Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Kenapa Kebanyakan Kereta Sport Berwarna Merah?

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
30/09/2022
in BULETIN, UTAMA

Mungkin tidak ramai berfikiran yang sama tetapi jujurnya, setiap kali memikirkan tentang kereta sport pasti warna merah menyala yang terbayang-bayang melintas di hadapan mata. Salah satunya yang membuat kemunculan awal, tentulah kereta Ferrari berwarna merah yang seakan-akan darah.

Bukan suatu kebetulan tetapi secara semulajadi, warna ini mempunyai peranan penting dalam kewujudan manusia dan mungkin di sini ada jawapan untuk persoalan utama artikel hari ini. Merujuk artikel yang pernah dikongsikan Autoevolution, penulis tergerak hati memanjangkan artikel ini untuk bacaan pembaca Kakikereta.

Apa yang menguatkan kepercayaan terhadap sesuatu selain sains yang diikuti pula oleh sejarah? Dalam kromatik, merah merupakan salah satu warna asas, begitu juga dengan naluri manusia. Kulit merah – disebabkan pengepam darah berhampiran permukaan kulit. Ia menjadi tanda dominan penting untuk kebanyakan mamalia.

Warna merah ‘memancarkan’ tenaga maskulin yang kuat dan berkuasa khususnya untuk haiwan mamalia. Sebagai contoh, babun dan cimpanzi jantan yang mudah tertarik kepada jantina berlawanan yang memaparkan warna merah. Warna merah mengalirkan aura positif serta berkait rapat dengan keperluan fizikal untuk terus hidup. Wow!

Peredaran zaman menyaksikan konotasi terhadap kuasa dibawakan warna ini turut berubah. Dalam zaman kuno Mesir, kebanyakan orang gemar memakai warna merah untuk perayaan kerana ia dikaitkan dengan kehidupan, kekayaan dan juga kemenangan.

Dalam zaman Renaissance pula, warna-warna merah digunakan untuk menarik perhatian khususnya dalam seni lukisan. Raja-raja, isteri-isteri calon presiden dan selebriti juga sering memakai warna merah agar dapat dilihat dan menarik perhatian dari jauh lagi.

Sebagaimana sukar untuk mengabaikan sebuah kereta berwarna merah, abad ke-19 menjadi tempoh paling awal apabila warna merah digunakan sebagai emosi tertentu dalam seni yang bukan semata-mata imitasi alam semulajadi. Kini, China membawa warna ini dengan konotasi lebih positif yang membawa maksud, keyakinan, kesetiaan, kehormatan, kejayaan, tuah, kesuburan, kegembiraan, semangat dan juga musim panas. Di Jepun, merah digunakan untuk watak-watak perwira.

Beralih pula kepada emosi, ia merupakan spektrum penting dalam tingkah laku manusia. Ia mempunyai kesan sangat besar khususnya berkaitan perasaan dan tindakan, menjadikan ia pilihan yang sangat sensasi serta bahaya. Menurut London Image Institute, warna merah menarik lebih banyak perhatian dan berkaitan dengan emosi yang kuat seperti cinta, ghairah dan juga kemarahan.

Selain itu, menerusi lima eksperiman psikologi yang dilaksanakan pakar psikologi iaitu Andrew Elliot bersama pengkaji Daniela Niesta, melakukan demonstrasi pada tahun 2007 membuktikan, warna merah membuatkan kaum lelaki lebih cenderung terhadap wanita. Ia menjari warna universal untuk menunjukkan kekuatan, kekuasaan, keyakinan dan juga bahaya. Warna merah bersemangat, merangsang dan juga mengujakan serta sangat berkait rapat dengan penampilan seksual juga meningkatkan selera. Ya, itu kajian dari sudut psikologi.

Pemilihan warna sangat subjektif dalam fesyen dan dari sudut kereta, menyaksikan gaya yang berubah-ubah dari warna gelap semulajadi pada tahun-tahun awal kereta diperkenalkan, berubah menjadi warna yang lebih terang pada era 1950-an dan 1960-an, kini kembali kepada warna berskala kelabu.

Kereta berdaftar pertama dalam sejarah berwarna merah merupakan sebuah Itala Mod. Pada tahun 1907, sebuah surat khabar mencabar pengeluar kereta untuk berlumba dari Peking (sekarang Beijing) China ke Paris – Perancis. Hanya lima buah kereta menyahut cabaran ini.

Pengeluar Itali menyertai perlumbaan ini dengan Itala Mod yang diwarnakan merah dengan 45hp. Selepas 61 hari (termasuk trip ke Moscow), pasukan Itali tersebut berjaya sampai ke garis penamat. Bagi memperingati dan menghormati pencapaian pemandu yang berani itu, Itali menjadi rosso corsa (Racing Red) sebagai warna sukan permotoran nasional oleh pengeluar Ferrari dan juga Alfa Romeo.

Percaya atau tidak, semua benda yang berlaku ada sebabnya yang tersendiri. Begitu juga dengan Ferraris Formula One berwarna merah; tradisi. Bermula pada tahun 1903, apabila pertandingan automotif antarabangsa diadakan, setiap negara memilih warna nasional untuk penyertaan masing-masing. Itali tidak memilih Racing Red sehingga Fiat merah memenangi perlumbaan Grand Prix pada tahun 1907.

Beralih ke zaman moden, sebuah tinjuan yang diadakan di US mendapati 12% lelaki memilih kereta berwarna merah, manakala 9% memilih kereta berwarna silver. Kajian tersebut beranggapan hasil tinjauan ini bahawa wanita lebih memilih kereta yang praktikal, manakala lelaki pula mementingkan kereta yang pantas serta menyeronokkan dan ini dapat dilihat menerusi watak protagonis filem Fast and Furious.

Dapat dilihat di sini bahawa warna merah memberikan tenaga serta mengujakan dan memotivasi kita untuk bertindak. Ia juga meniup semboyan keyakinan serta kuasa, seperti yang dapat disahkan oleh beberapa kajian. Pada tahun 2004, dua ahli psikologi iaitu Russel Hill dan Robert Barton di Universiti Durham, mendapati antara sukan olimpik yang dipertandingkan, peninju yang memakai seluar warna merah sering memenangi perlawanan, manakala yang memakai biru kurang bersemangat!

Jelas sekali dan ianya juga telah dibuktikan oleh sejarah setakat ini, bahawa warna kereta merupakan lanjutan dari personaliti pemandu sendiri sekali gus meninggalkan ruang yang penuh misteri untuk diinterpretasi.

Nota kaki ; hampir 80% kesemua Ferrari yang terjual adalah berwarna merah, Rosso Corsa Red (seperti yang dinyatakan oleh Autoevolution)

Sumber : Autoevolution / Top Gear

 

Previous Post

5 Model Kereta Yang Masih Diterima Sehingga Hari Ini!

Next Post

Tindakan Berani Pengeluar Automotif China, Undang Kemarahan!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved