Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Tindakan Berani Pengeluar Automotif China, Undang Kemarahan!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
01/10/2022
in BULETIN, UTAMA

China dikenali sebagai salah satu negara yang sering tampil dengan pelbagai produk terkini bagi memudahkan lagi kehidupan seharian manusia di era moden. Lihat sahaja di platform jualan atas talian, pasti ada barang-barang unik, pelik tetapi sangat sesuai digunakan datangnya dari China. Antara produk yang popular dalam kalangan para pembeli, sudah tentunya gajet dan perangkat yang benar-benar memudahkan kerja.

Namun begitu, China juga sering dilabel sebagai negara yang gemar menciplak produk dari jenama-jenama terkenal. Tidak kiralah apa juga produknya samada beg tangan, baju berjenama terkenal dan industri automotif juga tidak terlepas; motor mahupun kereta. Perkara ini bukan sahaja menjadi kesalahan serius tetapi sekali gus membuktikan kurangnya rasa hormat pengeluar automotif China terhadap hasil ciptaan atau harta intelek milik syarikat lain.

Berikut, lima buah kereta atau kenderaan copycat China yang mengundang kemarahan bukan sahaja kepada pengeluar asal, malah peminat jenama kenderaan itu sendiri;

1. Great Wall Manufacturing; ORA Ballet & Punk Cat
Great Wall ditubuhkan pada tahun 1984 dan merupakan pengeluar automotif hak milik peribadi yang beribu pejabat di Baoding, Hebei. Pengeluar automotif kelapan terbesar di China (buat masa ini) mempunyai beberapa jenama termasuk ORA yang dikenali sebagai pengeluar kenderaan elektrik.

Namun begitu, model-model kereta keluaran ORA khususnya Ballet dan Punk Cat mirip rekaan Beetle yang dikeluarkan oleh Volkswagen. Apa yang menjadi persoalan, bagaimana para pereka ORA langsung tidak terfikir natijah atau masalah yang timbul? Adakah mereka tidak terfikir Volkswagen menyedari tentang persamaan Ballet dan Punk Cat dengan Beetle? Atau ORA merasakan ia bukan satu masalah besar kerana Beetle hanya sebuah kereta klasik, manakala model-model keluarannya adalah kereta elektrik?

2. Hengtian L4600
Tidak dinafikan, sebuah Toyota Land Cruiser merupakan salah satu kenderaan yang sangat mahal dan ia berpadanan dengan prestasi serta daya tahannya. Hengtian Hengtian L4600 mungkin mirip sebuah Land Cruiser tetapi versi murahan. Berdasarkan laporan yang disiarkan, L4600 ini dikatakan mempunyai interior balutan kulit mewah, lebih hebat daripada apa yang dapat dilihat serta dilengkapi dengan enjin V8 4.6 liter.

Jujurnya, pendapat peribadi penulis sendiri. Hengtian L4600 ini tidak mempunyai ketahanan yang sama seperti sebuah Land Cruiser apatah lagi prestasi yang dibawakan jenama Toyota. Mungkin berat sebelah tetapi, Hengtian L4600 tidak mampu bertahan buat masa yang lama terutamanya di permukaan jalan lasak.

3. Beijing BJ80
Sudah jelas lagi bersuluh, Beijing BJ80 merupakan versi palsu Mercedes-Benz G-Wagen dan mempunyai pengikut tersendiri. Versi ‘copycat’ Mercedes-Benz G-Class ini telah dikemaskini dengan dilengkapi kluster instrument digital dan sistem infotainment skrin sesentuh yang diperbesarkan saiznya serta navigasi satelit terkini.

Dilengkapi dengan enjin V6 turbo 3.0-liter turbo, ia dijual pada harga bermula dari $50,000 bersamaan RM223,395.88 (setakat artikel ini ditulis).

4. Huansu C60
Jika teringin tetapi tidak mampu memiliki Lamborghini Urus atau Porsche Cayenne dan tidak begitu cerewet tentang keselesaan, keselamatan atau prestasi, Huansu C60 mungkin sesuai untuk memenuhi kehendak anda. Kenapa Urus atau Cayenne? Pereka Huansu C60 tentunya bosan sehingga tidak dapat memilih model mana dari Volkswagen Group yang boleh disalin sepenuhnya.

Walaupun begitu, harga Huansu C60 ini tetap mencecah sehingga $14,362 bersamaan RM64,167.69 dan anda tidak memiliki salinan sebenar untuk salah satu darinya kerana Huansu C60 dilengkapi dengan enjin turbo 2.0-liter. Ya, menghasilkan kuasa kuda dan tork yang sedikit lemah?

5. Zotye SR8 & SR9
Sekali imbas, anda pasti sudah dapat menjangka Zotye SR8 dan SR9 ini dipengaruhi rekaan Porsche Macan. Sebagai sebuah kereta ‘klon’ ia tidaklah begitu teruk dan boleh sahaja mengaburi orang yang tidak kenal kereta dan menganggap ia sebuah Porsche Macan asli. Zotye menawarkan transmisi manual untuk model asas dan dilengkapi dengan enjin Mitsubishi 2.0 liter yang menghasilkan 190 hp.

Jika tidak gentar dengan DCT China, anda juga diberikan pilihan enjin turbo 2.0 liter dengan 252 hp atau 3.0-liter, 3.6-liter V6, 3.0-liter V6 turbo diesel. Sesuai untuk anda yang memang tinggal di China, yang mahu tampil hebat tetapi dalam masa yang sama mahu mengelak dari menjadi mangsa pisau cukur!

Sumber : Carbuzz / Carscoops

Previous Post

Kenapa Kebanyakan Kereta Sport Berwarna Merah?

Next Post

Dekati Pelanggan Dengan Tuntutan Pantas

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved