Belum lagi terlambat untuk meraikan kehangatan aksi-aksi drift mendebarkan sepanjang berlangsungnya Drift Nutz Volume 2 pada 24 Disember lalu. Pusingan ini merupakan lanjutan dari Drift Nutz Matsuri Volume 1, dianjurkan oleh Driftnutz dengan kerjasama bersama O.B.G Old But Gold Adventurers dan JT Autoworks.
Pusingan kali ini bertambah istimewa dengan kehadiran tetamu dari Exquisite Motorsports Club yang diadakan di stadium Shah Alam. Lebih 20 buah kereta telah menyertai program ini. Memandangkan program ini memerlukan para peserta lebih bersedia untuk diadili dari segi garisan, sudut dan juga gaya. Kesemua para peserta sudah arif dan tahu cara terbaik untuk mengendalikan jentera masing-masing.