Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TOYOTA CHASER MARK II

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
21/09/2015
in MODIFIKASI, UTAMA

Saya sangat yakin mungkin hanya satu peratus sahaja peminat kereta yang sedar tentang kewujudan kereta ini. Empat pintu, tarik belakang, turbo, separa klasik.

Mungkin tak ramai yang taip perkataan ‘chaser’ dalam kotak carian mudah.my, motortrader atau carlist.my. Realitinya, kereta ini boleh dikira dengan jari ada dijual di sini.

Seingat saya juga, sejak beberapa tahun lepas, harganya serupa sahaja. Sedangkan Nissan Cefiro A31 sudah boleh nampak harganya makin turun.

Toyota Chaser bukanlah kereta yang anda nak beli bawa masuk drag atau main track. Bukan main berat body kereta ni. Tapi kalau nak rare, nak nampak kepala orang toleh bila lalu, boleh beli. Ia berbeza daripada kereta moden tarik belakang sekarang macam BMW dan Mercedes-Benz.

Kereta ini kami jumpa masa melawat kedai ketam ikan masin kegemaran di Tanjung Lumpur, Kuantan. Pertama kali tengok pun hati dah terpaut. Brader Azhar sebelum ini pernah ada Nissan Cefiro. Sekarang, guna Chaser Mark II JZA80 yang dah siap separuh sewaktu dibawa pulang dari Sabah.

Sapa sangka sedan besar lori ini menepati ciri kereta keluarga dengan sedikit sentuhan. Ciri-ciri kereta keluarga mestilah besar, but besar, selesa, power, aircond boleh on masa parking, boleh bawa balik kampung dan angkut macam-macam dengan banyak.

Senyum sampai telinga Azhar apabila dapat tahu enjin 1JZ GTE 2.5 liter twin turbo ini dijaga dengan cukup baik oleh pemilik lama. Kotak gear juga sudah diganti kepada manual lima kelajuan.

Aksesori enjin dipasang bersama kemasan untuk tujuan kosmetik. Penapis udara HKS, paip stainless steel, bay enjin purple rock, radiator aluminium, blow-off Tial, ekzos tahan karat dan peredam APEXi.

Chaser ini dipasang dengan suspensi boleh laras HKS untuk lebih keselesaan. Rim Rota buatan Filipina bersaiz 18 X 9.5 inci dipadankan dengan tayar Falken 225/45r18 di depan dan 235/45r18 di belakang. Brek semua standard Chaser JZA80.

Kalau duit bukan halangan, sediakan wang sebanyak RM10,000 dan order bodykit Wonder Shadow ini. Setelah fikir sedalam-dalamnya, Azhar buat keputusan meniru semula kit ini di kedai gentian kaca. Jadi sebijik pun kos baru suku daripada harga yang asal.

Masuk ke bahagian kabin memang terasa betul era 1990-an. Inilah tipikal kemewahan yang cuba diterapkan Toyota pada model-model flagship keluarannya. Warna-warna cerah digunakan pada banyak bahagian.

Azhar bagaimanapun sudah menggantikan tempat duduk asal kepada Bride. Sebuah meter Defi pula diselit pada tiang A.

Rarity, warna dan model yang susah nak jumpa macam inilah yang mewarnai dunia modifikasi negara kita. Sebenarnya, ada banyak lagi permata berharga di luar sana yang menanti tangan-tangan yang betul untuk direstorasi.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MITSUBISHI EVO D4MD!!!

Next Post

PROTON SATRIA 1.3L DRAG

KATEGORI

  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW

POPULAR

  • PROTON SATRIA ENJIN LANCER GSR
  • Cita-Cita Datang Dengan Usaha Dan Usaha Datang Dengan Hasil
  • GAYA MUSCLE MITSUBISHI GTO
  • EASTERN SQUAD
  • PROTON PUTRA MIVEC
  • Kalau takut jangan ikut sebab ada yang nak main macam ni sampai berikat perut…
  • G’s RAWK!!!
  • RALLY LEGEND

CAPAIAN

  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • RSS - Posts
  • RSS - Comments
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved