Litar yang basah tidak mematahkan semangat para peserta yang sudah bersiap sedia untuk beraksi sejak program VWOCM Sepang Trackday ini diumumkan dua bulan lebih awal. Dianjurkan VW Owners Club Malaysia (VWOCM), trackday ini berlangsung pada 17 Disember 2021 di Litar Antarabangsa Sepang (South Paddock).
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana semua 50 slot berjaya dipenuhi dalam masa yang amat singkat. Walaupun bermula pada pukul 8:00 malam dan berlanjutan sehingga 12 tengah malam, ada para peserta yang datang lebih awal untuk sesi memanaskan badan dan berjinak-jinak dengan litar terlebih dahulu.
Trackday ini pasti tidak akan berjalan dengan lancar tanpa sokongan para peserta yang sanggup datang dan meluangkan masa pada hujung minggu untuk berentap di Litar Antarabangsa Sepang ini. Begitu juga sokongan dari para penaja yang terdiri dari pihak SIC sendiri dan beberapa nama lain termasuk Everco Motorsports, Deutsche Motor, Pomen Werke dan banyak lagi.