Eksklusif. Hanya beberapa kereta super sport yang terpilih dalam projek dibangunkan Maserati sekali gus menjadikan ia benar-benar eksklusif berbanding kereta super sport lain yang ada di pasaran. Setiap satunya unik dan berbeza berbanding model-model yang lainnya.
Project24 ini merupakan level binaan kustom dalam Fuoriserie iaitu program kerja-kerja kustom jenama ini yang menumpukan seluruh perhatian untuk mendapatkan yang terbaik dari model tersebut. Projek yang dikatakan bakal memberikan pengertian sebenar eksklusif!
Sebagai permulaan, spesifikasi kereta MC20 digunakan sebagai panduan. Model ini juga yang membawa Maserati menjadi lebih ekstrem dan mencapai tahap adrenalin baharu khususnya ketika berada di atas litar. Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu sehingga Project24 ini selesai!