Bateri merupakan salah satu komponen utama untuk menghidupkan sesebuah kenderaan. Bagi kebanyakan kenderaaan moden, fungsinya menjadi lebih penting khususnya untuk menyalurkan voltan kuasa kepada komponen elektronik yang semakin canggih.
Hella bukanlah jenama asing dalam dunia automotif. Wujud lebih 100 tahun yang lalu, ia cukup terkenal sebagai pengeluar komponen elektrik dan elektronik berkualiti, sama ada untuk pengeluar OEM mahupun keperluan industri. Salah satu produk yang kian mendapat tempat adalah rangkaian bateri automotif Hella, yang direka mengikut keperluan kenderaan masa kini.
Berbanding jenama lain, rangkaian bateri automotif Hella memiliki beberapa ciri penting untuk prestasi yang unggul. Ia menawarkan voltan kuasa lebih stabil dengan kitaran pengecasan yang jauh lebih cepat. Struktur binaannya juga lebih lasak dan kukuh, untuk menahan gegaran dan cuaca yang panas. Malah ia turut memiliki jangka hayat yang panjang, tanpa memerlukan sebarang penyelenggaraan.
Rangkaian bateri automotif Hella sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan. Bergantung kepada keperluan, terdapat beberapa model yang boleh dipilih seperti Xcelerate SMF, Xcelerate Pro, Xcelerate Ultra dan Xcelerate Ultra+.
Bagi pasaran tempatan, rangkaian bateri automotif Hella diedarkan oleh KHE Power Auto Parts Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook: Hella Batteries Malaysia Distributor atau hubungi talian 03-6158 6672 (Selangor) / 04-332 3633 (Pulau Pinang).
KHE Power Auto Parts Sdn. Bhd
425, Jalan Perusahaan 2, Bandar Baru Sungai Buloh,
47000 Sungai Buloh, Selangor
Tel: 03-6158 6672
Email: [email protected]
Penang Branch
4782, Tingkat Siram 1, Kampung Siram,
12100 Butterworth, Pulau Pinang
Tel: 04-332 3633
Email: [email protected]