Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

LKM Luput Kurang Tiga Tahun Boleh Terus Buat Pembaharuan Tanpa Jalani Pemeriksaan PUSPAKOM

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
04/09/2020
in BULETIN, UTAMA

Kenderaan persendirian yang Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun boleh membuat pembaharuan cukai jalan tanpa perlu menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira permintaan pemilik kenderaan yang mahu diberi kelonggaran memandangkan ada yang menghadapi kekangan kewangan untuk pemeriksaan kenderaan di Puspakom dalam situasi pandemik COVID-19.

Berdasarkan rekod, katanya, terdapat lebih 4.27 juta kenderaan yang dikesan telah tamat cukai jalan dalam tempoh satu hingga tiga tahun.

“Pemilik kenderaan yang cukai jalan atau LKM luput dalam tempoh kurang tiga tahun atau 36 bulan boleh terus buat pembaharuan,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani program kolaborasi strategik antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), di sini.

Sebelum ini, kenderaan persendirian yang tamat LKM dalam tempoh setahun perlu menjalani pemeriksaan kenderaan di Puspakom sebelum dibenarkan memperbaharui cukai jalan dengan kos pemeriksaan ditanggung pemilik kenderaan.

Mengenai tawaran diskaun saman sebanyak 70 peratus sehingga 30 Sept ini, Wee berkata masih ramai rakyat Malaysia didapati suka membuat pembayaran di kaunter.

“Saya galakkan orang ramai bayar secara online kerana mereka juga dapat menikmati diskaun saman sebanyak 70 peratus jika bayar secara dalam talian,” katanya.


Mengenai program kolaborasi JPJ, UiTM, UKM dan JPK itu, Wee berkata ia selaras dengan pendekatan dalam Pelan Strategik JPJ 2016-2020 bagi mendaya upaya sumber manusia JPJ ke arah melahirkan modal insan yang kompeten bagi mendepani landskap Revolusi Industri 4.0.

Di bawah Perjanjian Program Pengajian Diploma Eksekutif Pengurusan Pengangkutan dan Penguatkuasaan antara JPJ dan UiTM, seramai 30 pegawai pengangkutan jalan kumpulan pelaksana telah memulakan pengajian sejak September tahun lepas selama 15 bulan di Akademi JPJ Malaysia, Melaka dan dijangka tamat pengajian pada 23 Januari tahun hadapan.

Bagi Program Pengajian Sarjana Polisi Pengangkutan, Logistik dan Penguatkuasaan antara JPJ dan UKM pula, seramai 25 pegawai perkhidmatan awam akan dipilih untuk menjalani pengajian selama 18 bulan di Akademi JPJ Malaysia, Melaka, yang bermula pada Mac atau September tahun depan.

Di bawah Program Pembangunan Modal Insan bagi Bidang Pengangkutan Jalan antara JPJ dan JPK pula, ia bertujuan untuk pembangunan modal insan melalui pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada sumber manusia dalam bidang pengangkutan jalan.–BERNAMA

Previous Post

Audioshow Ambang Merdeka 2020

Next Post

Restomod Luar Biasa Dari Pasukan Lumba Terkenal Dan Terbukti Kehebatannya!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved