Baru-baru ini, Tesla telah mengumuman penambahan rangkaian pengecasannya ke Pulau Pinang dengan dua stesen Destination Charging (Destinasi Pengecasan) di The Ship Campus, Batu Kawan, dan All Seasons Place. Liputan yang diperluaskan ini memberikan keupayaan kepada pemilik Tesla untuk menikmati pengecasan rentas negara dari Singapura ke Johor dan Pulau Pinang.
Stesen Destination Charging ini memberikan kemudahan dan pelbagai pilihan pengecasan kepada pemilik kereta Tesla. Hanya perlu plug dan nikmati pengecasan percuma. Dengan menggunakan aplikasi Tesla, para pemilik kereta boleh memantau status pengecasan dan menerima notifikasi apabila kereta mereka sedia untuk digunakan.
Stesen Destination Charging di The Ship menawarkan sebangai 8 pengecas, manakala di All Season Place pula menawarkan sebanyak 4 pengecas. Dengan jumlah keseluruhan sebanyak 12 Destination Charges ditingkatkan di Pulau Pinang. Tesla akan meneruskan usaha untuk menambah lebih banyak infrastruktur pengecasan di Pulau Pinang seterusnya meliputi seluruh Malaysia.
Bagi maklumat lanjut, para pelanggan boleh menghubungi Tesla Malaysia di talian 1800810655 dan ikuti akau rasmi Tesla di media sosial seperti X @tesla_malaysia dan Instagram @teslamotorsmys.