Untuk mendapatkan sesuatu yang berlainan biasanya seseorang pemilik kereta akan memikirkan bagaimana hendak berbeza dengan orang yang lain. Setiap idea yang ada akan digabungkan dengan pelbagai pendapat yang bermain di minda mahupun dengan rakan-rakan yang sentiasa memberikan buah fikiran yang berlainan. Bila nak main dengan kereta yang banyak pilihan alat gantinya ni tidaklah susah mana pun, cuma perlu teliti sedikit dalam setiap hal supaya apa yang dihajati itu berjaya.
Perdana merupakan satu pilihan yang bijak untuk dijadikan sebuah kenderaan mainan. Bukan apa, walaupun diubah suai sekalipun, ianya tetap boleh digunakan bukan sahaja untuk melayan hobi kita, tetapi masih lagi boleh untuk membawa keluarga bersiar-siar jika ada kelapangan masa. Maka, takdelah si isteri sorokkan kunci kalau nk keluar nanti. Betul tak?
Jentera yang menjadi paparan kali ini seperti biasalah, pasti dah di’upgrade’kan keseluruhannya. Bernadikan enjin berkuasa 4G63T milik Mitsubishi Evo, pelbagai naik taraf telah dilakukan kepadanya seperti penukaran piston milik Evo 6, turbo TD06, wastegate Tial, blow-off GReddy, intercooler rekaan kustom, ekstraktor banana kustom dan juga keseluruhan enjin telah dilakukan ‘full balancing’ untuk prestasi yang lebih mantap.
Kotak gear yang menghantar kuasa ke bahagian roda dilengkapi dengan klac Evo 3 ‘heavy duty’ untuk memastikan tiada gelinciran berlaku semasa menukar gear. Ecu dari AVS pula membantu untuk talaan yang lebih sempurna kepada enjin ini berbanding ecu stok yang ada limit kuasanya.
Tahap kedudukan badan jentera ini boleh diubah-ubah melalui sistem suspensi boleh laras Tein HLSH dengan bodyshift disamping membantu dalam sesi pemanduan yang lebih stabil. Sistem brek asal telah digantikan dengan kaliper dari model VRG depan dan belakang untuk kuasa pemberhentian lebih sempurna.
Stereng milik Subaru dipadankan dengan tempat duduk Recaro untuk si pemandu. Yang lain, perehat lengan milik Eterna serta door trim dan karpet dari model Galant dipasang di bahagian dalam. Untuk penampilan, hood depan jentera ini adalah milik Mitsubishi Evo 6 yang telah dikustomkan, arch sisi dan skirting pula milik VRG. Spoiler Asti ditenggekkan di bahagian belakang dan yang pastinya ia adalah yang asli! Lain-lain, cermin Cromax depan dan belakang, cermin wiper belakang Eterna dan sunroof 3 step Camry memastikan jentera ini lengkap dan lebih bergaya ditambah pula dengan padanan rim SSR Type C, memang belanja habis!
Untuk memberikan aura baharu kepada jentera kesayangan, kita cuma perlu tahu bagaimana nak menggayakannya. Ada juga yang dah habis banyak belanja tapi tetap tidak mendapat seperti yang dimahukan.
Spesifikasi
Pemilik : Mohd Illyas B. Jaafar (Iz Putra)
Kereta : Proton Perdana
Modifikasi Enjin : 4G63 turbo, turbo TD06,Piston Evo 6, wastegate Tial, blow-off GReddy, banana custom, intercooler custom, engine full balancing
Transmisi / Gearbox : Gearbox Evo 3, clutch heavy duty Evo 3 (organik)
Elektronik / ECU : Managment AVS, RSM(black), meter boost Apexi,
Suspensi & Cesi : Tein Hi-Lo Soft Hard bodyshift, adjustable upper arm
Brek : 2 port VRG (depan/blakang)
Roda & Tayar : SSR Type C dpn 9jj offset 35, tayar Potenza 225/45, blakang 10jj offset 36 tayar Potenza 235 /45
Dalaman : Stereng Subaru, arm rest Eterna, door trim tanduk Galant, burger tray, seat Recaro, karpet Galant
Luaran : bonet Evo 6, arch VRG, skirting VRG labuh, spoiler Asti (ori), cermin Cromax kiri kanan/ depan belakang, cermin wiper belakang Eterna mati kiri, sunroof Camry (3 step), tank 4wheel Eterna, reflector Perdana Sei
Bengkel & Tuner : Pro Tune Performance (firdhaus@lemong)