelift, skirting Racy, visor Passo OEM, penutup tempat isi minyak aftermarket, cermin Passo, hendal Passo, Spoiler TRD karbon replika, bampar belakang Racy dan apron aftermarket

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

YEZZA DIREZZA!

Next Post

DATSUN B110 RARE

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved