Rekaan kereta sering kali berubah-ubah tetapi ada beberapa panduan umum yang menjanjikan kejayaan. Salah satu panduan yang paling jelas, model kereta yang dibina hari ini kelihatan lebih futuristik tetapi akan menjadi ketinggalan zaman di masa hadapan. Namun, cara paling selamat adalah dengan melengkapi model kereta mengikut trend gaya terkini. Bagaimanapun, model kereta yang sederhana akan tampil sama di masa akan datang.
Bagi membina sesuatu yang tidak lapuk dek zaman memerlukan rekaan yang benar-benar terbaik tetapi dalam masa sama tahu untuk kekal bertahan. Berikut, beberapa model yang tetap bertahan dan mempunyai pengikut tersendiri.
1-Honda S2000
Pereka Honda S2000, Daisuke Sawai mula mengerjakan projek ini pada tahun 1996 dan meneruskan tradisi S500, S600 dan S800 pada era 1960an. Hasil akhirnya ialah casis yang Honda boleh gunakan dengan update kluster LED pada setiap sudut dan menjualnya di atas muka kereta sport seperti Nissan Z, Toyota 86 dan juga Miata.
Bagi kebanyakan peminat kereta beranggapan, Honda S2000 yang ditamatkan pengeluarannya pada tahun 1999 adalah satu tindakan tepat dan enjin V-TEC 2.0 liter masih lagi seronok digunakan.
2-BMW 3 Series Coupe (Casis E46)
Satu rekaan kontemporari yang tidak pernah lapuk dek zaman pastinya casis E46 BMW 3 Series dan beberapa bahagiannya dapat dilihat dalam 2 Series moden hari ini dan hampir menyerupai dimensi E46 BMW 3 Series. Enjin 6 silinder sebaris M54 aspirasi-natural (NA) masih lagi memberikan prestasi yang lancar, tork kukuh yang membuatkan BMW berusaha untuk menciptanya semula menerusi enjin 4-turbo dan 6-turbo.
E46 M3 ini ternyata meningkatkan lagi kuasa dan gaya. Mula direka pada tahun 1994 di bawah ketua pereka Chris Bangle, manakala Erik Goplen bertanggungjawab untuk gaya keseluruhan E46 menerusi kontrak dengan Designworks USA.
3-Porsche 911
Ramai mengatakan bahawa rekaan Porsche 911 tidak akan berubah. Dalam erti kata yang lain, membosankan. Kepada golongan yang bersetuju dengan anggapan itu, maaf tetapi ianya satu anggapan yang salah. Salah satu sebab Porsche 911 berubah sedikit demi sedikit kerana reka bentuk asalnya sudah cukup bagus. Rekaan bahagian belakang yang condong, hud panjang serta corong lampu utama yang dibentuk fender menjadikan ia sangat ikonik oleh Ferdinand Porsche menerusi keluaran pertamanya pada tahun 1964.
Rekaan yang kekal bertahan dan bukannya kaku dalam perjalanan masa. Bagi para peminat model ini, ramai yang memilih Porsche generasi lewat 1990-an sesuai untuk dikeluarkan semula hari ini, itu pun dengan beberapa kemaskini terkini untuk dijual.
4-Volkswagen Golf GTI MKII
Apabila Volkswagen mengeluarkan MKII Golf pada tahun 1983, ia menepati ciri-ciri sebuah hatchback. Dari sudut rekaan eksterior, Volkswagen mengambil bentuk dari Giorgetto Giugiaro generasi terdahulu. Pengarah rekaan Volkswagen pada ketika itu ialah Herbert Schafer, yang membantu membentuk pembaharuan jenama tersebut.
Schafer juga terlibat dalam Volkswagen Polo dan Passat, sering dikritik kerana rekaan yang dikatakan membosankan.
5-Datsun 240Z
Tiada apa yang dapat membantu sebuah kereta mengekalkan penampilannya bertahun-tahun melainkan mendapatkan bahagian yang tepat. Sebagai contoh Datsun atau Nissan (yang mana-mana anda pilih sesuai) 240Z, ia agak pendek dengan dua pintu, hud yang panjang serta diikuti beberapa jalur
Pereka 240Z, Yoshihiko Matsuo telah meninggal pada 2020 tetapi legasinya diteruskan dengan kereta Nissan Z baharu dan diambil oleh ketua pereka Nissan terkini, Alfonso Albaisa.
Sumber : Carbuzz