Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Ramai Yang Masih Layan W108 Berbanding Ferrari atau Range Rover!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
18/11/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Masa zaman atuk nenek kita dulu, sudah wujud status sosial dalam masyarakat. Masa tahun 60-an dan 70-an, kereta Jepun mana aja yang kau boleh jumpa kalau bukan Corolla ngan Datsun. Dan barangsiapa yang ada kerete ketika itu, memang tinggilah statusnya. Gila kau masa tu bas pun tak ada. Orang bergerak naik keretapi dengan basikal je kot…

Itu zaman dulu. Terbang ke zaman moden, bayangkan korang bawak Maybach atau Rolls Royce Phantom. Mesti rasa nak terajang je semua orang yang buat jem atas jalanraya. Inilah orang panggil status sosial. Tapi yang wa nampak beza dengan zaman dulu, orang kaya sekarang agak kurang sifat norma seorang manusia. Dulu orang kaya boleh je turun tingkap lambai orang kampung kat kedai kopi, sekarang ni jiran sebelah rumah pun dia tak cam muka.

Bayangkan sekali lagi, sebuah S-Class di tahun 1970. Ya. Masa wa kecik dulu tak pernah nampak pun kereta ni. Kat Kolumpo kot orang pakai. Tokey balak, tokey kedai emas, tokey arang batu dan tokey arang batu barangkali. Walaupun dikenali dengan nama 280S, di kalangan peminat mesra Mercedes ia lebih popular dengan nama kod W108.

Wa memang admire giler dengan kereta ni. Sebenarnya ada dua model Mercedes klasik yang memang berimpian nak beli; W108 dan W123 Wagon [230TE/200TE]. Orang lain muka suka Ponton dan Batman, tapi selera wa mungkin lain sikit. Wa suka kereta yang panjang, lebar dan besar. Bila lowered rapat ke tanah, rupanya macam Mafia di kepulauan Sicily.

Ceritanya lebih menarik dengan W108 gold ini. Sebenarnya 2 tahun lepas, wa pernah nampak kereta ini diiklankan untuk dijual dalam laman Facebook. Masa tu wa pun konteklah owner dia. Nak sangat dah beli masa tu, tapi apakan daya masa tu jugak tengah renovate rumah. Tau je lah makcik korang tu macam mana. Mula-mula nak buat sikit, last-last semua dinding rumah diruntuhnya buat baru. Bila dinding dah runtuh, maka runtuh jugalah poket wa nak keluar belanja.

Hasrat memiliki W108 ni terpadam begitu sahaja. Pun begitu, wa masih kontek ownernya bertanya khabar walaupun tak pernah jumpa. Sehinggalah ke hari penting Mercedes Mega Gathering yang dianjurkan di Port Dickson. Wa sempat bertentang mata dengan kereta ni. Guess what? Hati wa berdebar-debar macam jumpa kekasih lama!

Kereta ni memang cantik, secantik gambar wasep yang dikirimkan. Jadi, tanpa menunggu lama wa pun cari pemiliknya. Jumpa. Brader kacak ni namanya Aimy Abdullah berasal dari Melaka dan seperti pemilik Mercedes olskool yang lain, beliau bukan ada satu tapi tujuh bilik kereta dari pelbagai model seperti W114 (adik S Class), W123 (2 bijik), W201, W203 dan W204.

Jelas, W108 ini paling king dalam senarai tersebut. Jadi tak hairanlah kalau banyak masa dan duit ditaburkan, untuk menjadikan ia sebagus tahun 1969. Ya tahun 1969, siap boleh jalan keliling Malaysia lagi. Myvi korang paling jauh pergi mana?

Kerja merestore bada kereta tahun P.Ramlee ni, bukanlah semudah macam gosok Proton Waja. Ia perlukan kepakaran untuk buat semula lantai, buang karat, betulkan ‘pinggang’ axle belakang dan meratakan badannya sampai tak ada garis yang bengkang-bengkok. Bukan senang dan kalau diberi pada tangan yang betul, dapat tengok betapa sempurnanya badan kereta ni dibaiki dan dilayangkan dengan warna emas metalik.

Enjin diesel kereta ini juga telah dibaik pulih dan lebih gembira lagi bila ianya sihat walafiat tanpa masalah besar. Aircond sedingin salju, idle tak bergegar, bateri saiz lori dan apa-apa lagi untuk kereta berimej klasik. Jangan pandai-pandai nak modified sana sini. Biarkan dalam keadaan kilang sebab itulah pilihan yang terbaik.

Bahagian dalaman dibina semula dengan membalut kerusi, panel pintu dan papan pemuka menggunakan kulit berwarna beige. Kesan wear & tear dan garis-garis hitam tu menunjukkan kereta ini memang dipakai dan bukan disimpan dalam garaj. Nampaknya, Brader Aimy memang menghargai apa yang dibuat. Kereta banyak tapi pakai gilir-gilir supaya dapat menikmati penat lelah menjadikannya sebuah kereta yang sempurna.

Mungkin kereta ni tak selaju geng Evo. Ia juga tak eksklusif macam Vellfire G’S. Tapi bagi seorang yang sudah memasuki veteran atau lebih tepatnya warga emas seperti wa, kereta ni ada lebih dari kelajuan dan kemewahan. Kalau wa dapat ni, memang masuk BBS RS lebar 10.5 inci, lowered dan jalan pelan-pelan. Bawak pergi masjid, bawak anak bini jalan-jalan dan malam ajak kawan-kawan pusing town. Buat muka riak sikit sambil parking tepi Bukit Bintang, Jalan Maarof atau Hartamas. Rasanya orang lagi tengok W108 ni berbanding Ferrari atau Range Rover Autobiography.

Agaknya lah. Kalau tak berjaya cari awek, wa lepak Pelita Nasi Kandar pun ok jugak. Tak ada masalah, kan?

Previous Post

Tempahan Secara Dalam Talian Dan Di Semua Bilik Pameran Toyota Sudah Dibuka

Next Post

Penampilan Lebih Elegan, Ringkas Dan Kemas

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved