Ini adalah konsep Genesis X Convertible, diperkenalkan sebagai yang ketiga dan model terakhir untuk trilogi konsep X. Didedahkan di California ketika Los Angeles Auto Show, Genesis X Convertible memperlihatkan gaya bahasa rekaan Athletic Elegance dalam bentuk yang paling asli. Ia berkongsi trenkuasa dan kejuruteraan dengan X Concept dari 2021 serta konsep X Speedium Coupe 2022. Justeru, ada persamaan rekaan dengan kedua-dua model konsep tersebut.
Konsep yang anggun ini segera menarik perhatian kerana bonet yang panjang dan bahagian hadapan yang pendek sekali gus tampil lebih menonjol khususnya kerana Quad Light di bahagian depan seperti yang ada pada konsep Speedium X. Bentuk bar lampu LED dan juga outline Crest Grille dapat dilihat pada model ICE Genesis yang membantu trenkuasa kekal sejuk dan pembukaan yang rendah di bampar hadapan.
Bahagian sisinya tampil licik dan kemas khususnya di bahagian atas tayar depan dan belakang, begitu juga dengan garisan yang dipanjangkan dari hadapan hud sehingga lip spoiler pada decklid. Genesis menggelarnya sebagai anti-wedge ‘Parabolic Line’ dan menegaskan ia untuk memberikan lebih karakter kepada sudut sisinya dengan mewujudkan ketegangan pada kedua-dua permukaan.
Apa yang dapat dilihat dengan jelas pada konsep Genesis ini adalah lampu quad horizontal belakang. Lip spoiler di bahagian decklid juga cukup mengujakan dan disempurnakan dengan lampu LED nipis, lengkap bersama bentuk V. Konsep ini turut menampilkan ciri-ciri seperti bahagian atas yang boleh dilipan dengan atap bulan transparent. Menyempurnakan rekaan eksterior adalah tayar dengan corak G-Matrix dan rekaan concave.
Sebagaimana bahagian eksterior, Genesis tidak membelakangkan rekaan interior yang mengambil kira panel instrument dibalut serta dihiaskan dengan campuran fabrik kitar semula serta kulit dengan aksen Dancheong Orange. Sistem audionya pula dibangunkan dengan sound master Guk-il Yu.
Menurut Ketua Pegawai Kreatif Genesis, Luc Donckerwolke, ia merupakan pembangunan Genesis yang normal untuk meningkatkan rekaan dengan mempertimbangkan dari sudut emosional dan athletic dengan mencipta trilogi emosional : X FAMILY. Inovasi ini dikatakan mengukuhkan lagi Genesis dengan persekitarannya. Tambahan pula, syarikat ini dalam proses transisi sebagai sebuah syarikat yang menghasilkan produk untuk dinikmati para pelanggannya.