Ucapkan selamat datang kepada EV konsep, Mercedes-Benz Vision EQXX yang boleh mengembara sehingga 1,000 km pada sekali pengecasan. Buat masa ini, EQXX masih lagi sebuah konsep tetapi pihak Mercedes sendiri telah menggelarnya sebagai kereta paling cekap walaupun tidak dapat memasuki bilik-bilik pameran dalam bentuk yang dapat dilihat sekarang.
Apa yang paling penting, teknologi yang digunakan bukan sekadar membalut pek bateri yang besar kepada lantai EQXX ini. Bak kat Mercedes, sesiapa sahaja boleh menghasilkan sebuah EV dengan memadatkan lebih banyak pengecasan untuk sel bateri. Dengan berbuat begini, ia hanya menambahkan berat kereta sekaligus memberikan lebih banyak tenaga yang diperlukan dari bateri dan juga memberi kesan terhadap pengendalian dan sistem brek.
Oleh yang demikian, EQXX mencapai 621batu (lebih 168batu berbanding EQS 450+) dan sub-10 kWh per 100 km dengan teknologi yang lebih pintar dan cekap dalam mengurangkan berat dan dalam masa yang sama meningkatkan aerodinamik. Dilengkapi dengan pek bateri 900-voltan, dibangungkan dengan High Performance Powertrains (HPP) dan Mercedes-Benz Grand Prix, akal di sebalik kereta-kereta F1 Damiler, pek bateri pada rate yang sama 100 kWh seperti yang ada pada EQS 450+ tetapi 50% lebih kecil dan 30% lebih ringan pada 1091 paun (495 kg).
Ia membantu mengurangkan berat kereta ini secara keseluruhan selain beberapa lagi sebab yang menyokongnya seperti roda magnesium, brek disk aloi aluminium, karbon dan pintu plastik dan juga panel atap yang nipis, sel solar 117 yang menyumbang 25km untuk pemanduan elektrik. Beberapa helah lain juga harus diambil kira seperti faktor Cd 0.17 oleh diffuser belakang boleh laras, penyejuk untuk bateri dan juga sistem pemanduan yang menghantar sebanyak 95% daripada kuasa bateri ke bahagian roda. EQXX ini dikuasakan oleh motor tunggal 150 kW (201 hp/204 PS) yang memacu roda belakang. Ia bukan AMG tetapi jentera ini lebih kepada kecekapan dan bukannya kelajuan.
Bahagian interiornya tampil mewah dengan pemapar skrin sesentuh seluas 47.5 inci 8k di depan pemandu dengan Hyperscreen dash sebesar 56 inci yang kini ada pada EQS tetapi dibuat daripada satu panel tunggal berbanding tiga dan menjanjikan lebih banyak ciri-ciri menarik.
Memandangkan lebih ramai pembeli yang bimbang terhadap keselamatan haiwan dan lebih mengutamakan dengan gas rumah hijau, EQXX menggunakan material yang tahan lama termasuk tempat duduk yang diperbuat daripada Dessertex, upholsteri yang diperolehi daripada kaktus (tanpa duri) dengan perincian daripada mycelium, kulit berasaskan sayuran daripada cendawan.
Apa yang lebih inovatif, penggunaan barang plastik tahan lama dari bahan-bahan buangan seperti sisa-sisa perkebunan dan lampin pakai buang untuk membina elemen bukan struktru di bahagian lantai belakang. Bijak?
Sumber : Carscoops