Kenapa ramai orang memilih jentera kompak sebagai kenderaan harian mereka lebih-lebih lagi di negara yang maju seperti Jepun? Jentera kompak ni seperti yang kita sedia maklum memiliki saiz yang kecil dan senang untuk dipandu sebenarnya. Kelebihannya pula, bila bersaiz kecil, semestinya ia mudah untuk dikendalikan serta mempunyai kelebihan untuk parking. Berapa ramai kat sini yang selalu tertipu bila nak masuk parking, tiba-tiba terselit sebuah kancil ataupun Myvi? Rasanya pasti ramai pernah terkena.
Satu lagi kelebihan jentera kompak ini, ada yang datang dengan kapasiti enjin yang berkuasa. Ini bukan rekaan, Myvi pun sekarang dah pakai enjin 1.5 liter. Kira cukup power la jika dibandingkan dengan model-model besar lain dengan enjin yang sama. Mungkin teknologi berbeza tapi kemampuannya sedikit lebih disebabkan badan yang ringan mestilah boleh meluncur lebih laju.
Kita tutup cerita tentang saiz besar ataupun kecil. Fokus sekarang adalah pada kereta Myvi ini. Sebut sahaja Myvi, orang dah cop dia Supercar Malaysia. Ya, ianya sebuah model kompak yang selesa dipandu serta mudah untuk dikendalikan. Tapi, sejak dulu lagi, ramai yang tak suka dengan penampilan Myvi dan akan mengubah jentera mereka untuk tampak lebih lawa.
Sudah semestinya, pilihan hati mereka mestilah dari model Toyota Passo ataupun Daihatsu Boon. Hmmm… Ini ajelah yang ada. Lawa plak tu. Memang jadi idamanlah. Boleh tanya dekat ZAG Klang, Tora-Tota, RAB Garage takpun Paka Turbo, berapa banyak ‘half cut’ dorang dah jual. Kompem banyak. Passo ataupun Boon ni memang model popular dan laris. Kena dengan harga, terus jalan je takde cakap banyak.
Myvi kali ini dah disalinkan dengan kit badan lengkap Toyota Passo model 07 ASV. Yang original cuma cesi Myvi je. Menariknya, pandangan luaran jentera ini memang sangat simple dan bersahaja. Tidak banyak aksesori lain yang sarat untuk dipandang. Kena pula dengan rim CE28 berukuran 15” dengan tayar Yokohama AD08R dia, cukup untuk menarik perhatian member sebelah yang duduk dalam Honda City.
Ruang dalamannya pula dipadankan dengan salinan Passo 07 lengkap dengan aksesori Petit Tomato. Ha, yang ni sesiapa yang main kereta kompak mesti tau. Takpun korang semua boleh Google je. Kehkehkeh… Sistem audionya pula lengkap dari jenama Alpine. Barulah syok dengar lagu Tik Tok sambil bukak tingkap. Deretan meter Defi 5 beradik agak belanja di atas papan pemukanya.
Nadi asal ditamatkan perkhidmatan buat selama-lamanya. Enjin baru dari model YRV K3-VET mengambil tempatnya. Macam biasa, stok amat membosankan. Beberapa komponen asal telah digantikan antaranya piston dari model Nissan March berukuran 72mm, bearing keseluruhan dari jenama King, kepala silindernya pula telah melalui proses ‘port n polish’, aci sesondolnya pula dari model Storia serta throttle body dan intake ‘oversize’ dari model 3SZ-VE.
Unit turbo RHF4 VF33 Subaru turut digunakan pada enjin ini. Sistem bahan api dinaik taraf dengan pemakaian pam dari Epman Racing. Unit ECU GReddy E-Manage Piggyback membantu utuk memberi talaan lebih baik dalam penjanaan kuasa enjin.
Untuk keselesaan serta kedudukan jentera yang tampak lebih menarik, sistem penyerap hentak KYB RS Ultra HLSH dengan bodyshift telah digunakan. Kuasa memberhentikan kenderaan pula diberi tanggungjawab kepada kaliper brek Honda Odyssey lengkap dengan rotor berukuran 282mm di bahagian depan. Macam ini pun dah cukup sebenarnya. Konsep untuk sebuah kereta kompak adalah ringkas. Maka ini boleh dijadikan contoh. Tapi enjin dia nampak power! Agak-agak berapa ratus kuasa kuda?
Spesifikasi
Owner : Syawal Popo (013-7190964)
Kereta : Perodua Myvi 2007
Modifikasi Enjin : YRV K3VET, Nissan March 72mm piston, stok YRV conrod and King Racing bearing, ported & polished head, K3VE2 Storia camshaft, Subaru RHF4 VF33 turbo, HKS SSQV blow off valve, 3SZ-VE oversized throttle body and intake, Epman Racing fuel pump, stock manifold with 2inch stainless steel piping
Transmisi / Gearbox : 3sz-ve automatik
Elektronik / ECU : GReddy E-Manage piggyback ecu
Suspensi & Cesi : KYB RS Ultra High Low Soft Hard Bodyshift adjustables
Brek : Honda Odyssey caliper and 282mm rotor
Roda & Tayar : Rays Engineering CE28 15″ with 195/55/15 AD08r rubbers
Dalaman : Toyota Passo 07 dashboard, Petit Tomato accessories, Alpine full system audio, Defi 5 beradik
Luaran : Toyota Passo 07 ASV
Bengkel & Tuner : Tok Ady Garage, Kenit Bodywork