Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Restomod Luar Biasa Dari Pasukan Lumba Terkenal Dan Terbukti Kehebatannya!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
04/09/2020
in BULETIN, UTAMA

Polestar dan dunia perlumbaan Volvo ibarat isi dengan kuku. Polestar ditubuhkan pada 1996 dan Volvo Cars pada 2015 membeli dan memiliki tanda dagangan jenama tersohor itu. Polestar selepas itu diangkat sebagai pengeluar kenderaan jenama sendiri dan kini menawarkan model berprestasi Polestar 1 dan Polestar 2 kepada umum.

Selepas Polestar berpindah tangan, pemiliknya menubuhkan Cyan Racing dan tetap cemerlang dalam dunia perlumbaan dengan memenangi kejuaraan dunia kereta penumpang untuk tiga musim lalu. Kemenangan terakhir ialah Kejuaraan (pasukan) WTCR 2019 dengan kereta Lynk & Co.

Volvo P1800 merupakan sebuah model ikonik, ia diperkenalkan pada tahun 1960, setahun sebelum Jaguar E-Type, dua tahun sebelum Ferrari 250 GTO dan tiga tahun sebelum Porsche 911. Perhatikan reka bentuk P1800, tak lekang dek masa walaupun berusia lebih setengah abad.

Apa yang Cyan Racing buat dengan unit tahun 1964 ini ialah merombak semula casis, pengendalian, enjin dan memberi nafas baharu. Tampil baharu dan tanpa bantuan pemandu seperti kawalan penstabilan, ABS atau penggalak brek. Volvo P1800 Cyan dibangunkan oleh individu yang turut sama terlibat dalam rekabentuk, membina dan membangunkan Volvo S60 TC1 Cyan yang merupakan kereta kejuaraan dunia.

Berikut ialah apa yang dibuat pada Volvo P1800 Cyan:
– Enjin 2.0 turbo empat silinder yang diasaskan dari enjin sama digunakan pada model lumba S60 TC1.
– 420 hp pada 7,000 rpm, 455 Nm pada 6,000 rpm dengan redline pada 7,700 rpm.
– Ditala untuk kuasa linear dan keluk daya kilas seperti enjin aspirasi normal.
– Talaan enjin dibuat bagi memberikan pengalaman pemanduan seperti era 60-an tetapi dengan keistimewaan kuasa.
– Pacuan roda belakang.
– Kotak gear lima kelajuan Holinger binaan khas dengan tukaran gear lebih tepat dan keupayaan untuk mengendalikan pertambahan tork.
– Gandar belakang asal jenis live diganti dengan suspensi bebas baharu yang direka oleh Cyan.
– Casis diperkukuh dengan keluli kekuatan tinggi dan gentian karbon.
– Berat kereta 990 kg.
– Suspensi depan dan belakang boleh laras dengan komponen ringan.
– Bahagian utama yang membantu dalam keseronokan pemanduan pacuan roda belakang ialah Pembeza Gelincir Terhad (LSD) yang bias kepada daya kilas (torque bias).
– Roda forged 18 inci dengan tayar Pirelli P Zero 235/40 (depan) dan 265/35 (belakang).
– Brek empat omboh dengan cakera besi 362x32mm.

Selain itu Volvo C30 Polestar Performance Prototype, kereta jalanan pertama Cyan Racing digunakan sebagai penanda aras di dalam proses pembangunan Volvo P1800 Cyan. Volvo P1800 Cyan dipasarkan secara bebas oleh pengeluarnya dan Volvo Cars tidak terlibat di dalam projek ini. Harga tidak dimaklumkan secara umum dan Cyan tidak menjadikan Volvo P1800 Cyan sebagai projek one-off dan menawarkan kepada pelanggan yang berminat.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

LKM Luput Kurang Tiga Tahun Boleh Terus Buat Pembaharuan Tanpa Jalani Pemeriksaan PUSPAKOM

Next Post

EV Pertama Honda Dengan Rekaan Retro Klasik Moden Diperkenalkan Di Pasaran Jepun

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved