Sebagai sebuah pengeluar dan penala sistem suspensi kenderaan yang terkenal, F Tuned Racing kini memperkenalkan sistem suspensi GT Series. Sistem suspensi GT Series ini amat sesuai bagi semua kehendak para penggunanya yang mementingkan keselesaan, bagi tujuan perlumbaan di trek serta amat berprestasi tinggi dalam kelasnya.
Sebagai sebuah jenama tempatan yang terkenal, pihak F Tuned Racing sentiasa berusaha untuk menghasilkan pelbagai produk berkualiti dan berketahanan tinggi bagi kegunaan kenderaan. Dengan hasil uji kaji yang dilakukan, semua kehendak pengguna dapat diturutkan.
GT Series turut dilengkapi dengan ‘pillow ball’ di bahagian atas serta mudah untuk disesuaikan mengikut kedudukan yang dimahukan. Fungsi Hi-Lo Soft-Hard serta ‘body shoft’ yang didatangkan pada GT Series lebih memudahkan talaan dilakukan pada setiap jentera yang dipasangkan mengikut kesesuaian pada tahap yang diperlukan.
Kehebatan F Tuned Racing GT Series telah terbukti pada beberapa model kereta antaranya BMW 5 Series (F10), Honda Civic, Toyota Vios, Proton Satri Neo, dan juga Perodua Myvi generasi ke-3 dan ianya juga bersesuaian pada pelbagai kenderaan lain juga. Bagi semua pemilik, F Tuned Racing GT Series didatangkan dengan jaminan selama 2 tahun.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh berkunjung terus ke F Tuned Racing Suspension atau hubungi;
F Tuned Racing Suspension
No.9, Jalan Seri Rejang 4,
Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.
No Tel : 012 – 777 0747
Emel : ftunedsuspension@gmail.com
Selain itu, anda juga boleh berhubung terus menerusi laman sosial;
Facebook : https://www.facebook.com/ftuned
Instagram : https://www.instagram.com/ftunedracingsuspension/