Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Tempahan Secara Dalam Talian Dan Di Semua Bilik Pameran Toyota Sudah Dibuka

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
17/11/2020
in BULETIN, UTAMA

Aspek keselamatan dan penggayaan merupakan dua perkara penting yang diberi perhatian pada Toyota Vios facelift. Penambaikan itu menjadikan sedan popular itu kini lebih atletik dan dinamik. Vios 2020 dilengkapi dengan bampar, gril baharu, aerokit yang datang sekali dengan lip depan serta lampu utama LED dengan triple bezel serta lampu nyalaan siang (DRL).

Lampu utama itu juga hadir dengan fungsi follow-me-home yang ditawarkan pada semua varian J, E dan G. Sekali pandang, wajah Vios kini mirip model-model lain seperti Corolla, Camry dan Yaris. Pertama kali dilancarkan pada Januari 2019, generasi terbaharu Vios yang dikuasakan oleh enjin 1.5 liter menjadi sedan entry level pilihan. Ini kerana menawarkan aspek keselamatan, ketahanan, praktikaliti dan nilai terbaik.

Ia menjadi model pertama dalam segmennya yang dianugerahkan penarafan lima-bintang ujian ASEAN NCAP. Lebih menarik, sedan itu dilengkapi sistem keselamatan Toyota Safety Sense (TSS). TSS terdiri daripada ciri amaran pra-perlanggaran (PCS) serta amaran penukaran lorong (LDA). PCS diaktifkan bermula dari kelajuan 15 km/j untuk mengurangkan risiko perlanggaran dengan kereta hadapan.

Ia akan memaklumkan pemandu sekiranya sistem mengesan ada kenderaan dalam jarak pelanggaran serta membantu mengurangkan kelajuan sebagai sokongan tambahan kepada pemandu. Ciri LDA pula diaktifkan bermula dari kelajuan 50 km/j. Sistem tersebut berperanan memberi amaran visual pada paparan Multi-Info Display dan bunyi ‘beep’ sekiranya berlaku penukaran lorong yang tidak diingini. Ia bagaimanapun boleh dinyahaktif oleh pemandu.

Semua ini adalah tambahan kepada ciri-ciri keselamatan sedia ada pada model berkenaan. Ini termasuklah kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TRC), kawalan bantuan mula mendaki (HAC), amaran titik buta dengan amaran lintasan trafik di belakang (RCTA), sistem brek anti-kunci (ABS), agihan daya brek elektronik (EBD), bantuan brek (BA) dan perakam video digital (DVR) di depan dan belakang.

Vios menjadi satu-satunya kereta dalam segmennya yang dilengkapi tujuh beg udara SRS. Sedan itu juga dipasangkan dengan ciri peninjau pandangan 360-darjah 3D. Sekali gus membolehkan pemandu memerhatikan keadaan sekeliling kereta dengan lebih mudah. Bagi memastikan pemandu menikmati ciri tunjuk arah, ketersambungan dan infotainmen yang terbaik, Vios hadir dengan skrin tujuh-inci dengan sokongan Android Auto & Apple CarPlay.

Sistem telematik kenderaan ada ditawarkan sebagai standard untuk varian G dam E. Ia nyata selari dengan arah tuju Toyota untuk mempertingkatkan aspek ketersambungan di bawah pengalaman jenama 360-T Plus. Didatangkan dalam dua pilihan warna baru iaitu oren metalik dan putih mutiara, pelanggan juga boleh memilih warna-warna sedia ada seperti biru, merah dan perak metalik.

Tempahan Vios facelift secara dalam talian dan di semua bilik pameran Toyota sudah dibuka. Harganya akan diumumkan tidak lama lagi dan dianggarkan bermula sekitar RM75,000 seunit. Pelanggan boleh menikmati pengecualian cukai jualan bagi kereta pemasangan tempatan yang masih berlangsung ketika ini.
Maklumat lanjut tentang model ini, sila layari laman web: https://www.toyota.com.my/vehicles/car/vios

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Macam Ini Pun Dah Cukup!

Next Post

Ramai Yang Masih Layan W108 Berbanding Ferrari atau Range Rover!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved