Syarikat ini ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1980 sebagai Hweesen Engineering (M) Sdn Bhd, sebelum dikenali dengan nama Hwee Lee Engineering (M) Sdn Bhd. Menjelang tahun 1988, mereka telah mengembangkan perniagaannya ke Kuala Lumpur dan menjadi salah satu syarikat pembekal alat ganti kenderaan utama di negara ini.
Sebagai sebuah syarikat yang berdaya maju, Hwee Lee Engineering (M) Sdn Bhd sentiasa menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Mereka bukan saja mengimport alat ganti dan aksesori kenderaan, tapi juga merupakan pengedar rasmi jenama terkemuka seperti STP dan ArmorAll.
STP
STP merupakan jenama minyak pelincir dan aditif minyak enjin dari Amerika Syarikat. Ia adalah singkatan kepada Scientifically Treated Petroleum dan ditubuhkan sejak tahun 1953. STP cukup terkenal kerana penglibatan mereka dalam sukan permotoran, serta sering menjadi pilihan pasukan lumba ternama seluruh dunia.
Hwee Lee Engineering (M) Sdn Bhd telah membawa masuk rangkaian produk STP yang sesuai dengan keperluan pasaran tempatan. Antaranya minyak pelincir pelbagai gred, aditif minyak enjin, aditif petrol, minyak brek, minyak stereng kuasa dan lain-lain. Bagi memudahkan urusan pelanggan, kesemua produk ini boleh dibeli menerusi laman Facebook: STP Malaysia.
ARMORALL
ArmorAll juga berasal dari Amerika Syarikat dan telah wujud sejak tahun 1962. Ia terkenal sebagai pelopor produk perlindungan dan penjagaan kenderaan sama ada untuk luaran mahupun dalaman. Hasil inovasi yang berterusan, rangkaian produk ArmorAll bukan saja diakui amat berkesan, tapi juga mesra pengguna dan mudah digunakan.
Rangkaian produk perlindungan dan penjagaan kenderaan ArmorAll, boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti produk cucian, penggilap, pelindung, pewangi dan sebagainya. Kesemua produk ini juga boleh didapati menerusi laman Facebook: ARMORALL Malaysia.
Hwee Lee Engineering (M) Sdn Bhd
Kuala Lumpur:
4 & 6 Jalan Sesama, Taman Perusahaan Sri Gombak, Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan, 68100 Malaysia
Email: hleegkt@gmail.com
Johor Bahru:
28 Jalan Rosemerah 2/17, Taman Johor Jaya, Johor Bahru,
Johor, 81100 Malaysia
FB: www.facebook.com/hweeleeautoparts
Insta: www.instagram.com/hweeleeautoparts/
Website: www.hweeleeautoparts.com/