Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Tiga Hari Penuh Kemeriahan, Mengukuhkan Lagi Ukhuwah

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
16/11/2023
in BULETIN, UTAMA

Seratus buah jentera pacuan empat roda Mitsubishi telah menggegarkan Kuantan baru-baru ini sempena penganjuran program Triton Tuners Club Malaysia Jamboree. Dianjurkan salah satu kelab truck 4×4 Triton Tuners Club Malaysia, program ini merupakan kali ke-11 diadakan dan pada tahun ini para peserta datang dari setiap negeri di semenanjung bagi menjayakannya.

Pahang dipilih sebagai tuan rumah pada tahun 2023 dan program yang berlangsung selama tiga hari ini diadakan bermula dari 10 November hingga 13 November lalu. Bertempat di De Rhu Beach Resort, Balok Kuantan, acara telah dimulakan pada sebelah petang hari Jumaat sekitar pukul 3.00 petang dengan kemasukan para peserta secara berperingkat di kawasan tempat letak kereta parking akibat pertembungan dengan warga kota yang pulang ke kampung sempena Deepavali. Lebih kurang seramai 100 orang ahli mendaftar pada acara tahun ini.

Program hari kedua dijadualkan bermula seawal 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi dengan aktiviti pertama iaitu Telematch Hari Keluarga. Sukaneka rakyat yang disediakan sebagai sebahagian telematch yang melibatkan ahli-ahli keluarga memeriahkan lagi suasana khususnya golongan kanak-kanak. Kemudian, sekitar pukul 11.00 pagi, program diteruskan dengan CRS yang berkonsepkan gotong-royong membersihkan sekitar pantai berhampiran kawasan penginapan.

Aktiviti ini dilihat dapat memberi kesan dan kesedaran kepada semua peringkat masyarakat, malah turut menyumbangkan tempat pengumpulan bergerak serta tong sampah kitar semula yang disumbangkan kepada pihak hotel. Sumbangan ini diharapkan mampu memberi kesedaran kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya. Aktiviti pada hari kedua ini diakhiri dengan sesi bergambar pada pukul 1.00 petang sebelum berehat dan makan tengah hari.

Kemuncak program Jamboree kali ke-11 tahun 2023 ini ialah Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting) yang diadakan di dewan tertutup serta dihadiri ahli-ahli berdaftar sahaja. Mesyuarat dimulakan dengan sesi pendaftaran, seterusnya ucapan sebelum sesi pembentangan hala tuju, misi dan visi kelab di masa hadapan. Selain itu, pembentangan akaun kelab dan sesi soal-jawab juga diadakan dan diakhiri dengan sesi undian untuk perlantikan calon-calon Ahli Jawatankuasa baru yang bakal menerajui Triton Tuners Club Malaysia. Mesyuarat ditamatkan pada pukul 5.30 petang dan sebelum bersurai, ahli-ahli telah bergambar.

Menurut En. Muhammad Farid bin Ayob, Presiden Triton Tuners Club Malaysia, Triton Tuners Club Malaysia merupakan sebuah kelab berdaftar di bawah ROS yang mempunyai ahli berdaftar melebihi 300 ahli sejak ditubuhkan pada tahun 2010 iaitu sebelum didaftarkan pada September 2011. Jamboree tahunan merupakan salah satu aktiviti tahunan selain mesyuarat tahunan yang dijadikan sebagai platform untuk mengumpulkan semua ahli sebagai usaha mengukuhkan ukhuwah dalam satu majlis yang bermakna ini.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli dan juga pimpinan AJK sebelum ini kerana berjaya mencapai objektif seperti yang diharapkan. Beliau juga berharap agar semua ahli dapat memberikan kerjasama dan mengekalkan semangat setia kawan yang sudah terjalin dan memberikan yang terbaik kepada semua. Dalam masa yng sama, beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada barisan AJK baharu yang baru dilantik yang diketuai oleh En .Ahmad Asry bin Asis sebagai presiden TTCM agar kebaikan kepada kelab dapat diteruskan seperti sebelum ini di mana kelab bergiat aktif melaksanakan kerja-kerja amal CSR.

Antaranya seperti misi bantuan banjir, CSR Rumah Anak-anak Yatim dan Orang-orang tua dapat diteruskan dan diperhebatkan dari semasa ke semasa. Tidak lupa juga sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti-aktiviti sukan permotoran anjuran pihak-pihak lain khususnya jentera 4×4. Beliau juga berharap ahli-ahli sentiasa menjaga nama baik kelab serta hubungan korporat kelab dengan pihak Mitsubishi sebagai sebahagian pelancaran produk khususnya dari jenama Mitsubishi sebagai transporter kepada pihak korporat, kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

Pada sebelam malam, aktiviti diteruskan dengan Majlis Makan Malam Tahunan bertemakan Bollywood sempena sambutan perayaan Deepavali. Pelbagai gelagat dan pakaian dipersembahkan pada malam tersebut yang turut dimeriahkan kehadiran tetamu jemputan iaitu En. Shinya Ikeda CEO Mitsubishi Motors Malaysia dan En Arba Abd Rahman, Senior Vice President Mitsubishi Motors Malaysia, individu yang tidak asing lagi bagi kelab Triton Tuners Club Malaysia.

Bagi memeriahkan lagi suasana, acara diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang sukan Telematch Hari keluarga serta diselang-seli dengan Cabutan Bertuah juga penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua pihak kerana memberi sumbangan dalam memudahkan program pada tahun ini. Acara kemuncak menyaksikan saat-saat yang ditunggu semua di mana Cabutan Bertuah tahun ini menawarkan set rim sukan berserta tayar 4×4 dari jenama Yokohama dimenangi saudara Abdullah Sani TTC008 sebagai pemenang hadiah utama yang disampaikan tetamu jemputan, En Shinya Ikeda CEO Mitsubishi Motors Malaysia.

Majlis melabuhkan tirai tepat jam 12.00 malam sebelum bersambung pada keesokan harinya dengan sesi bergambar diikuti pendaftaran keluar para peserta pada tahun ini. Akhir sekali, pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta barisan penaja dalam menjayakan acara tahun ini dengan sempurna.

Antaranya termasuklah Mitsubishi Motors Malaysia, EON Auto Mart Sdn Bhd, Okuan Motors Sdn Bhd, ORT Klang 4×4, SM offroad Equipment, Four Wheel Drive Equipment, Pumpfield Sdn Bhd, De Rhu Beach Resort, Chan Auto Service, Angkling Dharma Coffee, Dominan Motorsports Apparel dan lain-lain yang sudi memberi tajaan pada kelab TTC.

Jika anda berminat menjadi sebahagian ahli keluarga Triton kelab, boleh berhubung dengan kami atau lawati facebook Triton Tuners Club Malaysia untuk info.

Perkongsian;
Nadzwan Yusoff TTC (Gambar & Teks)

Previous Post

Himpunan Otai-otai Seluruh Malaysia, Dimeriahkan Kehadiran Jiran Serumpun

Next Post

Himpunan Sahabat Permotoran, Hangatkan Hujung Minggu

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved