Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

KUCING GARONG

Saiful by Saiful
18/11/2018
in MODIFIKASI, UTAMA

Kemunculan Starlet generasi baru bermula, selepas Toyota bertindak mengorbankan versi ‘kambing’ dari senarai kenderaan mereka. Generasi baru ini merujuk kepada siri EP70 / EP80 / EP90 yang menggunakan pacuan roda depan, berbanding pacuan belakang pada model sebelumnya. Bukan saja-saja nak tukar, tapi disebabkan trend semasa selain ingin mengurangkan kos binaan.

Percaturan tersebut tidak mengurangkan pengaruh Toyota termasuk di negara ini. Ditambah faktor ekonomi semasa, siri EP70 berjaya menguasai segmennya untuk tempoh yang agak lama. Namun apabila tiba giliran EP80 mengambil tempat, jumlah jualannya mula berkurangan akibat penguasaan kenderaan tempatan yang jauh lebih murah. Jangan kata pintu dua cenggini, yang biasa pintu empat tu pun jarang-jarang dah boleh jumpa.

GT Turbo ini merupakan varian tertinggi dalam keluarga Starlet generasi keempat. Ia sebagai pilihan kepada mereka yang inginkan sebuah kereta kecil berprestasi, yang sememangnya popular ketika itu. Berbanding model Pulsar GTi-R dan Interplay GT-R yang dibina khas sebagai jentera homologasi rali, Starlet GT lebih berorientasikan pemanduan harian, tapi boleh terus dibawa ke trek jika mahu.

Khairul membeli Starlet GT ini kira-kira dua tahun yang lalu. Kurang pasti tentang sejarah silamnya, tapi diperolehi dalam kondisi standard dan memuaskan. Di tangan Khairul, kereta ini bukan saja ditatang bagai sirap yang penuh. Tapi turut dianjak ke tahap lebih baik menerusi kerja-kerja tingkat taraf yang bersesuaian.

Bagi masyarakat Starlet dan sub kompak lain, enjin 4E-FTE yang dibekal standard kepada model ini diakui mampu memberi tujahan kuasa yang diharapkan. Asal tak jumpa enjin yang sesuai, memang inilah yang akan dipilih. Dengan kuasa sekitar 130hp, ia diakui antara enjin paling berkuasa dan lasak dalam kelasnya ketika itu.

Seperti enjin popular lain, 4E-FTE juga pernah dibangunkan secara ekstensif oleh para tuner terkenal. Jadi pencarian komponen berprestasi yang sesuai menjadi lebih mudah. Untuk kereta ini, proses tingkat taraf enjin ini melibatkan beberapa perubahan penting di bahagian dalaman. Antaranya, penggunaan set piston Ross 75mm, conrod dari Scat, serta set galas enjin King Bearing. Bahagian kepala silinder menerima kerja-kerja port & polish, sebelum disumbat sepasang camshaft billet 265°.

Tumpuan turut diberikan kepada sistem pendesak. Tersembul keluar pada manifold ekzos adalah turbo TD05 25G, yang diikat bersama wastegate Tial 38mm. Unit intercooler top mount asal telah dialih ke bawah, menggunakan intercooler dan paip sambungan kustom. Lebihan boost yang tidak diperlukan, seterusnya dilepas keluar menerusi injap pelepas Turbosmart.

Penyampaian bahan api dibantu pam petrol AVS yang menghantar bekalan ke set injektor 510cc. Jumlah tekanan dan balikan dikawal menerusi unit regulator Works Engineering. Bagi menghapuskan masalah cut yang wujud di sana sini, unit ECU telah dihubungkan kepada piggyback GReddy e-Manage untuk memudahkan proses talaan.

Bahagian luar masih kekal menggunakan kit badan standard Starlet GT. Sunroof pun dah siap pasang. Yang Khairul tambah cuma unit spoiler lentik dari Tom’s, serta sepasang cermin sisi Ganador. Bersangkut dengan rupa luaran adalah rim Advan RG berukuran 15-inci, yang dipadankan dengan getah Hankook Ventus V12 dari saiz 195/50R-15. Sementara sektor pengendalian pulak, menerima set suspensi boleh laras dari TRD.

Belah dalam nampak standard seperti yang sepatutnya. Bersama papan pemuka tersebut, tersemat stereng Momo Corse separuh lusuh serta 2 bijik Defi di bahagian tengah. Memegang kemas Khairul ketika memandu adalah tempat duduk kepit dari Bride, manakala penumpang sebelah dialas Recaro SR3 yang lebih selesa.

Tidak dapat dipastikan berapakah jumlah sebenar Starlet GT berpintu dua yang pernah wujud di sini. Rasanya memang sikit sangat, memandangkan kelibatnya hampir tidak kelihatan, kecuali bila tiba musim mengawan. Itu pun setahun sekali…

 

 

Previous Post

COME OUT & PLAY

Next Post

RAGING BULLET

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved