Seorang penggemar kereta pasti akan memilih sebuah jentera yang menjadi kesukaan untuk dipakai ataupun berkemampuan untuk dimiliki. Namun begitu, sedarkah kita bahawasanya yang kita tidak akan lari daripada mengubah suai sesebuah kenderaan itu walaupun hanya dengan menukar rimnya sahaja. Orang Malaysia, mana boleh tengok kereta tu standard je. Sebelum beli kereta, macam-macam yang dah difikirkannya. Betul ke tak?
Kadang-kadang terfikir sejenak, kenapa kita nak buat macam-macam dekat kereta sedangkan yang datang dari kilang tu dah lengkap. Sebenarnya, nafsu. Keinginan untuk memastikan jentera kepunyaan kita itu tampak menarik atas kreativiti diri sendiri. Lain orang lain pandangannya. Maka tidak dinafikan yang semua orang mempunyai keinginan untuk melempiaskan nafsu terhadap kereta yang dimiliki.
Bagi mereka yang terlalu banyak duit, ubahsuai terhadap jentera adalah sangat ekstrem kerana untuk memastikan nafsu mereka itu terhenti tidak akan pernah berlaku. Ada sahaja yang ingin dilakukan walaupun hanya menukar skru tayar. Yang lain, faham-faham sendiri sajalah.
Melihat jentera Toyota AE101 ini pastinya akan membuatkan anda terpegun seketika. Dari segi rekaan dan juga pandangan mata kasar ia sangat cantik keseluruhannya. Secara halusnya, tiada lagi enjin standard di bawah hood depannya kerana sudah digantikan dengan nadi berkuasa 4AGE Blacktop di dalamnya yang diambil terus dari halfcut AE101 BZ Touring Wagon!
Tidak berakhir di situ saja, beberapa sentuhan telah diberikan terhadap enjin ini antaranya pemakaian ekstraktor ekzos Jasma 4-2-1 yang disambung terus dengan sistem ekzos lengkap kakimoto Red Tag. Selain itu, nadi berkuasa ini turut menggunakan kabel palam pencucuh Spitfire V-Charger dan penapis udara Apexi untuk sistem pengudaraan lebih baik. Kuasa dari enjin kemudian dihantar ke bahagian roda melalui kotak gear 6 kelajuan yang semestinya mampu beraksi dengan cemerlang.
Pemilik jentera ini amat menitik beratkan tentang sistem kawalan jentera ini. Kesemua sistem suspensi dan kekuatan cesi telah dinaik taraf dengan menggunakan penyerap hentak boleh laras Section Spec RMA-8 dan dibantu dengan penggunaan strut bar 3 point dari Cusco, anti roll bar depan belakang AE111 BZR serta kit ‘steering angle correction’ RCA.
Bagi mendapatkan lebih keyakinan untuk memberhentikan jentera ini, keseluruhan sistem brek dinaik taraf dengan pemakaian kaliper Nissan Skyline R32 4 pot untuk bahagian depan dan 2 pot di belakang ditambah pula dengan pelapik brek Project MU Type NS400.
Ruang dalaman jentera ini tampak lebih menarik dengan penggunaan papan pemuka milik AE101 BZ Touring lengkap dengan panel meternya dipadankan pula dengan stereng Nardi Torino. Untuk bahagian luar, ya.. ianya memang terlalu memikat pandangan mata. bumper depan digantikan dari model FX GT AE101 lengkap dengan lampu kabus, lips depan milik Honda Integra DC2, grill depan AE101 BZ Touring, lampu utama Kristal AE101, skirt sisi AE101 GT, ‘garnish’ dan bumper belakang Holden Nova serta lips belakang Carib AE111.
Serius, memang terlalu cantik dan handsome kereta ni! Tambah pula rim SSR dengan tayar Yokohama Advan Neova AD08R, Apa lagi tak cukup?
SPESIFIKASI
- Pemilik –
- Pengeluar – Toyota
- Model – AE101
- Tahun – –
- Modifikasi Enjin – 4AGE Blacktop 20V (halfcut AE101 BZ Touring Wagon), Jasma 4-2-1 Extractor, Full Cat-back Kakimoto Red Tag Straight-flow, SpitFire V-Charger Plug Cable, Iridium Spark Plug, Apexi Drop-In Air Filter
- Transmisi – Manual 6 Speed C160
- Elektronik – GReddy E-Manage Blue
- Ekzos – –
- Luaran – AE101 FX GT Bumper with Foglamp, Honda Integra R DC2 Front Lips, AE101 BZ Touring Front Grille, AE101 Crystal Clear Headlamp (JDM Model), AE101 GT Side Skirt, Holden Nova GS Rear Garnish (Extremely rare), Holden Nova Rear Bumper (Extremely rare – normally people will fiber the original bumper), AE111 Carib Rear Lips
- Suspensi – Section Spec RMA-8 Inverted Monotube 8-way Full Adjustable Suspension, Section Spec RMA-8 Front Camber Plate (Changed Top Bearing Bought From Japan), Cusco 3-point Strut Bar, AE111 BZR Front & Rear Anti-roll Bar, Front RCA kit for steering angle correction
- Brek – Front 4-pot R32 Brake, Rear 2-pot R32 Brake with functional handbrake, Front & Rear Project MU Type NS400, Cusco Brake Stopper
- Rim & Tayar – SSR, tayar Yokohama Advan Neova AD08R
- Dalaman – AE101 BZ Touring Dashboard including Manual Meter (From Halfcut), AE101 BZ Touring Door Card, Nardi Torino 3 Spoke
- Bengkel –