Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

PIKAP OLDSKOL DATSUN SUNNY GB120

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
14/09/2015
in MODIFIKASI, UTAMA

Olskool? Kereta apa yang ada dalam wishlist anda? Saya yakin Hakosuka mesti tersenarai. Untuk beli KPGC10, statusnya adalah mustahil sama sekali. Tetapi masih boleh dibeli dengan beberapa cara, termasuklah menggunakan AP pelajar. Ini saya jelaskan pada akhir artikel nanti.

Datsun GB120 Sunny bukanlah kereta yang best pun masa dulu. Pada yang tak tahu, banyak pikap ini didaftarkan sebagai kenderaan komersial untuk bawa barang. Masa kereta ini dibuat selepas perang dulu pun, Jepun memerlukan pengangkutan yang efisyen berenjin petrol kecil. Jadi pikap macam ini menjadi idea para pengeluar di sana.

Setengah dekad kemudian, pikap ini jadi viral dan harganya meletup tak disangka-sangka. Beli yang nak runtuh pun harganya lebih RM20,000 paling murah. Itupun kalau dapat. Hendak jalan singkat, beli saja yang dah siap tapi memanglah mahal. Kalau rasa tak mau sakit kepala itu saja caranya.

PIKAP OLDSKUL DATSUN GB120 SUNNYDatsun milik Ken Yeap ini antara yang terkenal di KL. Kalau anda pernah dengar BWB (Backwheel Bit**es), itulah kelab mereka. Berbeza dengan kelab yang menyatukan ahli dari satu model kereta, BWB pula tak ada jenis kereta yang spesifik, janji olskul. Seperkara yang menarik tentang BWB ialah mereka ni kerjanya melepak saja. Kadang-kadang saya pelik masing-masing ni tak ada kerja ke apa?

Jarang-jarang orang buat trak tahun 1972 bagi laju. Nak dapat body pun sekian susah, sebab itu saya yakin ramai yang lagi tak tidur malam kalau parking kereta ini di luar rumah, berbanding parking sebuah GTR.

Apa yang buat saya lebih respect kereta Ken Yeap ialah dia pandu kereta ini setiap hari. Kereta belasahan yang dibeli, dimodifikasi dan digunakan setiap hari, perkara yang jarang pengumpul (collectors) buat.

Dalam hud depan terletak sebuah enjin A15 asal yang telah menjalani proses port dan polish pada kepala silindernya. Penutup rocker itu buatan Tomei yang rare, tapi saya dengar dah ada pula yang cap ayam sekarang.

PIKAP OLDSKUL DATSUN GB120 SUNNY Menyuapkan bahan api pada enjin 4 silinder OHV ini ialah dua buah karburetor Mikuni yang disambung dengan mulut trumpet udara individu. Tengok enjin ini boleh buat air mata menitik kalau banding dengan enjin Ford Ranger keluaran 2013 saya yang tak pernah kena basuh pun. Adoiii!!!!

Serius tentang kuasa? Ken Yeap memesan kotak gear jenis Dogleg lima kelajuan yang dikatakan pilihan terbaik untuknya. Sesalur ekzos pula keluar menerusi manifold custom 4-1 dan diakhiri dengan peredam bunyi Super Trapp. Bunyinya garing betul!!!!

Untuk tujuan kosmetik, ada dua perkara yang penting mesti dibuat pada trak kecil ini. Pertama, mesti lowered dan kedua rim mesti champion. Merendahkan kereta berteknologi klasik agak senang kerana bahagian belakang dipasang dengan lowering block 3 inci.

PIKAP OLDSKUL DATSUN GB120 SUNNYSementara bahagian depan digantikan dengan set adjustable kedai potong dengan pillowball mount. Bahagian depan boleh masuk apa saja model asalkan panjangnya lebih kurang sebab ia hanya memegang hub brek dan tierod stereng. Sangat asas.

Rim pilihan Ken ialah Enkei Apache yang pada pendapat saya padan sangat dengan bentuk kereta ini. Bersaiz 13X9, ia rim zaman batu yang bukannya model moden klasik buat semula. Jadi ia lagi rare, lagi mahal dan lagi susah dapat.

Kelebaran rim tadi memaksa fender arch dikembangkan dengan arch custom mengikut lengkok badan kereta. Kit depannya pula dipasang dengan muka Hakosuka dengan sekeping bajak sawah untuk melengkapkan pakej kosmetik keseluruhan. Akhir sekali warna kuning. Settle.

PIKAP OLDSKUL DATSUN GB120 SUNNY Ingat pasal Hakosuka yang saya bagitau tadi? Kalau ada duit, boleh beli kereta ini dari Jepun dan uruskan dengan AP klasik. Boleh mohon dengan MITI, tapi proses turun naik pejabatnya makan masa lama.

Itu masalah pertama, masalah kedua ialah Hakosuka sekarang sangat mahal. Harganya meningkat setiap tahun. Badan asal KPGC10 GTR paling bangang siap Shaken pun dah 8 juta yen, hampir RM260,000 duit Malaysia. Kalau yang fully restored sekarang berbelas juta harganya kalau nak tau. Lagi mahal daripada GTR 35 baru!

Nah. Nak beli ke tak?

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

Previous Post

PERODUA MYVI RACY

Next Post

MITSUBISHI EVO D4MD!!!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved