Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result
Bmw E39-13

V8 ROAR

Saiful by Saiful
30/08/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Katakan anda seorang peniaga yang berjaya pada pertengahan era 90-an. Untuk itu, sebuah kereta berhidung tinggi, amat diperlukan sebagai cerminan kepada kejayaan tersebut. Kebetulan generasi keempat 5 Series baru saja dilancarkan di Frankfurt. Dengan ciri keseluruhan yang jauh lebih moden dan terkini, ia telah meletakkan aras kepada istilah sedan mewah yang sebenar.

Kurang pasti berapakah harga yang ditawarkan oleh Auto Bavaria ketika mula diperkenalkan di sini. Namun untuk nilai semasa, ia kini dijual pada harga belasan ribu ringgit, bergantung kepada varian dan kondisi. Memang murah sangat dah, apa lagi untuk sebuah sedan mewah berdarah Jerman seperti ini.

Beli memang boleh, tapi nak maintain tu yang payah. Bukan kata enjin asal tak cukup bagus, cuma faktor ketahanannya agak merunsingkan. Jika faktor purist bukan keutamaan, penggunaan nadi Jepun yang lebih diyakini boleh dijadikan pilihan.

Pemilik kereta ini sebenarnya seorang pomen di KKP Auto Service yang terkenal dengan kepakaran mereka mentoyotakan model-model berpenyakit. Lepas makan tahun bergelumang dengan benda yang sama, Jerry akhirnya telah terpalit racun pelanggannya sendiri. Walaupun masih muda, beliau bukan saja terbeli kereta ini sebagai pilihan, tapi turut tersalin enjin asalnya dengan sesuatu yang lebih bertenaga.

Apa yang Jerry pilih, sebenarnya bukan calang-calang. Kerana minat dengan bunyi menggelegak, beliau dengan kereknya telah memilih enjin 1UZ-FE VVTi, untuk digunakan pada kereta ini. Walaupun tanpa sistem pendesak, enjin konfigurasi V8 berkapasiti 4.0 liter ini mampu menghasilkan kuasa sekitar 300hp serta tork sekuat 420Nm dalam keadaan standard. Baru boleh eksen ngan bos sendiri…

Kemasukan enjin ini memerlukan sedikit pengubahsuaian di bahagian cagak enjin. Mujur kedua-duanya ditenggek atas subrangka berasingan. Jadi kerja-kerja pengubahsuaian boleh dilakukan tanpa perlu menganggu keseluruhan casis asal.

Sebaik dimasukkan, nadi baru ini dibiar bekerja seadanya. Dah macam bela dua enjin, nak bikin apa lagi. Buat masa ini, Jerry hanya menggunakan pam petrol Epman 320, regulator Works Engineering, unit radiator kustom, tangki simpanan Sard, termasuk mengalih kedudukan penapis udara. Sistem pacuan pulak menggunakan kotak gear automatik 5-kelajuan 1UZ VVTi, yang dihubungkan ke bahagian axle belakang menerusi unit longshaft yang diubahsuai.

Dari segi luaran, Jerry masih mengekalkan rupa kereta ini sebagai sebuah sedan mewah menerusi padanan kit badan MSport, termasuk tambahan lip gentian karbon pada bumper depan. Untuk nampak muda remaja macam tuannya, keseluruhan badan kereta telah dilayangkan dengan kaler nardo grey, sesuai dengan trend semasa. Nak jaga pun senang.

Sebahagian besar komponen sistem suspensi E39, dibina dari material jenis aluminum untuk mengurangkan berat. Bagi memudahkan pelarasan, ia kini menggunakan set suspensi boleh laras yang dibina secara kustom. Sistem brek asal dilihat sudah memadai. Manakala keseluruhan ruang roda, kini diisi set rim Vossen 19-inci berserta tayar garu kepala jenis Delinte Thunder dari 245/35ZR-19 untuk depan dan 275/35ZR-19 di ruang belakang.

Bahagian dalam meminjam sebahagian komponen milik E39 MSport, yang hadir dengan material jenis alcantara. Tiada lagi kemasan acah-acah kulit kayu, sebaliknya digantikan dengan panel aluminum yang lebih segar. Satu-satunya gajet bantuan yang disediakan adalah meter digital Auto Gauge bagi menyokong aspek pemantauan secara keseluruhan.

Agak janggal bila melihat seorang yang masih muda seperti Jerry, memilih untuk memandu sebuah sedan sebesar ini. Namun sebaik mendengar ngauman enjinnya, kita yang takat main 4 plug pun akan mudah terpesona dan mula faham maksud citarasa sebenar.

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Jerry Loh
  • Pengeluar – BMW
  • Model – E39 528i
  • Tahun – 1997
  • Enjin asal – M52
  • Modifikasi enjin – 1UZ-FE VVTi, pam petrol Epman 320, regulator Works Engineering, radiator kustom, tangki simpanan Sard
  • Transmisi – Kotak gear automatik 5-kelajuan
  • Ekzos – Kustom
  • Luaran – Kit badan MSport, lip depan gentian karbon
  • Suspensi – Suspensi boleh laras kustom
  • Brek – Standard
  • Rim & Tayar – Vossen 19-inci & Delinte Thunder 245/35ZR-19 (depan), 275/35ZR-19 (belakang)
  • Dalaman – Salinan komponen E39 MSport, meter digital Auto Gauge
  • Bengkel – KKP Auto Service / BMW Convert Club

 

Bmw E39-12
Bmw E39-4
Bmw E39-1
Bmw E39-11
Bmw E39-10
Bmw E39-9
Bmw E39-8
Bmw E39-5
Bmw E39-6
Bmw E39-7
Bmw E39-3
Bmw E39-2
Previous Post

BENDA BOLEH BIKIN

Next Post

THE BANDWAGON

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved