Litar lumba antarabangsa Melaka (Melaka International Motorsports Circuit) menjadi saksi perebutan gelaran Driftking pada 12 dan 13 November lalu. Seramai lebih pelumba datang yang datang bukan sahaja dari Malaysia, malah negara-negara lain termasuk Thailand, Jepun, Brazil dan Pakistan menyertai Siri Perlumbaan Drift KBS pusingan ketiga ini.
Dianjurkan oleh Kementerian Belia & Sukan dengan kerjasama Retro Havoc serta dikawal selia oleh Motorsports Association Of Malaysia (MAM). Siri perlumbaan ini turut mendapat kerjasama dari Exquisite Motorsport dan tajaan dari Little Joe. Pusingan ini adalah kesinambungan dari pusingan yang terlebih dahulu diadakan pada September lalu.
Bagi makluman, pusingan pertama menyaksikan kemenangan berpihak kepada pelumba dari Thailand, Davide Dorigo sebagai juara. Diikuti Fazreen Ismail dari Malaysia sebagai naib juara dan Moo juga dari Thailand di tempat ketiga. Manakala bagi pusingan kedua, pelumba Malaysia iaitu saudar Amirul Taufek telah berjaya menawan litar. Diikuti dua pelumba Thailand, Non dan Davide Dorigo masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Pusingan ketiga yang juga pusingan terakhir Siri Perlumbaan Drift KBS ini telah dimenangi oleh Fazreen Ismail, diikuti Amirul Jambu sebagai naib juara dan Leemunhong di tempat yang ketiga. Dengan berakhir dan sempurnanya ketiga-tiga pusingan, gelaran juara keseluruhan telah dimenangi oleh Manhoong, Amirul di tempat kedua dan ketiga pula milik Villian Heng.