Perkara yang akan dirindui peminat automotif sebaik sahaja diambil alih oleh revolusi elektrik dan kenderaan ICE bakal disekat secara amnya (atau tidak lagi digunakan). Mungkin juga bunyi yang dihasilkan oleh enjin digabungkan dengan bunyi ekzos. Berlainan dengan pemula EV dari Lucid Motors yang mengambil SXSW (South by Southwest) untuk mempersembahkan cara alternatifnya.
Pengeluar kenderaan emision-zero (pelepasan-sifar), Lucid Motors yang berpengkalan di California telah memperkenalkan sistem audio high-end yang dinamakan sebagai Surreal Sound. Ia direka untuk meningkatkan lagi pengalaman berada dalam kereta dengan teknologi Dolby Atmos.
Surreal Sound didatangkan dengan teknologi agak menarik ini dikatakan bakal melengkapi kereta limousine elektrik bersama DSP dan tidak kurang dari 21 unit speaker. Lucid Immersive Studio System ini adalah seperti studio rakaman yang boleh mengawal beratus-ratus bunyi dari sumber berlainan dalam satu masa yang sama. Memiliki sistem audio yang berkuasa seperti ini mempunyai kepentingan yang praktikal.
Sebagai contoh, bunyi-bunyi dari kereta seperti lampu isyarat, amaran dan bunyi komunikasi akan melalui sistem Surreal Sound ini. Kalau dalam kereta biasa, anda disambut dengan rutin biasa seperti enjin dihidupkan, berlainan pula dengan Surreal Sound di mana semua bunyi berlaku sekitar pemandu sahaja.
Apa yang lebih menarik, sekiranya penumpang belakang tidak memakai tali pinggang keledar, bunyi amaran dikeluarkan di tempat duduk penumpang itu sendiri, bukan di tempat lain. Kurang bunyi bising dan penumpang pasti memakai tali pinggang kalau tidak mahu bunyi bising terus mengganggu.
Sumber : Autoevolution.com