Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

THE HAWKEYE

Saiful by Saiful
16/01/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Hakikatnya, penguasaan Subaru untuk pasaran sebelah sini taklah besar mana. Macam tak boleh jual, padahal ia cukup dikagumi di Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak sebab yang mendorong kepada hal ini dan perkaitan dengan Proton suatu ketika dulu, mungkin alasan paling kukuh mengapa Mitsubishi lebih mudah diterima ramai.

Dalam pada takde tu, terdapat juga kumpulan pemilik yang masih percaya dengan kehebatan model ini. Selain reputasi sebagai sedan berdarah rali, ia turut memiliki karektor tersendiri hasil penggunaan enjin tinju yang unik.

Kepada yang kurang maklum, Subaru Impreza WRX STi Version 9 ini pernah disiarkan beberapa kali dalam majalah modifikasi tempatan. Kejap keluar sana, kejap keluar sini. Memang femes jugaklah. Namun selepas beberapa kali bertukar tangan, kelibatnya hampir gagal dikesan, sehinggalah terserempak bersama pemilik baru sepurnama yang lalu. Alang-alang dah jumpa tu, kasi tembak jelah!

Serbis kini bertukar tangan kepada Fiereus, yang masih mengekalkan warisan pemilik asal. Tak banyak yang berubah dan ia masih lagi bertompok seperti dulu. Benda elok lagi, takat tukar minyak itam jelah. Kot-kot jumpa kit stroker yang mur-mur, dah tentu lain ceritanya.

Di bawah hood tersergam enjin Boxer EJ20 yang telah digunakan dengan meluas pada siri Impreza. Sebagai pakej tingkat taraf, kedudukan intercooler telah dialihkan ke ruang bumper depan menerusi pemasangan kit intercooler dari Blitz. Semua dah bikin siap-siap, tinggal pasang jer.

Sistem pendesak masih dikekalkan dan dipadankan bersama wastegate dari Tial. Lebihan boost yang tidak digunakan, seterusnya dibawa keluar menerusi injap pelepas tekanan Greddy Type S. Perjalanan enjin kemudian dibantu unit ECU yang diprogramkan semula, termasuk dihubungkan kepada unit Apexi AFC Neo untuk memudahkan proses talaan.

Lebihan gas ekzos dilepas keluar melalui sistem ekzos titanium dengan muffler Blitz Nur Spec di hujungnya. Bunyi paham-paham jelah, dah tentu motobot abes. Sistem pacuan AWD dengan kotak gear 6-kelajuan kemudian ditambah mantop, hasil penempatan set klac berprestasi tinggi Ogura Racing.

Yang paling menjolok mata tentulah penampilan bahagian luaran. Selain penggunaan kaler kuning yang terang, ia turut dikembangkan dengan kit badan ala WRC, dengan efek tikar mengkuang di sana-sini. Banyak jugak sebenarnya, meliputi bahagian hood, grill, lip, penutup lampu fog, fender, cermin sisi, pembuka pintu, skirt sisi, spoiler bumbung, fin vortex, bonet, diffuser, serta fender belakang jenis tampal yang tidak dimatikan. Nampak macam pelik pun ada. Tak kisahlah, dah gitu cara dia.

Pengisian bahagian roda menggunakan rim Volk Racing TE37 berukuran 18-inci, yang perlu dianjak keluar selari dengan sisi fendernya. Memastikan kuasa kendalian yang sempurna, sistem gantungan dinaik taraf menggunakan set suspensi boleh laras dari HKS. Kuasa hentian pulak, memadai dengan sistem brek Brembo yang asal.

Kemasan corak tikar mengkuang ni, turut menyelinap ke ruang dalam khususnya di bahagian panel pintu dan papan pemuka. Bahagian utama lain tidak berubah dan masih mengekalkan kehenseman komponen asal. Untuk tujuan pemantauan disertakan rangkaian meter Defi pada ruang tengah, termasuk paparan digital Defi OLED dan Apexi AFC Neo yang disebut tadi.

Jika EVO dilihat terlalu mainstream, model Impreza seperti ini mungkin pilihan terbaik untuk merasai nikmat sebuah sedan berprestasi yang sebenar. Janji ada minat. Tapi kalau payah sangat nak pilih antaranya, beli ajer dua-dua macam Fiereus…

 

Previous Post

SANG NILA UTAMA

Next Post

SWINDON LEGACY

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved