Sebelum sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 yang lalu, Drag Dolphin Club (DDC) telah menganjurkan Merdeka Fun Race yang diadakan pada 28 Ogos 2020. Bertempat di Terengganu Drag Strip, seramai 100 orang peserta telah mendaftarkan diri dan menyertai perlumbaan ini yang dibahagikan kepada beberapa kategori.
Perlumbaan telah dimulakan sekitar pukul 2 petang dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Berikut beberapa kategori yang telah dipertandingkan pada hari perlumbaan tersebut;
A- Continental 2wd 2.0 ts
B-Continental 4wd 2.0
C-All whell GTR (4WD) TS
D-2wd TS ( Turbo / N.A / Vtec / Superchge)
E- 2Wd Open
F- 1.8 NA TS
Akur dengan saranan pihak berkuasa, DDC telah menghadkan kehadiran para peserta serta mematuhi langkah langkah SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Perlumbaan yang berjalan dengan jayanya ini telah memberi peluang kepada semua pelumba kembali ke litar lumba. Terima kasih kepada semua peserta dan tahniah kepada para pemenang.