Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

RAGING BULLET

Saiful by Saiful
18/11/2018
in MODIFIKASI, UTAMA

Dari semua hatchback yang sezaman dengannya, Civic generasi kelima ini tentunya yang paling mudah untuk kita kesan di mana-mana. Giler tak rare, memandangkan ia sebuah kereta produksi massa, dan turut memiliki model SR3 untuk versi pemasangan tempatan. Kalau ada kawan serumah cakap tak kenal, baik mintak dia berhenti dari motosepot dan menceburi bidang menganyam ketupat sepenuh masa.

Berbanding model hatchback lain, Civic EG tidak memiliki orientasi sebagai jentera rali atau autocross. DNA yang diterapkan Honda ketika itu, lebih menjurus kepada kelajuan khususnya untuk kegunaan trek. Dengan nisbah kepada berat serta pilihan enjin VTEC yang boleh disalin semula, ia boleh menguasai litar dengan catatan masa yang mengkagumkan.

Firdaus membeli kereta ini dalam keadaan separuh siap kira-kira dua tahun yang lalu. Nampak kurang kasih sayang katanya, tu yang dia sapu. Dari situ, kereta ini telah didandan semula sehensem mungkin, termasuk menyediakan pakej prestasi yang jauh lebih menarik.

Apo? Civic Bullet takde VTEC? Pobondo kau jang. Takkan memanjang nak kura-kura bila kena kecam kat traffic light. Menyahut cabaran ini, sebuah enjin B18C GSR telah digunakan bagi menggantikan enjin asal yang semakin lemau.

Kemasukan enjin baru ini, turut datang dengan pakej prestasi yang sepatutnya. Bahagian blok menempatkan set piston Wiseco 83mm, conrod Eagle, galas enjin King Bearing, termasuk crankshaft 2-liter dari enjin B20B. Bahagian kepala silinder juga tidak ketinggalan menerima proses port & polish dari Nasty Port Flow, serta penggunaan set injap Supertech dan camshaft Skunk2 Pro 2.

Bekalan udara dibawa dari kotak angin kustom, terus ke throttle body 70mm Super90. Manakala suapan petrol pulak, datang dari pam petrol Walbro sebelum dipancit menggunakan set injektor H22A. Untuk talaan lebih sempurna, sistem pengurusan enjin kini diserahkan kepada unit ECU S300 dari Hondata.

Roda depan dipacu kotak gear LSD S80 yang diambil dari Integra DC2R. Bagi mengelak masalah gelinciran, ia dilapik set klac OS Giken jenis Super Single. Akhir sekali rombakan semula pada sistem ekzosnya, bermula dengan penggunaan ekstraktor Hytech, binaan paip ekzos kustom, serta sebuah muffler Blox yang sangat ranum bunyinya. Baru boleh perang!

Keserian ruang dalaman disalin menggunakan komponen dari Civic EG6. Cuma panel pintu jer yang belum Firdaus jumpa. Sebagai kontra ruang depan diberi sepasang tempat duduk Recaro dari Integra DC2R. Juga disertakan beberapa aksesori tambahan yang lain, seperti panel dashboard karbon, stereng Momo Integra DC2, paparan meter Defi, serta unit Pivot Speed Meter V bagi menghilang masalah cut yang wujud sebelum ini.

Bahagian luar dikelirukan dengan kaler yang agak pelik. Bancuh dalam periuk karat agaknya. Walaupun masih menggunakan kit badan asal, ia turut diserikan dengan beberapa komponen kemasan karbon di bahagian hood, fender dan cermin sisi, termasuk tambahan lip dan spoiler dari Spoon.

Ruang roda isi rim Spoon Sports berukuran 15-inci, yang disaluti tayar Bridgestone Potenza RE003 dari saiz 195/50R-15. Di sebalik roda tersebut, tersemat set brek milik Integra DC2, bagi membantunya berhenti dengan selamat. Sistem gantungan pulak menerima set suspensi boleh laras IMP, termasuk padanan lengan bawah dan bar subframe Function7.

Walaupun Civic baru dah siap ada turbo, populariti Civic EG di kalangan pecinta kelajuan, belum menunjukkan tanda-tanda akan pupus. Dah 25 tahun kot. Tapi masih dijual pada harga yang berlipat kali ganda, berbanding model sebayanya…

 

Previous Post

KUCING GARONG

Next Post

SWIFT SOKAN

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved