Navigator mungkin berhadapan dengan masalah di pasaran US tetapi ia mencatatkan perniagaan yang stabil di China serta menunjukkan prestasi cemerlang. Bagi meraikan prestasi yang dipamerkan SUV ini, pengeluarnya telah melancarkan model edisi istimewa baharu.
Navigator ini merupakan satu-satunya versi paling mewah China dengan pengeluaran terhad hanya sebanyak 30 unit. Ia berasaskan Navigator L, varian lebih panjang dan telah didedahkan pada Chengdu Motor Show baru-baru ini. Ia menampilkan beberapa ciri menarik yang tidak ditawarkan untuk Navigator spesifikasi US dan dikekalkan eksklusif hanya untuk Navigator One.
Lazimnya, ia merupakan kenderaan keluarga dengan tiga barisan tetapi kini diubah menjadi sebuah kenderaan mewah hanya untuk dua penumpang di bahagian kerusi pemandu. Selain itu, ruang tengah yang luas untuk tempat rehat tangan yang turut dipasangkan dengan tablet yang membolehkan anda mengawal dengan mudah ciri-ciri yang ada di bahagian belakang seperti elemen LED yang diintegrasikan dengan bahagian bumbung, skrin TV untuk infotainmen dan juga bar bunyi yang dipasangkan di bahagian bawah TV.
Bahagian yang paling menyerlah dan menjadikan interior lebih istimewa adalah set teh Jian yang sangat sinonim dengan budaya di negara China. Pada bahagian luarnya, Navigator One dikemaskan dengan warna dua ton, silver-purple dan roda 22 inci.
Bagaimanapun, tiada informasi tentang enjin tetapi menurut laporan Motor1, dipercayai ia menggunakan mill V6 turbocharged 3.5 liter yang mampu menguasakan sehingga 440hp dan tork 510lb-ft dan menyerahkan kuasa ke semua tayar menerusi gearbox automatik 10-kelajuan.
Sumber : Motor1