Mitsubishi Motors Malaysia menganjurkan Mitsubishi XPander Venture yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini pada 14 hingga 15 Januari 2023 ini. Bertempat di Dataran Karnival, Perkarangan Shah Alam, program ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Bagi memeriahkan lagi program ini, orang ramai dijemput hadir bagi melihat serta merasai keupayaan crossover 7-tempat duduk ini. Tiada sebarang bayaran pendaftaran dikenakan dan masuk adalah percuma. Beberapa kursus mencabar telah disediakan untuk para pengunjung memandu uji XPander ini. Antara cabaran yang disediakan termasuk The Devil’s Angle, Side Traverse, Log & Roll, Roller Conveyer dan Agility Challenge.
The Devil’s Angle
Peserta perlu mengharungi air untuk mempamerkan ketahanan serta kepelbagaian XPander dalam mengharungi laluan berliku termasuk banjir kilat dengan jarak setinggi 205mm.
Side Traverse
Direka untuk menguji ketangkasan dan pengendalian XPander.
Log & Roll
Nikmati keunggulan suspensi dan keselesaan secara menyeluruh kabin XPander.
Roller Conveyer
Menguji tahap keselamatan XPander, kawalan traksi kereta untuk mengekalkan daya tarikan khususnya pada permukaan jalan yang licin.
Agility Challenge
Uji radius pusingan XPander di ruangan sempit.
Program XPander Venture ini turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti lain bagi memastikan para pengunjung menikmati keseronokan hujung minggu termasuk sesi beramah mesra dengan selebriti Malaysia. Jangan lepaskan peluang ini untuk menguji kemampuan XPander dan dalam masa yang sama, menguji kemahiran anda sendiri!
Jom, meriahkan XPander Venture!