Toyota Prius generasi kelima telah membuat penampilan pertama di pasaran Eropah beberapa jam sebelum model terbaharu itu didedahkan di Amerika Syarikat. Di Eropah, Prius ini hanya ditawarkan dalam varian plug-in hybrid.
Manakala trenkuasa yang ditawarkan termasuk enjin 4-silinder 2.0-liter dengan output sistem total 220hp. Yang mana 99hp (74-kW) telah dipertingkatkan dalam kenderaan elektrik yang dibantu empat pot yang menghasilkan 121hp (90kW).
Prius plug-in di Eropah ini mempunyai bateri 13.6-kWh berbanding pek 8.8-kWh dari model sebelumnya. Unit ini disimpan di bawah tempat duduk belakang. Menurut Toyota, barisan ini mempunyai 50 % lebih hebat berbanding generasi terkini sekali gus menyarankan jarak 94.15km oleh kuasa terkini di UK. Bukan itu sahaja, varian ini turut dilengkapi dengan panel atap solar. Namun, ia tidak dinyatakan samada ia membantu meningkatkan jarak pemanduannya.
Secara estetikanya, penampilan Prius terbaharu ini kelihatan sama tetapi tetap nampak segar. Rekaannya menolak apex atap sedikit ke belakang, memberikan penampilan lebih nampak seperti sebuah coupe.
Beberapa perubahan lain termasuk ketinggiannya yang direndahkan 50mm dan wheelbase yang dipanjangkan pada nilai yang sama. Panjang keseluruhannya adalah 46mm lebih pendek. Kelebarannya ditambah sebanyak 22mm.
Di bahagian dalam, Prius terbaharu ini mengadaptasi gaya bahasa Island Architecture dengan tiga kawasan iaitu ; surrounding, driver modul dan floating instrument panel. Nampak sama seperti crossover bZ4X kerana pemaparnya.
Bahagian tengahnya terdiri dari pemapar infotainment yang keluar dari dashboard. Kawalan fizikal pada bahagian ini hanyalah tombol pada sudut kanan skrin. Selepas penampilan pertama di Eropah ini, Prius dijangka bakal menjengah ke beberapa pasaran lain tidak lama lagi.