Satu lagi perayaan bakal disambut tidak lama lagi dan sempena kedatangan Tahun Baharu Cina, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah menyediakan kempen yang menawarkan penjimatan sehingga RM4,000 melibatkan model-model popular Volkswagen di Malaysia.
Bermula dari 1 Januari sehingga 28 Februari 2023, model-model yang terlibat adalah Golf GTI, Arteon R-line 4MOTION dan Tiguan Allspace (Life, Elegance dan R-Line). Kepada para pelanggan yang sudah bersiap sedia dengan rancangan untuk bercuti, pastikan anda menjalani pemeriksaan kenderaan terlebih dahulu dan itupun secara percuma. Hanya buat temujanji di aplikasi Volkswagen Cares dan anda boleh menikmati pemeriksaan percuma ini di pusat-pusat servis dengan tenaga kerja bertauliah.
Bukan itu sahaja, para pelanggan Volkswagen berpeluang menikmati kempen selepas jualan Volkswagen Genuine Services yang berlangsung sehingga Mac 2023. Anda cuma perlu berbelanja minimum RM800 di mana-mana pusat servis Volkswagan dan akan menerima baucar barangan rasmi bernilai RM30.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web www.volkswagen.com.my