Honda Motor Co. Ltd mengumumkan secara rasmi pemberhentian jualan jentera super sports model NSX 2020. Generasi kedua NSX dilancarkan pada tahun 2016 merupakan model supersport yang dilengkapi sistem hybrid Sport Hybrid Super Handling-All Wheel Drive.
Menurut laporan Car Watch, jualan model 2020 yang diperkenalkan di Jepun tidak akan diteruskan kepada orang ramai tetapi bukan produksi NSX. Biarpun, laman web di Jepun menyenaraikan NSX 2020 sebagai tidak diteruskan tetapi masih terdapat para pengedar yang menawarkan model berkenaan melalui perkhidmatan berteraskan langganan.
Dalam pada itu, laman portal Carscoops berkata pasaran Amerika Syarikat (AS) tidak terjejas dengan pengumuman tersebut dan akan meneruskan jualan model kereta itu. – agensi
Sumber : Mekanika