Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MITSUBISHI EVO D4MD!!!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
17/09/2015
in MODIFIKASI, UTAMA

Sejak zaman Mitsubishi Evo 3, saya tidak tahulah kenapa Evo ada pengaruh yang sangat besar dalam masyarakat Malaysia.

Mungkin sebab Proton sebahagiannya. Tapi tak dengar pula orang convert Inspira jadi Evo 10. Pada hal kalau ikut teknikalnya lebih mudah sebab dah sama chasis. Kalau anda perasan juga, populariti Evo terhenti setakat versi 9 saja. Sama macam GDB Subaru, versi Evo 10 dan GRB hatchback macam suam-suam kuku.

Semangat untuk modifikasi Evo 4,5 6 dan Lancer CK nampaknya tak akan pudar sama sekali. Tengok saja harga body kosong kereta ini yang tak mau turun. Baik yang asli, baik yang convert, harganya serupa itu saja. Ini semua tak akan ada kesudahan kalau wujud kereta-kereta macam Evo merah ni. Cantik betul warna dia.

Body asal kereta ini ialah Lancer CM4A. Menggunakan teknologi terkini, enjin 4G63 Evo 5 telah dimasukkan dengan sempurna. Untuk membolehkan sebuah enjin berkuasa 280PS dari kilang bernafas dengan lebih efisyen menggunakan bahan api gred rendah di Malaysia, beberapa pengubahsuaian telah dibuat.

Pemiliknya menggantikan cam asal kepada Tomei, Valve spring Tomei dan pulley boleh laras HKS. Turbin asal digantikan dengan turbo dari Evo 8. Disebabkan saiznya itu atau nak nampak lagi garang dan cun melecun, sebuah manifold banana custom Tonka dipasang.

Boost berlebihan dinyah keluar dengan wastegate 40mm Tial. Paip-paip intercooler jenis stainless steel kini menyambungkan intercooler custom dengan integrasi sistem turbo tadi dan sebuah Sard fuel regulator.

Modifikasi seterusnya ialah set ekzos yang terdiri daripada paip saluran terus stainless steel 3 inci yang dihadamkan bunyinya oleh peredam bunyi HKS Hi Power.

Kuasa enjin disalurkan ke roda menerusi transmisi lima kelajuan manual. Pelapik klac moden yang digunakan ialah OS Giken yang sangat laris, tetapi tidaklah popular macam Ogura. Macam mana dia orang boleh dapat idea buat klac bunyi loceng pun tak tahulah.

Apa sebenar yang membuatkan Evo ini nampak begitu menonjol? Bentuknya. Bentuk kereta ini memang unik. Pertama, sebab Lancer CK dan CM memang tak masuk Malaysia secara rasmi. Itu menjadikan model convert Lancer lokal sendiri kurang.

Bukan model convert saja kurang, model standard pun memang rare sangat. Bentuk kereta ini memang tak sama dengan kereta-kereta sports yang seangkatan dengannya. Dengan kata mudah, kalau modifikasi GC8 ramai yang dungu cakap serupa putra empat pintu.

Bentuk evergreen Evo ini diserikan lagi dengan padanan bodykit DAMD lengkap bamper depan, skirting dan bampar belakang. Hud depan dan trunk lid belakang pula daripada gentian karbon buatan Monster.

Untuk melengkapkan pakej tadi, rim Volks RE30 berdiameter 18 X 9.5 dengan offset -15 dipadankan. Saya rasa rim ini akan viral tak lama lagi. Harganya dah makin mahal macam TE37 dan CE28N.

Rim ini dibalut dengan tayar Dunlop SP sport600 245/40-18. Brek Brembo asal Evo 5 nampaknya masih mampu menjalankan tugasnya dengan baik.

Bahagian dalaman secara asasnya adalah salinan terus Lancer kepada Evo 5. Apabila platform ini siap, ia dilengkapkan dengan aksesori seperti boost meter Apexi, water temp, oil temp, oil press, HKS EVC 5 boost controller dan Ralliart gear knob berserta pedal kawalannya.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

PIKAP OLDSKOL DATSUN SUNNY GB120

Next Post

TOYOTA CHASER MARK II

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved