Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Profil Pelumba Estrada Motorsport by Pulzar Malaysia

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
02/06/2019
in BULETIN, UTAMA

 

Asrul berpengalaman luas dalam sukan permotoran sejak 22 tahun lalu. Semuanya bermula pada tahun 1997, ketika beliau pertama kali menyertai Malaysia Rally Championship bersama pasukan Kayaba. Sejak itu, beliau sering mengambil bahagian dalam siri perlumbaan tempatan seperti Asian Festival Of Speed (AFOS), Merdeka Millennium Endurance Race (MMER), Saturday Night Fever (SNF) dan Malaysia Speed Festival (MSF). Penglibatan beliau bukan sahaja sebagai pelumba, malah turut bertindak sebagai pengurus pasukan yang bertanding.

Selaku pelumba berpengalaman, Asrul sering meraih kedudukan podium dalam kebanyakan perlumbaan yang disertainya. Beliau juga sentiasa berkongsi minat dan pengetahuannya dalam sukan permotoran. Pada tahun 2010, Asrul telah menyertai jawatankuasa penganjur bagi perlumbaan MSF, dengan sasaran untuk memastikan sukan permotoran di Malaysia terus berkembang, serta menyediakan platform yang sesuai untuk semua berlumba.

Pada tahun 2018, Asrul menyertai perlumbaan MSF dengan Honda Civic EF dalam kategori Super 1500. Bagi membuktikan kemampuannya selaku juara, beliau juga pernah beberapa kali merangkul kedudukan podium. Walaupun hampir menduduki tempat kelima keseluruhan, kemenangan beliau telah dinafikan akibat masalah teknikal dalam satu perlumbaan yang disertainya.

Azwan mula terlibat dalam sukan permotoran pada tahun 2008. Beliau cuba mengasah bakatnya, dengan menyertai perlumbaan gokart sebelum ke perlumbaan litar. Di peringkat permulaan, Azwan hanya berlumba dengan sebuah Perodua Myvi Turbo yang dibina berdasarkan pengalaman dan latar belakangnya dalam bidang automotif.

Sepanjang penglibatannya dalam sukan permotoran, Azwan pernah beberapa kali merangkul kedudukan podium. Malah pencapaiannya pernah menjadi bualan selepas berjaya menewaskan jentera yang jauh lebih berkuasa. Bagi Azwan, beliau sering mensasarkan kedudukan podium dalam setiap perlumbaan dan keazaman itulah yang mendorong kejayaannya.

Pada tahun 2012, Azwan telah mengurangkan penglibatan dirinya sebagai seorang pelumba. Beliau lebih memberi tumpuan, untuk mengembangkan bakat isterinya dalam sukan permotoran. Selain itu Azwan turut berkongsi pengalaman dan pengetahuannya, apabila terlibat dalam program pembangunan sukan permotoran di Negeri Terengganu.

Sejak tahun 2017, Azwan kembali bersaing dalam perlumbaan MSF bersama isterinya dalam kategori Street Tuned. Tidak hanya bertindak sebagai pelumba, beliau juga bertanggungjawab untuk menguruskan pasukan Estrada Motorsport By Pulzar Malaysia. Dengan tekad dan komitmen yang tinggi, beliau berhasrat untuk membawa pasukan ini ke tahap lebih baik dalam sukan permotoran tempatan.

Fadhlan mula terlibat dalam sukan permotoran, selepas bersaing dalam perlumbaan MSF pada tahun 2013. Dikenali sebagai seorang yang berdedikasi, beliau pernah membina jentera lumbanya sendiri, walaupun dengan sumber kewangan yang terhad. Bersama seorang rakan, mereka berjaya menyiapkan sebuah Toyota Corolla LE untuk digunakan dalam perlumbaan berkenaan. Bagi beliau, tiada yang mustahil selagi tekad dan komited dengan apa yang sedang diusahakan.

Fadhlan dan rakannya berjaya memberi impak dalam kategori Street 1600. Walaupun perlu bersaing dengan jentera yang lebih moden, mereka berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan, iaitu pada tahun 2015, 2016 dan 2017.

Bagi musim 2018, Fadhlan mengambil keputusan untuk berehat dari menyertai sebagai perlumbaan. Namun beliau kembali bersaing dalam perlumbaan MSF tahun ini, dengan sebuah jentera Toyota Starlet.

Penglibatan Sharina Ramlle dalam sukan permotoran, banyak dipengaruhi oleh ayahnya yang merupakan Ketua Misi Malaysia Everest 1997. Istilah tiada yang mustahil dan sentiasa mencabar diri, merupakan antara sikap yang beliau contohi. Secara tidak langsung, hal ini juga telah mendorong beliau untuk terus berlumba dan membuktikan bahawa sukan lumba kereta bukan untuk golongan lelaki sahaja.

Sharina mula terlibat dalam sukan permotoran selepas menyertai perlumbaan go-kart pada tahun 2011. Beliau kemudian mengambil bahagian dalam perlumbaan gymkhana dengan sebuah Perodua Kelisa. Pada tahun 2013, Sharina berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dan mengalahkan pesaing lain untuk kedudukan podium.

Selain itu, Sharina juga pernah mewakili beberapa pasukan dan menyertai perlumbaan di peringkat akar umbi. Pencapaian dan dedikasi beliau telah memberi inspirasi kepada pelumba wanita lain untuk turut terlibat dalam sukan ini.

Pada tahun 2017, Sharina mula mengambil bahagian dalam perlumbaan litar bersama suaminya. Situasi diasak oleh pelumba-pelumba lain, merupakan antara cabaran yang harus beliau tempuhi. Sharina bagaimanapun berjaya membuktikan sesuatu, apabila menjadi pelumba MSF pertama yang terpilih untuk menyertai program MSF – Petronas Pengejar Impian.

Untuk tahun ini, Sharina akan mewakili Estrada Motorsport By Pulzar Malaysia dan mengambil bahagian dalam kategori Saga Cup. Beliau akan berlumba secara sendirian, sambil dibantu kru sokongan wanita pada setiap perlumbaan.

 

Previous Post

Estrada Motorsport By Pulzar Malaysia

Next Post

HWEE LEE ENGINEERING, PENGEDAR RASMI PRODUK STP & ARMORALL DI MALAYSIA

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved