Crossover kecil ini tidak akan diteruskan dan tidak juga diperbaharui untuk generasi kedua. Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Olivier Francois mengumumkan jadual pemberhentian model sub-kompak itu di Los Angeles Auto Show. “Tiada usaha untuk menghidupkannya semula, apatah lagi untuk menggantikannya,” tegas beliau.
Jenama Itali itu merancang untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap 500 city car yang bakal dipasarkan di US pada awal 2024. Para pelanggan boleh membuat tempahan lebih enam bulan lebih awal tetapi masih belum jelas samada kedua-dua hatchback atau convertible yang datang terlebih dahulu ke pasaran.
Walaupun Fiat USA menghentikan varian bahan bakar gasolin, generasi 500 sebelum itu yang dikeluarkan lewat 2019 masih lagi ditawarkan di pasaran. Bukan itu sahaja, Abarth mengemaskini prestasinya untuk 2023MY. Bagaimanapun, Fiat tidak mempunyai perancangan untuk menghidupkan kembali model ICE kerana rancangan awalnya untuk menjual ia secara eksklusif sebagai generasi terakhir hanya model elektrik sahaja. Minivan 500L juga tidak akan kembali ke pasaran.
Tiada lagi sebarang maklumat tentang harga 500e 2024 untuk pasaran US tetapi Olivier ada menyatakan bahawa harganya pasti mahal. Tambahan pula, edisi khas yang terhad sering kali ditawarkan pada harga yang tidak munasabah dan benar-benar mahal.