Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result
Wira Evo-19

BENDA BOLEH BIKIN

Saiful by Saiful
30/08/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Sapa boleh nafikan kedudukan Wira sebagai model Proton paling popular dan berpengaruh di negara ini. Yang bujang, yang kahwin, yang muda, yang pencen, semuanya senang mengangkat sedan mampu milik ini sebagai pilihan. Malah perkongsian komponen dengan model JDM sebenar, turut menarik minat kaki bikin untuk menghasilkan sesuatu yang hampir sama.

Misalnya Wira milik Ujang ini, yang telah selamat dijelmakan seperti sebuah Evo. Asal dulu mungkin takat suka-suka ajer. Cuit sana sket, cuit sini sket. Tapi bila dah lama sangat terjebak, makin payah pulak nak tarik diri. Semua dibuat atas dasar minat dan kepuasan diri.

Asasnya menggunakan kit badan Evo III, sebelum diadun dengan rangkaian komponen yang lebih sesuai. Antaranya padanan bumper depan HKS Kansai, lampu depan Denji Evo IV, hood gentian karbon Evo VI, cermin sisi Ganador, serta unit sunroof Mazda 3. Disebabkan montot belakangnya panjang sangat, ia telah dipendekkan juga dengan komponen Evo III. Pastu pakai pulak lampu belakang USDM, reflektor plet belakang, serta boot gentian karbon. Memang cukup lengkaplah. Sejurus selesai, kerja mengecat takyah pening-pening nak sub mana-mana. Ada bengkel cat sendiri rupanya. Steady ler incas!

Untuk kelihatan sekacak Eron Ajis, setup bahagian roda antara yang perlu dititikberatkan. Ia dicapai menerusi padanan rim 17-inci jenis SSR Type C, yang digandingkan bersama tayar Bridgestone Potenza RE003 dari saiz 225/45R-17. Sektor kendalian dibantu set suspensi boleh laras ACE Suspension yang agak otai. Bagi tujuan keselamatan, keseluruhan komponen hentian telah digantikan dengan kit brek Mitsubishi GTO yang lebih besar.

Dari sebuah model asas keluaran 1994, keupayaan kereta ini telah dipertingkatkan beberapa kali. Mula-mula pakai 4G91, kemudian naik 4G93T. Lepas pecah bersepai masa drag ngan kawang-kawang, ia terus menerima yang ini, sebuah enjin pasembur yang diasaskan dari siri 4G63T.

Kod enjin 4G63T tu sebenarnya wayang ajer. Ini selepas keseluruhan isi perutnya, melalui proses naik taraf yang agak memberangsangkan. Bermula dengan penempatan crankshaft 2.2-liter, ia kemudian dihubungkan kepada rantaian komponen lain seperti piston CP 86mm, conrod Manley, serta galas enjin King Bearing. Bahagian atas pula menempatkan kepala silinder Galant VR4, termasuk penggunaan camshaft BC 272°, spring injap BC, serta sepasang cam pulley kustom.

Janaan kuasa datang dari turbo bearing AR.70/80, yang ditenggek pada sebuah manifold turbo kustom bersama wastegate Tial 40mm. Bagi membantu proses sejukan, ia dihubungkan kepada unit intercooler penuh bumper dari Trust, sebelum ke mulut throttle body Super90 yang melekat pada manifold kemasukan Jun. Sementara jumlah boost yang tidak diperlukan, akan dilepas keluar menerusi injap pelepas Blitz.

Untuk sistem penyampaian bahan api, bekalan petrol dibawa masuk menerusi pam bertekanan tinggi Walbro 455. Ia ditembak ke kebuk pembakaran oleh set injektor ID 1250cc pada rel bahan api HKS, sambil dilaras menggunakan unit regulator Arospeed. Kuasa cucuhan dibantu pek koil K-Series. Sementara perjalanan enjin, kini ditala menggunakan unit EMS Link G4 Plug-In untuk capaian kuasa yang optimum. Berapa boleh dapat? Kalau cakap 547 herspers okey tak?

Ujang masih mengekalkan konfigurasi pacuan depan, tapi dengan resepi nisbah gear tersendiri. Memastikan hantaran kuasanya tidak tergelincir, ia kini dilapik set klac dari OS Giken. Sistem ekzos pula dibina secara kustom menggunakan paip lurus 3-inci tanpa muffler, untuk kesan bunyi yang memekakkan.

Sudut dalaman dinaik taraf menggunakan komponen Evo dari generasi berbeza. Papan pemuka, konsul tengah, tempat duduk dan panel pintu, semuanya diambil dari model Evo IV. Kemudian adalah sikit jajan-jajan lain seperti stereng, meter utama dan tombol gear RalliArt, unit RSM Apexi serta deretan meter tambahan dari Defi.

Pejam celik, rupanya dah masuk 10 tahun kereta ini bersama Ujang. Banyak sangat lipatan kenangan yang mereka kongsi. Makan modal jangan ceritalah, nak beli Evo sebijik pun lepas. Tapi tulah. Benda boleh bikin…

 

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Saifulidzuan / Ujang GA
  • Pengeluar – Proton
  • Model – Wira
  • Tahun – 1994
  • Enjin asal – 4G15
  • Modifikasi enjin – 4G63T, blok 4G67, crankshaft 2.2-liter, piston CP 86mm, conrod Manley, galas enjin King Bearing, kepala silinder Galant VR4, port & polish, camshaft BC 272°, spring injap BC, cam pulley kustom, tangki perangkap minyak kustom, radiator aloi Synergy, turbo bearing AR.70/80, manifold turbo kustom, wastegate Tial 40mm, intercooler Trust, paip intercooler kustom, throttle body Super90, manifold kemasukan Jun, injap pelepas Blitz, pam petrol Walbro 455, injektor ID 1250cc, rel bahan api HKS, regulator Arospeed, pek koil K-Series, EMS Link G4 Plug-In
  • Transmisi – Kotak gear manual, nisbah gear kustom, set klac OS Giken
  • Ekzos – Paip kustom 3-inci
  • Luaran – Kit badan Evo III, bumper depan HKS Kansai, lampu depan Denji Evo IV, hood gentian karbon Evo VI, cermin sisi Ganador, sunroof Mazda 3, lampu belakang USDM, reflektor plet belakang, boot gentian karbon
  • Suspensi – ACE Suspension
  • Brek – Mitsubishi GTO
  • Rim & Tayar – SSR Type C 17-inci & Bridgestone Potenza RE003 225/45R-17
  • Dalaman – Papan pemuka, konsul tengah, tempat duduk & panel pintu Evo IV, stereng, meter utama & tombol gear RalliArt, RSM Apexi, meter Defi
  • Bengkel – Mil RS Auto Garage, Ujang GA Auto Colour Paint Shop
Wira Evo-1
Wira Evo-8
Wira Evo-7
Wira Evo-18
Wira Evo-17
Wira Evo-16
Wira Evo-15
Wira Evo-14
Wira Evo-11
Wira Evo-9
Wira Evo-13
Wira Evo-12
Wira Evo-10
Wira Evo-6
Wira Evo-5
Wira Evo-4
Wira Evo-3
Wira Evo-2
Previous Post

BIRU BUAT ABANG KELIRU

Next Post

V8 ROAR

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved