Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Kajian Unik Pengguna, Libatkan Kenderaan Hibrid Pertama Perodua

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
27/09/2022
in BULETIN, UTAMA

Perodua akan memulakan kajian kenderaan elektrik pertamanya serta mobiliti jangka panjang melalui kajian pasaran perkhidmatan melibatkan 300 pelanggan bagi model terhadnya, Ativa Hybrid. Kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertama untuk memahami tingkah laku pemanduan berkumpulan kenderaan hibrid di lokasi berpenduduk di negara ini iaitu di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Tujuan lain kajian ini adalah untuk memahami penerimaan para pengguna terhadap perkhidmatan “langganan” 5 tahun, yang ditawarkan oleh Perodua kepada pelanggan korporat di bawah “EZ MOBi”.

“Perodua Ativa Hybrid adalah kenderaan terbaik untuk kami mendapatkan pandangan unik tentang tingkah laku rakyat Malaysia sebagai kumpulan terkawal, kerana data ini akan digunakan untuk mengenalpasti keperluan para pelanggan kami apabila menggunakan kenderaan elektrik,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata.

Majlis Langganan Perodua Ativa Hybrid itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Lokman Hakim Ali, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Pengerusi Daihatsu, Encik Sunao Matsubayashi.

Perodua Ativa Hybrid menggunakan sistem “hibrid bersiri” di mana set motor elektrik menggerakkan roda kenderaan manakala enjin bertindak sebagai penjana kuasa untuk mengecas bateri. Model ini menggunakan enjin 1.2L (WA-VEX) untuk menjana kuasa tersebut.

Dengan teknologi ini, Sistem Bersiri Perodua Ativa Hybrid mampu mencapai jarak sejauh 31.3 kilometer seliter (berdasarkan ujian Kitaran Pemanduan Malaysia)

Beliau berkata, program perintis oleh Perodua ini juga akan membolehkan syarikat kereta kompak itu melihat tahap penerimaan para pelanggan terhadap program langganan jangka panjang sebagai alternatif kepada pembelian dan penjualan traditional kereta.

“Walaupun kami percaya bahawa pemilikan kenderaan masih lagi menjadi perniagaan utama kami namun, ada kemungkinan perniagaan langganan kenderaan ini diterima oleh lebih ramai pengguna dalam masa terdekat.

“Inilah yang kami maksudkan dengan ‘langganan’ – satu perkhidmatan yang mana semua kewajipan lain untuk memiliki kenderaan seperti mengikuti jadual penyelenggaraan, membayar insurans kenderaan dan cukai jalan – semua akan diuruskan sepenuhnya oleh kami; Apa yang pelanggan perlu lakukan ialah membayar yuran langganan untuk menikmati pakej tersebut,” kata Dato’ Sri Zainal.

Beliau menjelaskan bahawa Perodua sememangnya mempunyai perkhidmatan langganan sedia ada yang diuruskan di bawah EZ MOBi tetapi buat masa ini perkhidmatan langganan hanya untuk syarikat dan bukan individu. Perkhidmatan EZ MOBi Perodua mula diperkenalkan pada Januari 2021.

Previous Post

Bukan Pengakhiran Untuk Model Yang Dikuasakan Enjin Konvensyen

Next Post

Program Untuk Mendapatkan Model Terbaik Dan Lebih Eksklusif

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved