Honda Motor Jepun memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertama di pasaran domestik berikutan peraturan alam sekitar yang semakin ketat di peringkat global. Model terbaharu itu didatangkan dengan empat tempat duduk bersesuaian digunakan untuk bergerak ulang-alik dan membeli-belah.
Kereta comel dua pintu ini dikhususkan untuk kegunaan urban. EV dikenali sebagai Honda e di pasaran Eropah yang dilancarkan pada awal bulan ini mampu mengembara mencecah sehingga 300 km pada sekali cas sahaja. Dengan menampilkan reka bentuk retro dan klasik, ia mengimbau kepada model klasik Honda N360 serta N600 pada tahun 1960-an.
Bahkan, para pemandu boleh membuka dan menghidupkan enjin kenderaan ini menggunakan telefon pintar mereka. Selain itu, Honda e ini dilengkapi teknologi tinggi seperti sistem parkin hands-free untuk memudahkan pengguna. Ia mula dijual pada akhir bulan Okotober ini pada harga bermula AS$43,000 (RM 178,170). Honda menyasarkan mampu mengeluarkan 1,000 unit setiap tahun. – agensi
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ