Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Falken Wildpeak A/T Trail SUV Serba Baharu

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
24/11/2022
in BULETIN, UTAMA

Tayar SUV Berprestasi, Tinggi Dan Senyap

Tahukah anda, pemilihan tayar kenderaan yang bersesuaian juga boleh meningkatkan kestabilan ketika memandu? Jika tayar yang dipilih tidak sesuai dengan cara dan geografi sesuatu tempat, kesan sampingan seperti tayar kurang cengkaman, bunyi bising dan penggunaan petrol yang berlebihan akan memberi implikasi buruk kepada pengguna itu sendiri.

Terdapat banyak jenama tayar yang ditawarkan di pasaran tempatan ketika ini. Dari segi harga mampu milik sehinggalah ke tayar jenis paling premium. Namun, apakah yang menjadi pilihan dan kesesuaian dengan kenderaan anda? Sebelum membuat pilihan yang tepat mengenai jenama tayar, pastikan anda memahami fungsi serta jenis tayar dan juga kenderaan yang anda gunakan supaya ia tidak menjadi episod malang selepas itu.

Sekiranya anda memiliki sebuah kenderaan sukan pelbagai (Sport Utility Vehicles – SUV) atau setanding dengannya, anda perlu memahami bahawa tayar SUV adalah berbeza sedikit berbanding tayar kereta penumpang kerana saiznya yang lebih besar dan binaannya yang agak berat.

Tayar bagi segmen kenderaan Sport Utility Vehicles (SUV) atau Cross-Over/Compact Utility Vehicle (SUV & CUV) agak berlainan dalam beberapa aspek seperti corak bunga yang lebih besar dan kasar, beban yang lebih berat, kompaun getah yang lebih lasak dan dinding sisi (sidewalls) yang lebih tinggi dan kukuh.

Stamford Tyres, pengedar jenama tayar Falken di Malaysia memperkenalkan tayar terbaharu Falken Wildpeak A/T Trail SUV – tayar bagi kegunaan pemilik kenderaan Sport Utility Vehicles (SUV) dan Cross-Over/Compact UtilityVehicle (SUV & CUV) di tanah air.

Falken Wildpeak A/T Trail SUV merupakan tayar untuk kegunaan kenderaan SUV dan menyasarkan pengguna dan pemilik kenderaan jenis itu di Malaysia. Dengan cuaca yang tidak menentu dan kadang kala boleh menjadi terlalu ekstrem, Falken WildPeak A/T Trail SUV adalah jawapan kepada keadaan dan cuaca tropika seperti hujan atau jalan basah yang kerap melanda jalanraya tanah air.

Wildpeak A/T Trail SUV dibina untuk memberikan pengalaman kepada pengguna keseronokan dalam mengalami pemanduan ketika aktiviti pengembaraan, keupayaan prestasi ketika aksi di laluan off road dan jenis tayar yang lasak tanpa kompromi di jalan terbuka. Direka oleh kejuruteraan bagi memadankan ciri-ciri dinamik crossover moden, Wildpeak A/T Trail SUV memberikan keseimbangan sempurna antara cengkaman luar jalan (off-road) yang agresif dan prestasi pada keadaan cuaca yang ekstrem.

Pembinaan poliester 2 lapis (Poliester – High Ply Turn Up) yang tahan lasak dan ciri dinding sisi atas yang kekar melindungi Wildpeak A/T Trail SUV daripada keadaan permukaan bumi bagi jalan off-road, manakala reka bentuk bunga yang dioptimumkan membantu mengekalkan kecekapan dan corak serba boleh penggunaan kenderaan CUV moden.

Wildpeak A/T Trail SUV Serba Baharu turut diakui oleh USTMA – Severe Snow Rating, sekali gus rekaan tayar ini diakui pada keadaan dan peringkat cuaca yang meliputi semua keadaan cuaca di dunia.

Penggunaan Poliester – High Ply Turn Up
Kaedah Ujian Tusukan Dinding Sisi Dalam digunakan bagi mengadaptasi keadaan bahaya di laluan off road seperti halangan dari batu tajam. Wildpeak A/T Trail SUV yang bermaksud “tidak boleh dihancurkan,” berjaya mengatasi pelbagai tayar jenama lain termasuklah pada sesi ujian makmal bagi menguji daya ketahanannya.

Selain itu, bahagian dinding tayar Falken Wildpeak A/T Trail SUV berjaya mengatasi jenama pesaing tayar dari Amerika, Eropah, Jepun dan Korea ketika sesi ujian dilakukan. Penggunaan Poliester – High Ply Turn Up, berupaya meningkatkan kestabilan pengendalian pada arah menjuru manakala dinding sisi membantu menghalang sebarang objek tajam seperti batu atau sebagainya.

Secara keseluruhan (ketebalan dinding sisi) adalah sama antara tayar jenama pesaing lain, namun Falken Wildpeak A/T Trail SUV menggunakan lapisan karkas yang unggul dengan ketumpatan dan kekuatan linear yang lebih padat sedikit berkelebihan dalam soal ini. Hasilnya ialah rintangan yang lebih kukuh dan kuat berjaya diatasi tanpa bahan tambahan seperti ketebalan getah atau berat yang ditambah baik.

Falken Wildpeak A/T Trail SUV direka untuk keperluan pasaran pengguna kenderaan utiliti sukan (Sport Utility Vehicle) dan menjadikan ia sebagai pilihan tayar terbaik untuk kenderaan dalam segmen itu.

Ciri-Ciri Produk
Wildpeak A/T Trail SUV dipertingkatkan dengan penambahan prestasi anti-akuaplaning terbaik jika dibandingkan dengan tayar SUV pengilang yang berasaskan penumpang. Reka bentuk bunga yang dioptimumkan menampilkan sebatian bunga yang diperkaya silika, menjadikan tayar Falken ini mampu beraksi pada jarak yang jauh dan pada jangka hayat yang lebih lama.

Menurut Stamford Tyre, Falken Wildpeak A/T Trail SUV ialah tayar SUV semua keadaan bentuk muka bumi (all-terrain) paling premium kerana tayar ini menghimpunkan segala faktor yang anda mahukan seperti penggunaan brek pada keadaan jalanraya yang basah, keselesaan bunyi dan kualiti tunggangan.

Ia bukan sahaja hebat di atas jalan tarmac, malah Falken Wildpeak A/T Trail SUV juga merupakan tayar dengan penggunaan Poliester 2-Lapis yang mampu memberikan pengguna ketahanan dengan cuaca pelbagai. Sekali gus, ia cukup penting bagi pengguna terutama di negara kita, kerana Malaysia terkenal dengan hujan lebat yang boleh menyebabkan lopak air berkumpul di seluruh jalan.

Pada ujian ketahanan di atas permukaan jalan luar (off-road), pembinaan Poliester 2-Lapis yang tahan lasak dan ciri dinding sisi atas yang kukuh, berjaya melindungi tayar dari ancaman seperti batu tajam dan keadaan rupa bumi. Ia juga disokong dengan dinding sisi yang lebih tinggi bagi memberi lenturan pengendalian selekoh yang lebih baik.

Masalah Bunyi Tayar
Bunyi corak bunga merupakan masalah utama dan sangat kritikal ketika pembangunan tayar Wildpeak A/T Trail SUV ini kerana reka bentuk unibody silang. Bunyi dan getaran mudah dipindahkan dari permukaan jalan dan tayar terus kepada pemandu dalam bentuk yang dipanggil platform crossover unibody.

Justeru, jurutera menyasarkan masalah bunyi pada skala yang cukup optimum ketika pembangunan tayar Wildpeak A/T Trail SUV seperti mana yang dibina pada model tayar FALKEN ZIEX CT60 A/S. Namun tidak dinafikan bahawa penggunaan tayar jenis All-Terrain ini sedikit berbeza pada tayar pesaing yang mempunyai tahap hingar yang diterima baik bagi pengguna kenderaan crossover ini.

Falken Dalam Dunia Sukan Bermotor
Jenama Falken bukanlah asing atau kuasa baharu dalam pasaran tayar dunia malah jenama tayar ini telah dipasarkan sejak tahun 1983 di Jepun menerusi pemilik jenama Falken, Sumitimi Rubber Industries.

Selepas itu, jenama Falken terus berkembang dan melebarkan pasaran mereka ke serata dunia termasuk di benua Eropah pada tahun 1988 dan Amerika Syarikat pada tahun 1991. Dalam dunia sukan bermotor, Falken telah mendapat tempat dalam kalangan pengguna jentera empat roda dengan penglibatan dalam dunia perlumbaan antarabangsa seperti ADAC 24 Race yang hangat berlangsung di Litar Nurburgring, Jerman pada tahun 1999.

Kebiasaannya, kehadiran jenama tayar atau produk berkaitan sukan bermotor berjaya melonjakkan nama produk terbabit termasuk jenama tayar Falken sekali gus membuktikan keupayaan dan kecemerlangan tayar dalam memberikan prestasi maksimum dalam apa jua permukaan mahupun keadaan cuaca sekali pun. Falken Wildpeak A/T Trail SUV serba baharu kini boleh didapati pada saiz berbeza bermula dari saiz 15 sehingga saiz 20 inci.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tayar Falken, anda boleh menghubungi;
Stamford Tyres (M) Sdn Bhd
16, Jalan Jurunilai U1/20, Section U,
Hicom Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 03 – 5569 3094 / 03 – 5569 3397

Facebook : https://www.facebook.com/falkenmalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/falkenmalaysia/
Web : www.stamfordtyres.com.my

Previous Post

Aksi Mendebarkan Dan Mengujakan, Menggemparkan Litar Melaka

Next Post

Beri Laluan Kepada Generasi Terkini

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved