Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

DATSUN B110 RARE

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
18/04/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Apabila bercakap tentang kereta lama, mungkin hanya ada satu sahaja kereta yang dikenali dalam keluarga Nissan. Model itu ialah 510 atau lebih dikenali di kampung sebagai Datsun 1600.

Sangat berbeza dengan jenama Toyota yang cukup banyak modelnya dibaik pulih semula, Nissan/Datsun bagaimanapun kurang diminati kerana banyak sebab. Antaranya, sudah tentulah kerana alat gantinya yang tidak senang dicari dan tidak murah macam Toyota. Lebih kuranglah seksanya seperti hendak membaik pulih model Mazda.

Kereta Nissan/Datsun juga bukan boleh pilih-pilih kalau hendak beli. Tidak banyak yang masih berada dalam kondisi bagus dan diiklankan. Kereta yang dipaparkan kali ini ialah Datsun B110.

Pertama kali melihatnya, saya dengan yakin meneka ia sebuah Toyota. Tetapi jelas sangkaan itu jauh meleset. Kalau diikutkan sejarahnya, model itu mula diperkenalkan pada tahun 1970 sebagai gantian kepada Datsun B10 dan B20. Menggunakan kod B110, ia bersaing secara langsung dengan model-model keluaran Toyota.

Sekitar tahun 1970-an, segmen kereta-kereta sport kecil sememangnya popular dan mendapat sambutan hangat. Ketepikan dahulu model Toyota Celica dan Nissan 510 yang boleh dianggap kereta sport berskala lebih besar. Untuk menghasilkan sebuah kereta sport kecil yang asalnya sebuah model sedan, maka lahirlah versi liftback atau pada masa itu lebih dikenali dengan istilah fastback.

Kereta versi fastback tidak dimulakan oleh pengeluar kenderaan Jepun. Kalau anda pernah melihat Fiat 850, itulah penanda aras pengeluar Jepun apabila mereka ingin meneroka pasaran luar negara terutama Eropah.

Kereta-kereta Eropah seperti Fiat, Alfa Romeo, Saab, Skoda dan beberapa lagi jenama lain kemudian terpaksa berdepan cabaran daripada kereta Jepun. Ia bukan sahaja memiliki kualiti yang hampir sama, malah pengeluar Eropah tidak mampu melawan dari segi ekonomikalnya.

Untuk makluman, versi sedan Datsun B110 menggunakan enjin A12 bersesaran 1,172cc. Itu pun saya tahu kerana terjumpa ada seorang pemilik dari Johor yang mahu menjualnya di laman web mudah.com.

Jentera yang anda lihat Ini ialah model fastback dengan enjin A14. Enjin asalnya telah ditukar kepada enjin CA18DET. Selepas puas main drift dan drag di sana sini, kereta itu kemudian bertukar tangan kepada pemilik barunya, Ali.

Sebagai seorang mekanik, Ali mengambil keputusan untuk memulihkan Datsun B110 itu kepada versi asal. Sayang sangat pada kereta itu kerana susah nak dapat dan tidak mahu merisikokannya di atas trek, Ali membuat keputusan memasukkan semula enjin lamanya iaitu A14. Kalau dinilai dari segi spesifikasinya, A14 memang sebuah enjin lama, tidak berkuasa dan boleh tahan lemaunya.

Bagi menjadikan enjin A14 itu lebih mengujakan, Ali yang yang turut memiliki sebuah Toyota AE86 sejak dua bulan lalu mengubahsuai enjin tersebut. Pertamanya, bahagian blok bawah telah dipasang dengan piston oversized dan komponen crank diringankan.

Pendek kata, enjin kecil 1,400cc itu diimbang, sebelum dipasang karburetor Solex 40 bersama pendikit (throttle) individu. Akhir sekali, satu unit penghidup jenama MSD dan palam pencucuh Iridium dipasang.

Jentera itu menggunakan kotak gear manual lima kelajuan yang tidaklah banyak pada zamannya yang rata-rata kereta hanya dibekalkan dengan gear empat kelajuan sahaja. Kotak gear itu dipasang dengan roda tenaga (flywheel) jenama Cusco dan LSD yang disalin daripada Toyota AE86 atau Hachiroku.

Sebagai seorang mekanik yang pakar dalam selok-belok kereta, sudah tentulah Ali tidak berdepan masalah untuk memasang apa jua jenis suspensi. Setelah dikaji, dia mendapati suspensi S13 Silvia boleh laras lengkap dengan pillowball adjuster amat sesuai untuk roda hadapan. Sementara roda belakangnya menggunakan suspensi Toyota AE86. Formula sama (roda hadapan S13 Silvia dan belakang AE86) untuk brek turut digunakan.

Sekarang, masuk bahagian rim. Ali sebenarnya terjumpa rim itu di sebuah kedai potong. Dia pada awalnya tidak tahu pun rim itu sebenarnya ialah buatan Rays, sebelum diberitahu oleh seorang pelanggannya. Spesifikasi rim itu adalah 15 x 8 inci dengan offset yang agak ke dalam. Rim tersebut dipadankan dengan tayar Bridgestone Potenza RE-01 205/50.

Warna luaran Datsun B110 itu merupakan campuran beberapa warna yang menghasilkan kemasan matt. Nama istimewanya ialah Matting Moss Brown yang saya fikir sangat sesuai dengan karekter sebuah kereta lama. Jangan buat warna itu pada Perodua Myvi atau Toyota Vios pula.

Kereta itu memang tidak mempunyai sebarang bodykit. Peralatan asing yang ditambah hanyalah lips depan custom dan pelindung lingkungan roda (wheel arch) yang juga dibuat custom semuanya. Kalau di Jepun, kereta-kereta lama yang menyertai perlumbaan time attack/drift memang suka sangatlah dengan modifikasi seperti ini.

Bahagian dalaman memang terbukti bahawa kereta itu pernah digunakan di trek. Lantainya ditampal dengan checkered plate. Manakala papan pemuka disusun dengan meter Defi dan Autometer pada panel buatan custom. Dua buah tempat duduk bucket SPATS yang jarang ditemui dipasang di sana.

Sekarang adalah musim kereta-kereta lama tengah menggila. Bukan sekadar alat ganti, kereta-keretanya juga tidak murah kalau hendak dibeli. Anda tahu berapa harga terkini sebuah Toyota AE86 yang bagus kondisinya? RM40,000 hingga RM50,000 itu standard. Tidak luar biasa langsung. Mengikut ramalan seorang kawan, harga kereta itu boleh mencecah RM100,000 sepuluh tahun lagi. Gila!

SPESIFIKASI

      • Model: Datsun B110.
      • Enjin: Nissan A-14, Solex 40 Throttle, Port and Polished, Full Balanced and Oversized Pistons, Iridium Spark Plugs, Japan custom-made extractor, M.S.T ECU
      • Transmisi: Lima kelajuan manual, flywheel Cusco Japan, LSD Toyota AE86
      • Suspensi hadapan: Nissan S13
      • Suspensi belakang: Toyota AE86
      • Brek hadapan: Nissan S13
      • Brek belakang: Toyota AE86
      • Rim: Volks Racing 15”x8JJ
      • Tayar: Potenza RE-01 205x50x15
      • Ruang kabin: Papan pemuka custom, tempau duduk jenis bucket jenama SPATS, meter-meter DEFI dan butang penghidup enjin
      • Luaran: skirt hadapan custom, 4 Arches Custom-made

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MYVI PASSO DARJAT TERTINGGI!

Next Post

RED SUNS FC3S: LAGENDA RAJA ROTARY

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved