Dunia audio agak sepi sejak pandemik covid-19 melanda Malaysia dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Setelah kerajaan melonggarkan PKP kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, seakan ada sinar baru kembali menyinari khususnya kepada dunia audio tempatan.
Bagi menghilangkan kerinduan dan menghindarkan diri dari kebosanan yang begitu lama tidak mempamerkan kehebatan sistem audio masing-masing, geng audio kawasan utara dengan kerjasama wakil majalah KarHiFi utara telah berbincang untuk berkumpul pada 30 Ogos bersamaan dengan malam sebelum merdeka. Manakala lokasi yang dipilih pula ialah persisiran pantai Kuala Perlis atau lebih dikenali dengan nama Seagate Perlis.
Acara telah dimulakan sekitar pukul 9.00 malam dan berakhir kira-kira pukul 11.45 mlm. Kebanyakan peserta yang turun memberi sokongan pada malam itu datang dari Perlis, Jitra, Alor Setar dan juga Changlun, Kedah. Sebanyak 20 buah kereta audio telah hadir memeriahkan lagi audio show yang lebih kepada aktiviti lepak santai dan bertemu sesama peminat audio kereta di kawasan utara.
Disediakan Oleh : Pak Art