Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

RED SUNS FC3S: LAGENDA RAJA ROTARY

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
23/04/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Siapa yang tidak kenal Mazda RX7, satu-satunya kereta produksi penuh di dunia yang menggunakan enjin jenis Wankel rotary yang cukup unik. Enjin rotary secara asasnya ialah sebuah enjin yang sangat mudah untuk dipertingkatkan dan diselenggara.

Enjin itu tidak memerlukan injap, aci sesondol, spring injap mahupun kepala silinder. Ia hanya memerlukan sepasang rotor berbentuk segi tiga, sebatang shaft serta lubang port untuk kemasukan udara dan bahan api, cukup mudah.

Selain daripada enjinnya yang unik, RX7 juga dikenali kerana reka bentuk badannya yang sporty. Model FC3S ialah model RX7 generasi kedua yang mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980-an. Ia merupakan model pertama menggunakan enjin 13B rotor berkembar yang menggantikan enjin 12A rotor tunggal yang digunakan pada RX7 model pertama.

Oh ya! Tidak lupa juga enjin 13B baru itu menggunakan pengecas turbo bagi meningkatkan prestasi enjin. Di samping meningkatkan daya kilas (kuasa tork) enjinnya. Harus tahu bahawa daya kilas yang rendah adalah satu kelemahan enjin rotary.

Apabila tuan punya RX7 putih ini menghubungi untuk sesi fotografi, kami tidak berlengah untuk membuat temu janji dengannya. Sebabnya, kalau tidak silap memang sudah agak lama model RX7 seperti ini dirakam gambarnya. Model FD3S agak banyak, tetapi model FC kurang sikit kerana ia memang tidak banyak wujud di Malaysia.

RX7 ini seperti biasa mengekalkan enjin 13B rotary, tetapi sudah pasti melalui proses ubah suai sepenuhnya. Blok enjinnya telah menjalani proses kerja porting dan apex seal dua milimeter (mm) dipasang bagi menyediakan enjin untuk menerima boost yang tinggi.

Turbo berkembar standard enjin dipertingkat kepada sebuah turbo Garret T04 tunggal yang diadaptasi kepada enjin menggunakan sebuah manifold ekzos buatan custom. Intercooler top mount asal juga tidak digunakan lagi. Sementara sebuah intercooler Trust jenis front mount menggantikannya. Paip intercooler custom dengan getah silikon SARD melingkar di dalam ruang enjin yang kelihatan kosong.

Untuk menghantar bahan api ke kebuk pembakaran, satu unit pam bahan api Walbro digunakan. Malah semua alat suntikan bahan api asal telah diganti dengan alat pancitan bersesaran 800cc baru. Paling menarik, jentera ini ditala menggunakan beberapa peralatan elektronik old skool yang masih berfungsi dengan baik.

Campuran udara dan bahan api dikawal oleh GReddy Rebic II. Sementara boost ditala oleh GReddy Profec-B boost controller jenis elektronik. Radiator enjin turut dipertingkat menerusi radiator jenis aluminum yang bertanggungjawab mengawal suhu enjin dengan lebih baik.

Enjin itu walaupun nampak senang sahaja hendak dinaik taraf, perlu tahu juga bahawa senang-senang sahaja kuasa boleh naik lebih 300bhp. Untuk perbandingan, Ferarri 328 GTB yang sezaman dengannya hanya boleh menjana kuasa maksimum 270bhp, walaupun dengan enjin V8 3,200cc. Jadi, tidak hairanlah jika kereta itu sejak dahulu lagi sudah mampu bersaing dengan Ferrari dan Porsche di litar lumba antarabangsa

Dari segi bunyi ekzos, bunyi enjin rotary sememangnya amat unik. Bagi peminat kereta, bunyi ekzos daripada enjin itu sebenarnya berada di kedudukan lima teratas (Top 5) bunyi ekzos paling sedap didengar di dunia. RX7 menggunakan sistem ekzos custom jenis saluran paip terus berdiameter tiga inci yang diakhiri dengan sebuah peredam bunyi jenis HKS.

Segala kuasa yang dilepaskan oleh enjin disalurkan ke jalan raya melalui kotak gear lima kelajuan manual standard yang diperkuat dengan klac separa perlumbaan Mazdaspeed. RX7 ini didatangkan dengan gandar belakang LSD standard dari kilang yang mengalirkan kuasa dengan sekata kepada kedua-dua roda di belakang.

Pengendalian jentera Mazda ini dipertingkat sepenuhnya menggunakan penyerap hentak boleh laras Tein. Rim 15 inci asal diganti dengan rim spec JDM 18 inci yang disalut dengan tayar Falken bersaiz 215/35/18. Brek standard RX7 pun sudah dilorek untuk dijadikan cakera berliang dengan groove bagi mambantu memantapkan lagi kuasa membrek.

Dari segi kosmetik, RX7 dihias oleh kit badan RE Amemiya. Antara ciri utamanya ialah lampu jeni pop-up asal diganti dengan lampu projector jenis fixed. Selain liang udara khas untuk menyalur udara kepada penapis udara enjin. Bagi jentera ini, sebuah penapis udara daripada HKS Super Power Flow digunakan.

Bagi menambah kegarangan kereta, sebuah GT wing custom gentian karbon mengisi ruang di bonet belakang. Lampu belakang juga telah diganti dengan lampu daripada model facelift RX7 FC.

Bahagian dalamannya dipenuhi dengan meter-meter tambahan jenis old skool. Meter buatan GReddy, HKS dan Auto Meter yang dipasang pada papan pemuka kereta itu mengingatkan saya pada zaman Saturday Night Fever di litar Batu Tiga, Shah Alam yang sebenarnya cukup kena dengan imej kereta klasik moden ini.

Satu-satunya benda yang saya tidak suka ialah stereng yang digunakannya. Tidak tahu nak cakap apa. Macam stereng Knight Rider pun ada. Tetapi yang lain-lain, memang okay dan sesuai dengan kereta ini.

SPESIFIKASI

      • Model:Mazda RX7 FC3S
      • Ubah suai enjin: 13B rotary, blok ported, apex seal 2mm, Garret T04 turbo, Trust intercooler, alat suntikan 800cc, pam bahan api Walbro, radiator aluminum, penapis udara HKS
      • Sistem Ekzos: Custom 3” dengan peredam bunyi HKS
      • Sistem ECU: Standard dengan pengawal bahan api GReddy Rebic II dan pengawal boost GReddy Profec B
      • Kotak Gear: Standard manual dengan klac Mazdaspeed
      • Suspensi: Penyerap hentak boleh laras Tein
      • Brek: Standard FC3S
      • Luaran: Bodykit lengkap RE Amemiya, GT wing custom
      • Dalaman: Standard FC3S, meter-meter tambahan GReddy, HKS dan Auto Meter

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

DATSUN B110 RARE

Next Post

SUBARU FORESTER SF5

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved