Khabarnya Kancil sekarang tengah ramai yang mencari. Dekat tepi-tepi rumah pun orang sapu dah sekarang. Tetibe aje market Kancil naik balik, ke sebab ikut trend je? Sikit-sikit dah nampak orang mula restore Kancil pastu buat cantik-cantik pakai buat pergi bersiar-siar.
Yang mana kaki-kaki convert pun dah mula slow sekarang. Ramai yang tetibe cari Kancil mata belalang punya bodypart. Nak nampak standard katanya. Takkan dah insaf kot? Takpelah, kita tengok Kancil yang ada depan mata ni sekarang.
Penampilan dia nampak agak standard, cuma dia pasang beberapa aksesori nak bagi jadi lagi lawa macam side mirror auto flip L5, lampu semua termasuk signal LED, spoiler Moderno, wiper JDM, cermin keliling cromax pastu dia pula canvastop Mazda. Untuk nampak lebih menarik, jentera ini dipakaikan dengan rim Volk Racing TE28N dibaluti tayar Kumho PS31 depan dan belakang untuk kadar cengkaman lebih baik di atas jalan.
Namun bagi ruang dalaman jentera ini dah disalin sepenuhnya JDM. Tempat duduk dari L200 Limited. Manakala papan pemukanya dari model L500. Meter paparannya pula milik Myvi SE dan yang lain-lainnya termasuklah speaker Carrozzeria, stereng Momo, tombol gear DSport, langsir L200 TRXX serta meter-meter bacaan untuk enjin.
Enjin asal jentera ini telah selamat dikuburkan dan diganti dengan nadi L600 EFRL. Tidak banyak yang dilakukan pada enjin baru ini, cuma beberapa naik taraf sahaja dilakukan seperti penggunaan injektor 240cc, turbo RHF4 VF32, intercooler hadapan dan juga pam bahan api Walbro 255lph untuk penghantaran cecair pembakaran dengan lebih cekap ke bahagian enjin.
Enjin ini telah dipadankan dengan kotak gear milik Perodua Viva 850 yang berfungsi untuk menghantar kuasa ke bahagian roda dengan lebih baik. Talaannya pula dilakukan menggunakan bantuan dari SAFC2 Apexi Piggyback.
Kedudukan badan jentera ini serta keselesaannya dipertanggungjawabkan pada sistem penyerap hentak boleh laras Mines Hi-Lo untuk depan manakala absorber Grebber di belakang. Selain itu, tahap kekuatan dan kestabilan cesi dibantu dengan penggunaan strut bar depan 2 point dan anti-roll bar serta member brace bar dari Ultra Racing untuk bahagian belakang. Sistem brek Kancil ni pula diambil dari model L500 depan dan belakang.
Tahu tak kenapa artikel k-car sekarang dah pendek? Sebab korang boleh tengok spesifikasi lepas tu boleh rujuk dekat gambar. Banyak mat kalau nak cerita satu persatu. Lagipun, memang idea dah kontang sekarang.
Spesifikasi
Kereta : Perodua Kancil 2003
Modifikasi Enjin : L600 EFRL , stock internal, injector 240cc, turbo RHF4 VF32, front mounted intercooler, 255 lph Walbro fuelpump, double pressure clutch kit
Transmisi / Gearbox : Viva 850
Elektronik / ECU : Piggyback Apexi Safc 2
Suspensi & Cesi : (Depan) adjustable highlow bodyshift Mines, (belakang) absorber Grebber, front 2 point strut bar, rear anti roll bar Ultra Racing + rear member brace bar
Brek : L500 depan belakang
Roda & Tayar : Volk Racing CE28N + tayar Kumho Ectsa PS31
Dalaman : Seat L200 Limited, dashboard L500, doortrim L200, meter Myvi SE, gear knob DSport, karpet besar merah L500, karpet kaki kecik L70, headunit Clarion, speaker midbass Carrozzeria, tweeter Carrozzeria, satellite speaker Carrozzeria, langsir belakang L200 TRXX, rear speaker (tiang gol) Carrozzeria, stereng Momo sarjan L200, boost meter Apexi EL2, Apexi RSM, Apexi SAFC2, back mirror Tiffanna House (ibu anak)
Luaran : Canvastop Mazda, L500 autoflip side mirror, cermin pintu cromax koko Daihatsu, sideskirt+ front lip Kancil special edition, mudflap Kancil, bonet depan wrap kain carbon fiber , lampu belakang led + sequential signal, signal depan led +sequential signal, spoiler Moderno Limited, wiper arm L70+wiperblade PIAA cf (depan), wiper arm belakang L512
Bengkel & Tuner : Ahmad Qimi Kusyen/AQK Motorsport, Clutch by Ahyam
Owner : Muhamad Ikhwan