Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Estetika dan Kuasa Bergabung Mempelopori Masa Depan Pengangkutan Elektrik

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
23/02/2024
in BULETIN, UTAMA

Sime Darby Motors dan BYD melakar detik bersejarah dalam sektor kenderaan elektrik (EV) Malaysia yang pesat berkembang dengan pelancaran rasmi BYD SEAL, model sedan elektrik sepenuhnya serba baharu lagi canggih yang amat dinanti-nantikan. Peneraju gaya, prestasi dan teknologi yang unggul, pelancaran BYD SEAL sedia menetapkan piawaian baharu dalam pengalaman pemanduan elektrik, melambangkan kemajuan besar bagi BYD dan sekali gus meneruskan transformasi Malaysia ke arah penggunaan pengangkutan elektrik.

Dato’ Jeffri Salim Davidson, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad berkata, pengenalan BYD SEAL di Malaysia amat bermakna kepada pasaran EV kita yang sedang berkembang pesat. “Berbekalkan teknologi canggih, reka bentuk hebat dan prestasi luar biasa, BYD SEAL terserlah sebagai salah satu daripada EV paling menarik di pasaran pada hari ini. Buktinya ialah minat luar biasa yang ditunjukkan oleh pengguna yang menantikan pelancarannya. Minat yang ditunjukkan oleh para pengguna sebelum pelancaran amat positif. Kami teruja untuk melihat bagaimana ia akan membentuk semula e-pengangkutan di Malaysia dan rantau ini.”

Liu Xueliang, Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, mengulas, “Pelancaran BYD SEAL pada hari ini sesungguhnya amat bermakna bagi BYD di Malaysia. Kenderaan ini melambangkan pendekatan BYD terhadap inovasi dan kualiti serta usaha berterusannya ke arah kecemerlangan. Direka cipta untuk keselesaan dan kecekapan, ia menawarkan nilai yang tersendiri sebagai sedan elektrik berteknologi tinggi yang menyediakan ruang jauh lebih luas untuk kegunaan keluarga dan individu.”

Majlis pelancaran yang diadakan di The Exchange TRX telah dihadiri oleh dif-dif kehormat termasuk YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Dato’ Jeffri Salim Davidson, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Andrew Basham, Pengarah Urusan, Bahagian Permotoran Sime Darby Berhad; Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Darby Motors; Liu Xueliang, Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD Asia Pacific dan Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd.

Platform Lanjutan Inovatif Menetapkan Piawaian Baharu Industri
Teras BYD SEAL ialah e-platform 3.0 inovatif canggih, yang menjadikannya pelopor keselamatan dan prestasi. BYD SEAL ialah model pertama yang dilengkapi teknologi CTB (sel pada badan) inovatif, yang menyepadukan dengan sempurna Blade Battery (Bateri Bilah) ke dalam struktur kenderaan, memastikan kestabilan dan keselamatan dalam pelbagai keadaan. Disokong oleh teknologi iTAC serba maju, kemajuan ini terus meningkatkan dinamik pemanduan, mengurangkan atau berupaya mengelakkan gelinciran, memanfaatkan sepenuhnya kuasa kenderaan dan memastikan pengalaman memandu yang selamat dan lancar.

Selain ciri-ciri serba maju ini, BYD SEAL dilengkapi e-Platform 3.0 yang menjanjikan kepintaran, kecekapan, keselamatan dan estetika yang serba sempurna. Sistem enjin pacuan kuasa elektrik 8 dalam 1 keluaran besar-besaran pertama dunia mengoptimumkan penggunaan ruang dan kecekapan tenaga, manakala sistem pam haba meningkatkan kecekapan haba dan mengurangkan kehilangan tenaga pada pelbagai julat suhu. BYD SEAL ialah model pertama untuk mengguna pakai seni bina pacuan roda belakang, melambangkan komitmennya untuk menjangkaui sempadan dan menetapkan piawaian baharu dalam kejuruteraan EV.

Ocean Aesthetics (Estetika Lautan): Direka Cipta Untuk Era Baharu
Di bawah kepimpinan berwawasan Ketua Pereka Global BYD, Wolfgang Egger, BYD SEAL membayangkan era baharu reka bentuk automotif berasaskan falsafah “Ocean Aesthetics” atau Estetika Lautan.

Model terbaharu yang berilhamkan konsep ‘X’ ini menggabungkan gaya dan prestasi dengan reka bentuk aerodinamik sebanding kereta coupe, lantas meningkatkan daya tarikan dan juga kecekapan. Ciri-ciri tersendiri seperti garis badan ombak, cermin titisan air, bumbung kaca panorama dan lampu belakang LED mencerminkan keanggunan semula jadi ombak dan gunung-ganang. BYD SEAL, dengan bahagian dalam luas serta ruang but 400L dan tambahan 50L lagi di bawah bonet, menyerlahkan penampilan dengan panjang 4800mm dan lebar 1875mm. Dalaman kereta berwarna Hitam Thaumas serta penukar gear kristal menambah sentuhan kemewahan, menghidupkan ciri Ocean Aesthetics yang sebenar.

Teknologi Pintar: Tahap Keterhubungan dan Keselesaan Serba Baharu
BYD SEAL menampilkan teknologi automotif moden yang mengagumkan, dengan skrin sentuh berputar 15.6-inci di tengah-tengah kabin, memberikan pemandu antara muka intuitif bagi petunjuk arah, hiburan dan penetapan kenderaan. Paparan ini disokong oleh sistem kokpit pintar BYD, yang lancar disepadukan dengan Aplikasi BYD, memberikan tahap keterhubungan dan kawalan lebih tinggi. Fungsi arahan pula memudahkan pemadu berinteraksi dengan sistem kenderaan, menambah lagi kemudahan pemanduan. Sistem bunyi premium HIFI Dynaudio yang disediakan mewujudkan pengalaman mendengar yang mengasyikkan, manakala sistem penapisan lanjutan PM2.5 menjamin persekitaran dalam kabin yang bersih dan sihat, demi kesihatan dan kesejahteraan penghuninya.

Keselamatan Berbilang Dimensi: Menetapkan Penanda Aras Baharu
Keselamatan dititikberatkan dalam reka bentuk BYD SEAL, yang telah diberikan penarafan lima Bintang oleh ANCAP selepas mematuhi kriteria ujian ketat 2023-25. Kombinasi teknologi Blade Battery dan binaan CTB bukan sahaja meningkat kestabilan kenderaan tetapi juga menambah baik profil keselamatannya. Struktur sandwic bateri BYD SEAL, laluan transmisi daya teroptimum, dan bateri bertaraf IP67 membuktikan komitmen BYD untuk membina sebuah EV yang mantap dan boleh dipercayai. Dengan ketegaran badan yang lebih kukuh dan ciri-ciri keselamatan pasif, termasuk sembilan beg udara, selain unsur keselamatan aktif seperti ADAS dan sistem kamera resolusi tinggi 360, BYD SEAL direka cipta untuk memberikan ketenangan fikiran dalam setiap perjalanan.

Kawalan Unggul Bagi Pemanduan Selesa dan Dinamik
BYD SEAL membawa pengendalian kenderaan dan keselesaan ke tahap lebih tinggi dengan suspensi depan palang siku berganda dan suspensi belakang berbagai pautan, memberikan kawalan jitu dan pemanduan lancar. Model Premium dan Prestasi AWD menambah baik pengalaman memandu dengan roda aloi 19-inci spesifikasi 235/45 R19 yang menawan. Dipilih khas untuk penampilan visual dan prestasi di atas jalan raya, BYD SEAL menjanjikan pengalaman memandu lebih menarik, yang memenuhi kehendak pemandu yang arif.

Sistem kawalan adaptasi tork pintar iTAC memastikan prestasi optimum dalam keadaan memandu yang berubah-ubah, manakala, agihan bebanan gandar depan dan belakang 50:50 menjamin pengalaman memandu yang seimbang dan responsif. Jejari pusingan minimum 5.7 meter memudahkan pergerakan dalam persekitaran bandar yang sempit, menyerlahkan sifat serba boleh BYD SEAL sebagai EV yang mesra kota.

Para peminat kereta berprestasi tinggi pasti teruja dengan keupayaan mengagumkan model ini. Dengan rintangan angin sangat rendah pada 0.219Cd, BYD SEAL menyediakan julat pemanduan NEDC luar biasa sehingga 650KM*, membolehkan perjalanan jarak jauh dengan hentian minimum untuk mengecas semula. Pecutan 0 hingga 100 km/j yang dicapai dalam masa hanya 3.8* saat membuktikan kuasa enjin, manakala keupayaan pengecasan pantas sehingga 150kW memastikan pemandu boleh mengecas semula dengan kadar segera dan kembali ke jalan raya.

Pakej BYD SEAL
BYD SEAL boleh didapati dalam versi Premium RWD dan Performance AWD, bermula daripada RM179,800 dan RM199,800. Pilihan warna yang disediakan termasuk Biru Artik (eksklusif untuk model Performance), Cosmos Black, Atlantis Grey, dan Aurora White (disediakan untuk Premium). 800 tempahan pertama akan menikmati pengecas wallbox percuma dan kredit cas Gentari atau ChargEV bernilai RM800 secara percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat.

BYD dan Sime Darby Motors sukacita mengumumkan beberapa perkembangan terkini menarik bagi kenderaan elektrik BYD SEAL yang dinanti-nantikan. Memperkenalkan dua pakej servis menyeluruh: pakej Standard dan Plus. Tawaran khas ini dirangka untuk memberikan ketenangan minda pengguna dengan khidmat penjajaran, pengimbangan dan penggiliran tayar disertakan untuk kedua-dua pakej tersebut. Pelan servis tersebut dirangka untuk memberikan pemilik pengalaman pemilikan kereta yang mudah, melindungi pelaburan sambil mengurangkan potensi kenaikan harga masa depan, seterusnya menjamin penjimatan kos dalam jangka panjang. Di samping itu, sebagai bukti komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap kepuasan pelanggan dan ketenangan fikiran, BYD SEAL menawarkan pakej waranti yang menyeluruh. Pakej ini termasuk waranti kenderaan 6-tahun atau 150,000km, waranti bateri hebat selama 8-tahun atau 160,000km, dan waranti unit pemacu yang setanding, untuk tempoh 8-tahun atau 150,000km. Dengan waranti yang mendahului industri, BYD membuktikan dedikasinya untuk menyediakan sokongan lepas jualan yang tiada tandingan, memastikan setiap pemilik BYD menikmati tahap keyakinan dan kepuasan tertinggi dari segi pengalaman pemilikan.

Mentakrifkan Semula Kecemerlangan Perkhidmatan Pelanggan
BYD terus komited untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa dengan menawarkan perkhidmatan terbaik menerusi rangkaian bilik pameran canggih dan pusat servis yang meluas di seluruh Malaysia. Dengan kemudahan yang terletak secara strategik di Lembah Klang, kawasan utara, Johor Bahru selatan dan Malaysia Timur, BYD memastikan tahap akses dan kemudahan tiada tandingan bagi para pelanggan. Menerusi lapan belas bilik pameran sehingga kini dan pengedar yang semakin berkembang di seluruh negara, BYD terus meluaskan kehadirannya untuk memastikan tahap perkhidmatan yang tinggi.

Untuk terus mengukuhkan lagi komitmennya, inisiatif digital yang dilaksanakan seperti aplikasi mudah alih BYD memudahkan pengguna mencari lokasi pusat servis dan diagnosis yang disediakan, memperlihatkan komitmennya terhadap perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Dengan rangkaian komprehensif, pakej servis peneraju industri, dan penyelesaian digital inovatif, BYD terus mengutamakan kepuasan pelanggan di setiap titik hubungan.

Rakan media dan pelanggan dijemput untuk berkongsi keseronokan yang dirasai dengan hashtag #SealTheSpeed di akaun media sosial BYD iaitu @bydcarsmalaysia! Mereka yang berminat untuk melihat sendiri BYD SEAL boleh mengunjungi bilik pameran BYD yang terdekat atau di The Exchange, TRX dari 23 hingga 25 Februari, 2024 dan berpeluang untuk menandu uji BYD SEAL. Para pengunjung juga boleh menikmati promosi eksklusif dari Trapo, ZUS Coffee, KINETA, 3M, dan Kitsune sambil menikmati pengalaman sebenar kenderaan elektrik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://byd.simedarbymotors.my/ atau ikuti laman www.facebook.com/BYDCarsMalaysia atau www.instagram.com/bydcarsmalaysia/. Untuk pertanyaan, sila hubungi nombor Perkhidmatan Pelanggan di 1300-38-1888.

Fusion Studio TIFF File
Previous Post

Kemunculan Kereta-Kereta Audio Di Kangar

Next Post

Usaha Memperluaskan Liputan Pengecasan DI Seluruh Malaysia

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved